Berehat seketika dari berBDR. Kerjanya lebih duduk dan tak perlu banyak pergerakan, tapi letihnya kepala dan otak hanya hanya diri sendiri yang mengalami.... ahaks! Jom masuk dapur. Nak isi perut baki sarapan pagi tadi. Jadilah untuk alas perut waktu tengahari. Encik Suami akan balik lewat petang, jadi tak perlulah masak tengahari. Selepas isi perut boleh solat dan sambung tugas BDR sambil bantu urus PDPR Firdaus. Kami bahagi dua tugas, PDPR sekolah agama, Encik Suami urus. PDPR sekolah rendah Amie urus.
Awal pagi tadi, masuk dapur Encik Suami sudah panaskan pengat pisang lebihan petang kelmarin. Firdaus pula sudah banyak kali bersuara:
Dah lama Mommy tak buat murtabak maggi.
Kedengaran sangat sopan sekali ayatnya. Ada maksud tersirat di sebalik kata-katanya. Fahamlah Mommy, maksudnya:
Boleh Mommy buatkan Daus murtabak maggi?
Wokey!
Sarapan pagi ini Amie sediakan Murtabak Maggi Sosej. Amie gunakan 2 bungkus maggi. Tambahkan 5 batang sosej dan 6 biji telur. Akhirnya siap 6 keping Murtabak Maggi Sosej.
Murtabak Maggi Sosej & Pengat Pisang. |
Mutabak Maggi Sosej |
Pengat Pisang |
Amie suapkan satu sudu kuah pengat, ada sagu biji dan jagung di dalamnya. Firdaus kata, sedapnya. Amie suap lagi dan untuk suapan kali ke tiga Amie tanya: Nak pisang tak? Firdaus angguk. Kali ini lengkap makan pengat dengan pisangnya sekali. Akhirnya habis satu mangkuk pengat kami makan berdua.
- 2 bungkus maggie kari - celur mee sehingga kembang dan toskan airnya
- 6 biji telur - pukul ringan
- 5 batang sosej - belah 4 dan potong kecil
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 biji cili merah - buang biji - hiris
- 1/2 cawan daun bawang campur daun sup dihiris
- mentega secukupnya
- Panaskan kuali. Cairkan 2 sudu besar mentega. Masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Goreng hingga layu kekuningan.
- Seterusnya masukkan sosej. Kacau rata selama 2 minit. Padamkan api dapur.
- Dalam sebuah bekas, masukkan sosej yang digoreng, tambahkan hirisan cili merah serta hirisan daun bawang dan daun sup.
- Kemudian masukkan mee bersama perencahnya.
- Masukkan pula telur dan gaul sebati.
- Panaskan kuali kecil dan masukkan sedikit mentega hingga cair.
- Masukkan adunan mee maggi secukupnya ke dalam kuali.
- Terbalikkan murtabak supaya masak sekata kedua-dua belah.
- Angat dan hidangkan bersama sos pilihan.
Murtabak Maggi Sosej |
esok boleh try resepi murtabak meggi kak amie ni. tiap2 pagi tak tau nak sarapan ape.. buhsan asik sarapan yang sama jer...
BalasPadamlama x buat murtabak megi.. kalau alan ckp mcm firdaus tu kn kak selalunya sy akn balas, ok pantun 1.. nnt dia akn nafikan dia bukannya berpantun.. hahaha
BalasPadamAnak2 akak cukup sukakan murtabak megi ni Amie..tak cukup bahan pun takpa..
BalasPadamSedap..paling senang nak buat dan kegemaran Dania jugak...
BalasPadamsedap mkn ptg2 ni..
BalasPadamtk pernh mkn lg murtabak maggi
BalasPadamPengat pisang tu yang menawan hati.. murtabak Maggi saya tak pernah makan walaupun biasa dah jumpa dijual.
BalasPadamHehe untung Daus ada Baba dan Mommy tolong buat PDPR.
BalasPadamSertai bertuah permintaan makanan terus ditunaikan. Moga Firdaus jadi anak yang soleh.
Betul la...kalau singgah sini ,kecur liur.
BalasPadamTeringin pula tekak ni bila nampak martabak megi tu.Tapi lagi mengancam pengat pisang sebab bila dah dibiar semalaman memang lagi pekat,sagu makin kembang & lagi terasa...
Menggoda betul tengok pisang kak amie, tak pernah tak menyelerakan! :D
BalasPadamSaya tak pernah cuba lagi buat murtabak maggi ni, tapi kalau maggi mee cepat dimasak sedap dimakan, memang sy suka giler, hehe
BalasPadamsedapnya kak Amie..esok cadangan shida nk buat bubur jagung..harap jadilah ^_^
BalasPadamTang terbalikkan murtabak tu saya selalu fail tapi makan jelah walaupun kejadian tak berapa comel. Hehe.
BalasPadamCantik rupa murtabak meggi tu . CCL pernah try beberapa kali tapi itu laa ada je yang nak hancur
BalasPadamKak Amie, bentuk murtabak seperti dicetak, cantik sangat tuh. Saya jadi ingin cari mana tahu di Indonesia ada maggie kari, sebab saya tengok baru ada maggie kaldu block saja
BalasPadamSedapnyaaaaaa murtabak maggi. Lama da nadyya xbuat ni.hehe
BalasPadamMakin lama saya di sini, makin berlubang perut ni hahahah
BalasPadamSedap sangat nampak martabak maggi dan pengat tu, Kak Amie :)
Bijak Firdaus minta mommy. Cair terus mommy buatkan untuk Daus. Berselera dia makan. Haruslah puji masakan mommy sedap :)
BalasPadamsy nak pengatttttt
BalasPadamsemlm baru buat pengat.
Padamada baki lagi skit kat peti ais :)
lama x buat murtabak maggi.
BalasPadammaggi kari ada je stok. tapi makan gitu aje.
atau goreng.
sedap jugak murtabak gini. cicah sos :)
senang dan sedap murtabak maggi ni..
BalasPadam