Pada 14 Jun 2021 jam 9 malam, minggu lepas Amie ikut siaran langsung CAS (Cakap Apa Saja) bersama Rozlan dan Nasser. Tetamu jemputan untuk CAS pada malam itu ialah Tuan Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).
Rezeki tercongok awal-awal di depan Mr. Lappy, Amie dapat lock buku 5 buah Antologi Puisi dengan harga RM85. Harga asal ialah RM176. Selepas rancangan CAS selesai, Amie terima mesej untuk membuat pembayaran sebelum pukul 12 tengahmalam itu. Keesokan paginya, buku akan dipos.
Hari ini Amie terima 5 buah Antologi Puisi tersebut:
- Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 1
- Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 2
- Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 3
- Antologi Puisi Murid Sekolah Menengah Kembara Aksara
- Antologi Puisi Murid Sekolah Rendah Suara Dalam Kata
Antologi Pusi Murid Sekolah Rendah - Suara Dalam Kata |
Antologi Puisi Murid Sekolah Menengah - Kembara Aksara |
Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 3 |
Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 2 |
Seumur hidup Amie hanya 2 buah puisi sahaja yng pernah Amie tulis dan tersiar dalam akhbar. Itu pun setelah timbul rasa kagum melihat sahabat baik Amie, Dr. Nor Raudah Haji Siren (sekarang pensyarah di UM) menang pertandingan menulis sajak untuk Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA. Puisi Raudah (tak ingat tajuk) dibukukan dalam Antologi Puisi Di atas Mimbar Merdeka.
Raudah dapat hadiah wang tunai RM500. Waktu itu jumah RM500 sangatlah besar nilainya. Dengan rasa takjub, Amie pun tulis sebuah sajak bertajuk Harga Sebuah Puisi ditujukan khusus untuk Raudah. Sajak Amie itu tersiar dalam surat khabar Berita Harian. Waduh! Memang macam artislah waktu itu. Sudahlah gambar muka pun disiarkan juga, dengan nama penuh! Seronok sangat jadi orang popular di kampus. Padahal sajak yang dihasilkan hanya sebuah!
Raudah pula menulis sajak bertajuk Hidup Seorang Penyair (Balasan Buat Salami) dan tersiar juga di Berita harian.
Tidak lama kemudian Raudah tunjukkan Amie sebuah sampul surat dari DBP yang diambil dari pejabat am, UM. Kami sama-sama berdebar kerana tidak sabar untuk mengetahui berapa agaknya jumlah bayaran royalti yang dibahagi 25 penulis untuk antologi Di Atas Mimbar Merdeka?
Setelah menatap jumlah bayaran, terlihat dengan jelas perubahan air muka Raudah. Dari riak gembira bertukar menjadi mendung tapi hanya seketika saja. Kemudian Raudah tertawa.
"Mari saya belanja kamu KFC," katanya lalu menunjukkan lembaran putih di hadapan Amie.
Oh!
Tercatat jumlah bayaran royalti sebanyak RM16.05 sen.
Seperti biasa Raudah bonceng Amie dengan motosikal Honda C70 menuju ke Jalan Kemajuan di Stesen 14. Kami makan KFC di situ. Waktu itu harga satu set KFC hanya RM5.40 sen sahaja! Jadi wang royalti yang diterima masih berbaki RM4.25 sen. Boleh beli 2 bungkus burger Ramly dan rangka ayam goreng KFC di pasar malam Seksyen 17 atau pasar malam di Jalan Kerinchi. Waktu itu harga sebungkus burger Ramly hanya RM1 dan rangka seekor ayam goreng KFC hanya RM2. Masih berbaki 25 sen!
Sajak Harga Sebuah Puisi itu Amie cuba nasib ikut pertandingan menulis sajak sempena Pesta Hari Terbuka Asrama UM di Seksyen 17. Amie meraih tempat kedua dan dapat hadiah RM25. Keesokan harinya Amie naik Bas Mini No 12, tambang 50 sen dari Petaling Jaya menuju ke Jalan Chow Kit. Amie masuk ke Pustaka Antara. Sudah beberapa kali Amie belek-belek sebuah buku berwarna hijau setebal 626 muka surat setiap kali datang ke situ. Akhirnya buku hijau itu berada dalam genggaman! Inilah buku yang selalu disebut-sebut oleh Prof. Aisah dalam kuliah Puisi Melayu Tradisional. Mengikut kajian Harun Mat Piah, penulis buku ini, terdapat 44 jenis puisi Melayu tradisional di negara kita! Itu termasuklah pantun, syair, gurindam, seloka, jampi, mentera, nazam, teromba, talibun dan sebagainya. Tak sia-sia berkali-kali buat ulangkaji sendiri baca buku ini. Berbaloi laburkan RM25 dan akhirnya dapat A untuk subjek ini.
Puisi Melayu Tradisional |
Rupanya buku Puisi Melayu Tradisional ini masih ada dalam rak buku. Usianya sudah lebih 30 tahun!
Eh!
Terlupa pula. Asyik cerita tentang sajak Harga Sebuah Puisi saja. Sajak yang kedua dianaktirikan pula....ahaks! Sajak Amie yang kedua tersiar dalam Utusan Borneo bertajuk : Cerita Ombak Kepada Pantai.
Agak-agaknya masih adakah lagi saki-baki bakat menulis yang sudah sekian lama ditinggalkan? Teringat Kak Paridah Ishak yang sangat konsisten menghasilkan karya. Di mana ada kemahuan, di situ terbentang jalan bukan?
Isshhh...issshhh!
Inilah kalau sudah syok sendiri.
Tajuk entri tentang antologi puisi orang.
Isi cerita pula mengenang cerita lama!
Isi cerita pula mengenang cerita lama!
Huh..tabik spring dekat cikgu yang rajin membaca & membuat kajian.Saya tengok cikgu hafal jumlah muka surat & jenis puasi tu pun dah cukup kagum.students tak boleh chong(istilah Kedah lama-tak boleh ngelat/tipu) ni
BalasPadamHahaha,,,itu sajalah yang boleh dibuat, membaca, membaca dan membaca.
Padamtahun bila tu cikgu di um.....saya pun um juga, selalu pi kfc section 14 ataupun shakey's pizza depan hankyu jaya bangsar tu.. (ini guna anak punya komputer)
BalasPadamOh! Baru saya teringat Jalan Kemajuan tu di Seksyen 14. Saya di UM 1988-1992.
Padampuisi pertama saya tulis...masuk dewan pelajar tahun 1993. dapat royalti 32 ringgit berapa sen entah. excited sgt nak pergi ambil duit kat bank...sekali bank cakap takleh ambik cash.. kena masuk bank dulu...hahaha.. kenangan zaman kanak kanak
BalasPadamdulu penah simpan impian nk jadi penulis he hee
BalasPadamtapi terkubur begitu shj
Boleh sahaja Puan Amie asah semula menulis.
BalasPadamKagum saya tersiar dalam suratkhabar perdana. Tahniah.
Saya pernahhhh masuk pertandingan sajak, tapi tak de rezeki menang hehehe.
BalasPadamTeringin nak tengok kak amie tulis sajak pulakkkk :D
wah dah ada bakat sebagai penyair ni. Asah le bakat terpendam tu amie. Selalunya puisi tak seglemer sebagai penulis novel. Tapi kalau minat teruskan lah sayang bakat terpendam tu.
BalasPadamWah kak amie dah lock buku la...bertambah lagi bahan bacaan nanti
BalasPadamBerbakat Kak Amie menulis. boleh teruskan lagi penulisan tu Kak Amie. Untung juga tu dapat lock harga murah dari harga asal. Banyak jimatnya.
BalasPadamrezeki tu kak dpt harga murah๐๐๐ selamat membaca tau๐
BalasPadamWow.. Jimat gila harganya.. memang rezeki betul tu Kak Amie..
BalasPadamI tell everyone how amazing you are. You have the best laugh.
BalasPadamWonderful article! That is the kind of info that are supposed to be shared around the internet.
I used to be able to find good info from your
blog posts.
ํ๊ตญ์ผ๋
This page really has all the information and facts I wanted about this subject and didn’t know who to ask
BalasPadamํ ํ ์ฌ์ดํธ