Petang kelmarin dapat arahan untuk bertugas pada hari ini, hari minggu hari bercuti. Berangin jugalah rasanya, tapi apabila fikirkan SYMA bersama kawan-kawan, terima jugalah perintah kerahan kerja itu. Muhasabah diri seketika. Buat kerja lebih ikhlaskan sebagai satu sedekah. Mana-mana kerja yang terkurang, mohon ampun dan keberkatan dari-Nya. Awal pagi lagi sudah bangun bersiap. Minta tolong Encik Suami hantar sebab malas memandu. Bukan apa. Semenjak PKP 1.0, 2.0 & 3.0 mungkin selalu terkurung di rumah apabila sesekali keluar rasa lain macam...ahaks!
Sempat singgah di warung beli sarapan pagi. Amie sarapan dalam kereta. Sempatlah telan seketul karipap buat alas perut kemudian tolak masuk tekak dengan minum air suam yang dibawa. Nak makan di tempat kerja takut kena intai orang KKM seperti dulu.
Sudah hantar, tentulah kena ambil waktu pulang kan! Dalam perjalanan pulang, Encik Suami singgah beli taugeh. Katanya lama tak makan taugeh. Kita pula fikirkan sampai rumah nanti nak masak nanti goreng ikan kapas saja. Sudah masuk dapur, Encik Suami bersuara: Masaklah ikan layar.
Masak sajalah apa-apa yang diingini. Lagi pun Amie bukan masak dua kali, tapi masak sekali untuk makan dua kali, makan tengahari dan malam. Biasanya nasi untuk makan malam Amie akan simpan untuk goreng esok pagi sekiranya sebelah petang Amie buat kudap-kudapan.
Terhidanglah Ikan Layar Masak Lada Putih, resipi arwah MIL yang disukai keluarga Encik Suami dan anak-anak kami. Masakannya sangat mudah dan ringkas. Oleh kerana Amie olah ikan layar ini ambil bahagian isi dan bawah perutnya yang berlemak, jadi hasilnya berlinang-linanglah minyak masak dengan minyak ikan menjadi satu dalam mangkuk!
Taugeh pula Amie masak lemak putih, tambah tauhu dan petai. Ikan kapas memang Amie goreng sebab Amie nak makan. Ada ulam-ulaman seperti daun salad, timun, kacang botor dan tomato ceri. Cukup lengkap dengan air asam cili picit yang warna merah ikut warna belacan.
Tiba-tiba Firdaus datang ke dapur minta dadarkan telur! Raja telur ini memang tak boleh kalau tak ada telur. Amie kata telur dah habis. Esoklah kita goreng telur ye dik.
Selepas makan tengahari yang agak lewat, Amie cadang nak baca buku tapi terlelap sampai ke petang. Rupanya penat juga bekerja di hari minggu.
Ikan Layar Lada Putih |
Hidangan nasi & lauk-pauk. |
Sayur Taugeh Masak Lemak Putih dengan Tauhu & Petai. |
Ulam-ulaman : Daun salad, kacang botor, hirisan timun & tomato ceri. |
Ikan Kapas-Kapas Goreng. |
Air Asam Cili Picit. |
Hirisan Buah Kuini |
- 500 gram isi ikan layar - potong ikut saiz yang disukai
- 1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 4 cm halia
- 1 sudu besar lada putih
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
- Masukkan ikan layar. Gaul rata. Biarkan sehingga ikan layu atau berubah warna.
- Tuangkan bancuhan air asam jawa.
- Masak sehingga kuah mendidih dan mulai pekat.
- Taburkan garam / perasa pilihan.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Wah,terbayang kesedapan ikan layar tu..Saya hanya pernah sekali dapat rezeki ikan layar.Itupun sudah bertahun yang lalu.
BalasPadamCikgu,
Nak tanya,kalau kita masak guna lada putih biji,tumbuk & tumis adakah memang bau dia semacam ye?
Saya suka lada putih,tapi masa masak bertumis tu bau dia semacam.Tak tahu samaada lada putih yang saya beli kurang berkualiti @ memang bau dia macam tu?
Tapi bila makan sedap jer..cuma bau tu
Ini pengalaman sayalah sebagai menantu MIL yang ada tanaman lada hitam. Ada dua jeniskan, lada putih dan lada hitam. Sebenarnya dari pokok yang sama. Lada putih tu yang sudah masak dipokok tetapi lada hitam itu lada yang belum masak atau masih muda. Sebelum lada putih dihasilkan, ia perlu direndam dalam air bersih. Rasanya lebih seminggu MIL rendam, kemudian dijemur hingga kering. Ketika direndam itu memang ada bau.
PadamBetullah tu, walaupun ada bau tapi rasanya tetap sedap.
Alhamdulillah..lega dengan penjelasan cikgu.Setahu saya memang buah lada masak direndam hingga tanggal kulit,tapi tak pasti tentang bau tu..hihihi..Terima kasih atas penjelasan.Semoga bermanfaat untuk yang lain juga
PadamWow unik guna pokok lada putih. Kalau hendak buat kena sediakan lada putih di mana memang tiada di rumah saya.
BalasPadamSelamat menjamu selera.. Macam-macam pilihan makanan yang sedap-sedap ada.. kalau makan, semua nak dirasa.
BalasPadamSedapp sedapp menu nyaa, ni kalau duduk rumah kak amie, tak pernah laparlahhh. Memang kenyang selalu!
BalasPadamTerliur SA tengok lauk ikan layar Kak Amie tu ha...sedapnya..kenapa la kat semenanjung ni terutana NS ni takde jual ikan macam- macaam
BalasPadamCara masak dan bahan2 pun simple tp hasilnya pasti menyengat Amie..
BalasPadamTerima kaaih untuk resepi
BalasPadamikan layar tu besar kan kak... mesti sedap dan kenyal dagingnya...
BalasPadambila baca entry kak amie ini, saya terus google ikan layar. tak pernah makan ikan ini hehehe
BalasPadamtapi tengok menu kak amie, nampak menyelerakan :)
Ikan layar tu yang ada sirip macam layar kapal tu, kan? Sy tak pernah makan tapi selalu nampak gambar ikan ni , hihi..kalau di rumah ni beli ikan yg sama jer, datang blog Kak Amie, banyak jumpa dan belajar tentang ikan-ikan lain
BalasPadam1st time dgr ikan layar..sayur taugeh tu lama tk mkn ..aritu MIL masak juga menu tu
BalasPadammenggoda ulaman n lauk2 menu tengah hari amie
BalasPadamsedapnya..lauk gini pun dah selera menambah2 nasikkk
BalasPadamIkan layar besar ye ni. Besar ketulan isi ikan tu. Sedap pulak nampak sayur taugeh masak lemak putih dengan tauhu tu. lama tak masak style macam tu.
BalasPadamSha tak pernah makan ikan layar.. Nampak menarik pula bila dimasak macam tu..
BalasPadamIkan layar? Ke dia ada nama lain ek? Nampak sedap..
BalasPadamTak pernah tgk ikan layar tu hehe. Bekerja kena ada sedekah barulah rezeki mencurah2. Bagus akak dlm bekerja
BalasPadam