Sarapan Katupek Gulai Tunjang di Padang

7:46 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai urusan ketibaan di Bandara Internasional Minangkabau, kami terus dibawa  bersarapan di Warung Lontong Ibu.
Maka bermulalah kenal-kenalan dengan makanan dan masakan tradisional di Padang selain menu Nasi Padang yang sudah biasa dengan tekak kami. Terima kasih empunya warung kerana sudi melayani pelbagai pertanyaan yang Amie ajukan. Dapatlah belajar beberapa istilah yang dapat menambahkan perbendaharaan kata atau kota kasa bahasa Melayu Nusantara.

Antara menu yang digemari masyarakat tempatan di Lontong Ibuk:
  • Katupek Gulai
  • Katupek Tunjang
  • Katupek Pical
  • Bubur Kampiun
Kami diperkenalkan dengan katupek atau dalam bahasa kita ketupat dengan pelbagai pilihan lauk atau gulai seperti gulai paku, gulai nangka, gulai tunjang dan beberapa pilihan gulai lain. 

Amie : Katupek Gulai Tunjang

Sekarang sudah terhidang di depan mata pilihan menu Katupek Gulai Tunjang. Jom kita menyantap ketupat di pagi hari dengan gulai tunjang dilengkapi gulai cubadak atau nangka, sebutir telur rebus dan ditaburi keropok!


Ini pula Katupek Gulai Tunjang ditambah dengan gulai paku atau gulai pakis. Selain gulai tunjang ada juga gulai jangek. Tunjang ialah kulit lembu di bahagian kaki manakala jangek pula bahagian kulit lembu yang tebal. Apabila dikunyah, rasanya lembut dan kenyal. Menurut Pak Herman dan Pak Raajab, tunjang sebutan masyarakat Minang manakala dalam bahasa Indonesia, tunjang disebut kikil.

Kalau tak silap, jangek atau kulit lembu Bonda kita selalu sebut : belulang.

Gulai tunjang dan cubadak @ nangka dalam pinggan katupek!


Ada yang minum kopi panas, dan ada juga yang minum kopi ais dan juga ais jeruk @ limau.


Tidak lupa, kami kunyah-kunyah Kerupuk Blek atau Kerupuk Mawar yang sangat terkenal di Indonesia.

Selain sarapan Katupek Gulai Tunjang, sebahagian daripada kami memilih Katupek Pical sebagai alas perut. Katupek Pical ini dilengkapi dengan sebutir telur rebus, mi kuning, kerupat, kuah pecal dan  keropok merah.

Alhamdulillah, seawal pukul 9:15 pagi kami sudah berkenalan dengan:

  • Jangek
  • Cubadak
  • Gulai Tunjang @ Kikil
  • Katupek Pical
  • Kerupuk Blek @ Mawar

19 comments

  1. Bagaimana kak Amie dengan ketupek padangnya..suka kah😀..kalau kerupuk mawar itu seperti teman makan sehari "kalau di sini,biasanya ada juga jualan yg mentahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Lumayan enaknya mbak.
      Tapi, banyak juga kami makan kerupuk mawarnya itu.

      Padam
  2. Kami panggil jangek…sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah terhidang depan mata memang sedap sangatlah. Kenyal-kenyil gitu.

      Padam
  3. lebih kurang sama je ketupek dengan ketupat, jelas sekali kita dari satu rumpun yg sama. Macamana rasanya Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Semuanya boleh diterima tekak.

      Padam
  4. Saya pernah ke Daik Lingga. Terbayang-bayang keenakan lontong kat sana.

    BalasPadam
  5. Banyak variasi lontongnya ya.
    Saya pernah makan jangek masak lemak cili api di NS, sedap 👍🏽

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangek memang sedap.
      Lagilah kalau orang lain yang masak, kita hanya suap ke mulut saja hihihiiii.

      Padam
  6. Aduiii....sedapnya gulai tunjang...
    Oh,baru tau cubadak tu nangka ya ..
    Kat belah Sentul KL ni kan ada nama Kampung Cubadak..Agaknya Kampung Nangka la gamaknya tu...
    Bertamu di blog cikgu pasti pulang dengan info baru...suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya perkampungan orang Minang tu Mama Cella.

      Padam
  7. Unik nama menunya. Salah satu seronok jalan jalan di Indonesia ni dapat rasa masakannya yang unik tapi tak jauh beza dengan Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Fiza.
      Kebanyakan resipi tradisional mereka masih asli. Di negara kita beza sedikit barangkali disebabkan percampuran budaya.

      Padam
  8. Kak Amie.. sy betul² terliur ni. Rasa macam nak terbang ke Padang makan katupek.

    BalasPadam
  9. Aisssh kak amieee, langsung terbayang enaknya ketupat tunjang dan gulai pakis ala Padang tu 🤤🤤🤤😄. Di sini susah cari yg otentik macam di Padang . Pasti ada saja rasa yg kurang pas. Memang hrs coba sendiri ke kota asalnya . Saya sukaaa sangat tunjang, atau gulai pakis mereka. Memang cocok buat teman ketupat 😄

    BalasPadam
  10. keropok pink tu bagaikan menambat selera...nampak sedappp

    BalasPadam
  11. Wow..terliur SA..sebutan minangnya sama dengan dialek di kampung SA ..osah pokat kato org NS ..cuma SA je x pandai nak berbahasa minang

    BalasPadam
  12. sedapnya...pelbagai jenis lontong...kikil/tunjang & kulit lembu femes masakan padang..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe