Selamat pagi semua. Hari ini cuaca kelihatan cerah. Matahari bersinar terang, tembus masuk ke dalam rumah melalui tingkap. Melihat dedaun kelapa pandan yang melambai-lambai di seberang jalan memang jelas menandakan udara pagi sangat nyaman ketika ini.
Awal pagi tadi, Encik Suami minta Amie panaskan nasi kuning. Katanya, sebentar lagi akan keluar ke sekolah dan mahu sarapan dulu.
Malam tadi dapat kiriman nasi kuning dan rendang ayam daripada biras Amie. Oleh kerana kami sudah makan malam, jadi Amie simpan dalam peti sejuk saja. Encik Suami kata esok pagi boleh panaskan untuk dijadikan sarapan.
Terima kasih biras Amie, memudahkan kerja Amie di pagi hari.
Ada 7 biji pisang raja masak ranum. Wangi baunya. Amie buat cekodok.
|
Nasi kuing, ayam rendang, cekodok pisang raja & teh lemon panas. |
|
Nasi Kuning. |
|
Rendang Ayam & Telur |
|
Cekodok Pisang Raja |
|
Backpack HARBIN -23'C Xiamen, Harbin, Mudanjiang & Suifenhe |
Sudah siap bersihkan rumah, juga sudah bersihkan diri. Perut pun sudah kenyang. Amie ajak Firdaus semak tugasan sekolah sepanjang minggu. Mana tahu ada yang tertinggal atau terlepas pandang. Maklum sahajalah gaya kerja kita mengalahkan rojak! Buat itu dan ini dalam satu masa, sudah tentu ada yang tak sempurna. Mana nak fokus kerja hakiki, mana nak pantau PDPR Firdaus dari pagi sekolah agama, dan sebelah petang, sekolah rendah. Yang selalu jadi mangsa sudah tentulah Firdaus. Ada-ada sahaja kerja yang diberi tidak sempat disiapkan. Faham-faham sajalah gaya belajar budak kecil macam Firdaus....ahaks! Kalau kita terleka buat benda lain, dia pun suka hati tinggalkan latihan terkangkang atas meja. Apabila dipanggil, kelam-kabut sambung kerja. Lepas itu tinggalkan lagi, dan sambung main semula.
Walaupun seakan ada tekanan kerja, tetapi apabila dilihat dari sudut positif, tekanan ini menjadikan kita lebih fokus dan berdisiplin membuat kerja hingga selesai.
Alhamdulillah.
Ketika ini boleh menyedut nafas panjang penuh lega.
Tengahari ini tak perlu masak sebab sarapan nasi kuning sudah cukup bekalkan tenaga seperti orang akan masuk kebun, menyangkul atau menoreh getah!
Jadi, sambil menemani Firdaus siapkan tugasan yang tergendala bolehlah sambung baca buku travelog hasil tulisan Normi Nas. Kali ini Amie baca Backpack HARBIN - 23'C Xiamen, Harbin, Mudanjiang & Suifenhe.
Baca tajuknya ingatkan cikgu yang masak nasi kuning...hehehe
BalasPadamSedapnya nasi kuning Sabah...cekodok pun nampak sedap..
Selamat membaca untuk mommy & selamat belajar untuk Daus
sedapnya kakkkk... nk sepinggan😆
BalasPadamnampak sedap tu..mkn berat pagi kenyang sampai ke petang
BalasPadambikin lapar ba ini huhu
BalasPadamSedapppnya nasi kuning dengan cekodok pisang tuuu kak amiee! Pos sini sikit :D
BalasPadamlapar tengok menu sis amie... sedap!
BalasPadamNasi kuning memang salah satu menu popular kt sana ya Amie..nampak menyelerakan..
BalasPadamfirst time dengar rendang ayam dengan telur
BalasPadamTeringin hendak cuba nasi kuning Sabah.
BalasPadamSedapnya breakfast dia. Kalau saya cekodok pisang semangkuk gitu boleh makan sorang. Hehe
BalasPadamcekodok pisang plg menarik heheee ^_^
BalasPadamAlhamdulillah rezeki dapat nasi kuning serta lauknya. Mudah kerja masak kak Amie panaskan dan tak perlu memasak dah. Dapat fokus pada urusan lain dan temankan Firdaus.
BalasPadamCekodok antara makanan kegemaran saya. Tak cukup makan 3,4 biji.. mahunya 10 biji baru kenyang.. hihi
BalasPadamTengok nasi kuning, rendang dan cekodok tu... terus rasa lapar 😊
BalasPadamTak dapat dibayangkan kalau Sk ada ank yang pdpr, hihi.. cekodok pisang raja tu macam pakai botox ya
BalasPadamwaduh sedap nya... kat tempat akak mudah ye jumpa pisang raja, kat sini payah betul nak jumpa pisang raja... pernah la dulu jumpa sekali dua tapi bila cari lagi payah bebeno
BalasPadamrendang telur dan ayam tu sgt menjemput selera aida, kak :)
BalasPadamSha suka rendang ayam dan telur tu.. hehehe
BalasPadamnmpk sedap cekodok pisang tu. tiba2 tringin nak mkn.
BalasPadamMenu petang yg mengenyangkan dan sedap
BalasPadam