Jumpa lagi. Alhamdulillah dapat menghirup udara segar di bumi Allah yang indah ini. Hari ini alam kelihatan cerah. Matahari bersinar garang dari arah Laut Sulu.Sebelum memulakan aktiviti pada pagi ini, kita alas perut dulu.
Jom buka tudung saji. Ada apa yang terhidang?
Amie masak Nasi Goreng Cili Padi Ikan TunaTumbuk dan sediakan Sandwich Tuna. Amie tidak potong tepi-tepi roti. Sayang nak buang, baiklah makan sekali. Bukannya keras pun. Sedap jew. Tak elok membazir. Kawan syaitoonirrajiim!. Dulu kalau buat sandwich memang rajin potong tepi roti sebab boleh simpan nak buat puding roti.Nasi goreng itu pula Amie gunakan lebihan ikan tuna goreng kelmarin untuk dijadikan perencah. Tambah cili padi tumbuk bersama bawang, dan apabila dihidang taburkan hirisan cili padi kampung. Naaaaa.... baru tahu kalau tergigit cili padi boleh berasap telinga! Tak apa. Ada lemon panas sedia menanti untuk kurangkan pedas!
Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tuna Tumbuk, Sandwich Tuna, Lemon Panas & Honeydew. |
Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tuna. |
Kalau rasa lapar waktu BDR sebelum sempat masak tengahari, boleh makan sandwich. Firdaus pun rajin melayan Mommynya yang suka minta tolong ambilkan itu dan ini di dapur sewaktu BDR. Apa boleh buat, memang selaluya begitulah. Sambil berBDR, sambil minum atau makan di depan PC.
Hari ini terima arahan untuk ikuti Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2021 secara maya. Baru saja selesai Slot 1, Slot 2 pada pukul 12 tengahari, manakala Slot 3 pada pukul 3 petang nanti. Kalau tak sempat ikuti secara langsung, boleh tonton pada waktu yang lain juga.
Firdaus sudah faham. Kalau kita minta air dia akan capai bekas minuman lemon panas kita di bawah tudung saji. Kemudian dia hantar ke meja sambil berkata: 130 air panas, 130 air biasa. Maksudnya 130ml air panas campur dengan 130 ml air biasa.
Hirisan lemon dalam bekas minuman memang Amie tak buang. Boleh tambah air beberapa kali. Yang penting masih ada rasa masam lemon dan pahit kulit lemon. Itulah ubat! Biasanya kalau Amie duduk berBDR, 3 -4 kali jugalah Firdaus ulang-alik ke dapur tambah air.
Honeydew. |
Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tuna Tumbuk:
- 4 cawan nasi putih sejuk
- 1 cawan isi ikan tuna goreng tumbuk
- 1 cawan isi jagung
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
- 2 ulas bawang ptih
- 3 biji bawang merah
- 7 tangkai cili padi kampung
- 1 biji cili merah - buang biji
Cara memasak:
- Gaul nasi dengan isi ikan tuna tumbuk.
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan tumbuk sehingga terbit aroma.
- Masukkan isi jagung. Kacau beberapa kali.
- Kemudian masukkan nasi yang sudah digaul dengan isi ikan tuna tumbuk.
- Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul rata, dan padamkan api dapur.
sedapnya nasi goreng
BalasPadamSedapnya kak amie...biasa buat nasi goreng tuna guna yang dalam tin...kalau dapt guna isi ikan yang fresh kan best
BalasPadamSha tak pernah guna tuna fresh.. selalu guna yang dalam tin je utk buat sandwish dan nasi goreng.. hehehe.. Mengancam tengok nasi goreng kak amie yang penuh hirisan cili padi tu.. hehehe
BalasPadamsedapnya nmpk nasi grg tuna tu. bleh cuba weekend ni. tuna pon ada.
BalasPadamsedapnya..
BalasPadamwow sedap tu nasi goreng tuna..biasa mkn sandwich tuna je
BalasPadamSedapnya nasi goreng tuna & sandwich.Tergigit cili telinga berasap teringat animasi Film Negara Malaysia dulu-dulu.Kisah monyet makan cili
BalasPadamJangan monyet..jangan
Aku tak kira..aku
nak..nak juga
🌶️🐒
aduhhh terasa kepedasannya sampai ke sini amie..hahaha
BalasPadamAduh sedapnya nasi goreng cili padi & ikan tuna tumbuk. terima kasih share recipe
BalasPadamCara memulakan perniagaan kecil
No cukai pendapatan
rancangan perniagaan
Zakat Perniagaan
Cukai Harta
Dahulu pun rajin buat air lemon letak dalam botol besar untuk detoks.
BalasPadamTuna macam tu uncle makan sorang!
BalasPadamRajin betul Firdaus menolong mummynya. Kita terpandang2 pulak dia terkedek bawa air lemon panas, hihi
BalasPadamNasi goreng tuu menyelerakan la kak 😋
BalasPadamAda satu kedai dekat dengan rumah saya, nasi goreng cili padinya sedap. Kalau ke kedai tu, mesti order.
BalasPadamSaya buat sandwich tak pernah potong tepi. sayang nak buang. Makan okay je tak keras. Sedap hidangan nasi goreng cili api ikan tuna tumbuk. Tergigit cili api ada cover air lemon. bagus dah siap sedia bantuan tu. Alhamdulillah Firdaus faham sangat mommy. Siap beritahu sukatan air. Bagus Firdaus ni.
BalasPadamSedapnyaa.. spicy lover here..
BalasPadamBoleh layari etiqa untuk mendapatkan ilmu tentang insurans dan kelebihan jika amik dengan Etiqa. Contohnya, lesen memandu, tuntutan insurans, claim insurance
& etiqa home insurance.
Rajin adik Firdaus tolong mummy.
BalasPadamsedapnya. yg penting pedas. lagi aummmm..
BalasPadamSedapnyaaa tengok gambar masakan kak amie ni, saya pun tak pernah potong tepi kalau buat sandwhich, sedapppp saja kalau dimakan.
BalasPadamSedapnyaa sandwich tuna!! Lama tak buat dan makan
BalasPadam