Ikan Jenahak Goreng Berempah
8:17 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pernah sekali Amie goreng ikan jenahak dan bubuh sedikit rempah. Beberapa hari kemudian Amie goreng lagi tetapi hanya lumur garam kunyit sahaja. Firdaus bertanya, kenapa tidak goreng seperti beberapa hari lepas, dengan bumbu rempah-rempahan. Daus suka, katanya. Jadi, Amie pun usahakan perap ikan dengan rempah sebelum digoreng. Memang suka sangatlah Firdaus makan. Disebabkan kegemarannya makan ikan jenahak goreng, setiap kali kami beli ikan jenahak, Encik Suami akan berkata : Ini ikan untuk Tuan Imam Haji Relay!
Tuan Imam Haji Relay ialah arwah bapa mentua, bapa kepada Encik Suami dan datuk kepada Firdaus. Encik Suami kata, ikan pilihan Firdaus sama seperti ikan yang digemari arwah. Arwah bapa mentua selalu pesan, kalau goreng ikan biar lembik-lembik. Sampai sekarang Amie tak pandai goreng ikan seperti yang dimaksudkan. Arwah emak mentua saja yang tahu... ahaks! Sebenarnya FIL hendak sampaikan pesan supaya goreng tidak garing atau terlebih masak. Begitu juga kalau panggang ikan atau kambing. FIL ada cara memasak berdasarkan pengalamannya menjadi tukang masak orang putih sewaktu zaman pentadbiran British di Borneo Utara.
Apabila terhidang Ikan Jenahak Goreng Berempah, tambah seleralah Firdaus makan. Berkali-kali tambah nasi dalam pinggan.
| Ikan Jenahak Goreng Berempah |
Resipi Ikan Jenahak Goreng Berempah
Bahan-bahan:
- 2 kepingan ikan jenahak - bersihkan dan tos
- minyak secukupnya untuk menggoreng tenggelam
- 1 pelepah daun kari - lurutkan
- 1 sudu kecil serbuk rempah kari ikan
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 2 cm halia
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil ketumbar biji
Cara:
9 comments
goreng berempah mcm tu konpom berulang2 makan nya tu kak hehehe.. sedap!!
BalasPadamNampak sedapnyer ikan kayangan tu
BalasPadamSedap ni Kak Amie 😋
BalasPadamSedap bila ikan dibubuh rempah begini. Mak pun ajar begini tapi kalau rajin je buat. Biasanya malas, goreng garam kunyit je 😅
BalasPadamwahhh memang sedap ikan digoreng dgn bumbu mcm tu hehe
BalasPadamSedapnya nampak.Apa lagi makan panas- panas .
BalasPadamSedaaaaaap, ini ingetin ikan goreng yg mama sering bikin dulu 😍😍😍. Apalagi kalo dimakan dengan sambal kecap, lebih sedap kak ❤️
BalasPadamTerbayang kesedapan cara masakan arwah ayah mentua kak Amie tu. Rupanya kegemaran Firdaus sama seperti arwah atoknya. Masak dengan garam kunyit pun dah sedap, inikan dengan rempah ratusan yang lain. Berseleralah Daus makan.
BalasPadamNampak sedap ikan jenahak berempah..SA suka masak macam ni..sedap..wangi bau daun kari dan rempah
BalasPadam