Air Terjun Akar Berayun @ Sarasah Aka Barayun di Taman Wisata Alam Lembah Harau
4:17 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan dari entri : LEMBAH HARAU & KELOK SAMBILAN (9)
Bayangkan dalam suasana hangat mentari yang menyinar terang, di kiri kanan jalan terbentang sawah bendang nan menghijau, nun di kejauhan banjaran gunung terentang berekor-ekoran sayup-sayup mata memandang! Di manakah lagi akan anda temui suasana yang sebegini indah kalau bukan dalam perjalanan ke Lembah Harau? Bagi pencinta alam, sudah tentunya terus terpukau dengan keunikan Lembah Harau yang diapit oleh dua buah bukit berbatu yang curam dengan bentuknya yang tersendiri.
Terima kasih Pak Herman kerana membawa kami ke kawasan lembah berhampiran pekan Payakumbuh di Kabupaten Lima Puluh Koto, wilayah Sumatera Barat. Mata tidak jemu memandang bukit-bukit batu pasir yang curam dengan ketinggian antara 100 hingga 500 meter. Antara bukit yang terdapat di sekitarnya termasuklah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak dan Bukit Tarantang.
Selain Lembah Harau yang memukau, Sumatera Barat memiliki banyak kawasan air terjun sehingga mendapat julukan Neri Seribu Air Terjun. Di Lembah Harau , penduduk tempatan menyebutnya dengan panggilan sarasah. Antara sarasah @ air terjun yang terkenal termasuklah:
Sarasah Aka Barayun
Sarasah Donat
Sarasah Boenta
Sarasah Talang
Sarasah Murai
Sarasah Aie Luluih
Sarasah Bunta
Sarasah Aie Angek
Sarasah Gadang
Air Terjun @ Sarasah Aka Barayun 2023 |
4 comments
Aduhhh.. rasa macam nak terjun dalam kolam air terjun tu Kak Amie.
BalasPadamPasti terimbau kenangan 2017 ketika berfoto di tempat yang sama 6 tahun kemudian...
BalasPadamSaya belum pernah ke lembah Harau ni. 😅. Cantik memang. Rasanya kalo nanti kesana, memang sebaiknya booking travel supaya ada yg membawa kesana ya kak Amie. Daripada pergi sendiri. Krn jarak kota di Sumbar jauh2 jugaa
BalasPadamoo..byk air terjun..yg saya ingat Si Piso-Piso....cantik Harau Valley..
BalasPadam