Setia Menanti
11:44 PGSetia menanti Mommy pulang dari jalan-jalan. |
Pagi tadi, selepas solat subuh Amie sambung tidur. Beberapa kali Encik Suami kejutkan tetapi kita tak dapat buka mata. Telinga mendengar, tetapi badan hendak berehat! Menjelang pukul 10:30 pagi, barulah kita bangun. Encik Suami tinggalkan kita di rumah bersama Firdaus. Baru teringat, malam tadi Encik Suami beritahu hari ini ada majlis kahwin di rumah Pak Ayu.
Sebelum keluar rumah, Encik Suami belikan nasi kuning. Kami sarapan berdua dengan Firdaus. Firdaus sudah pandai goreng kentang sendiri. Amie tambahkan dengan gorengan Kerupuk Keriting dan bancuh secawan Susu Jahe Sidomuncul oleh-oleh dari Palembang.
Rasanya hendak sambung rehat! Sesungguhnya di rumah sahajalah tempat istirahat paling selesa.
20 comments
Setia sungguh dia, tengah malam masih menanti Mommy -nya. Rindu sungguh agaknya tu hehe ...
BalasPadamMemang rindu sungguh tu PH.
PadamOh ni trip dgn kawan2 ye Kak Amie. Ingatkan Kak Amie bercuti dgn family. Dapat bayangkan penat balik dari travel tu sebab perjalanan yang panjang dah jauh. Takpe, boleh sambung rehat hari Ahad sebelum sekolah buka Isnin ni.
BalasPadamAnak-anak dan suami tak minat travel. Alhamdulillah, dapatlah rehat dan tidur sepuasnya.
PadamIngatagi masa kecil ² dahulu.. Menunggu kepulangan abang yang bersekolah asrama.. Kalau balik je mesti belikan coklat
BalasPadamSamalah kita Encik Fairus. Waktu kecil dulu suka menunggu kepulangan emak ayah balik dari bandar. Tunggu oleh-oleh sebenarnya.
PadamCuya kalau dh ngntuk tu kadang-kadang susah juga nak bangun 😂
BalasPadamKalau susah nak bangun tu, maknanya tak cukup tidur kan hehehe.
PadamAlolo.. Firdaus dah rindu mommy sangat tu!
BalasPadamHappy resting day Kak Amie.
Sama-sama merindu tu Faizah. Terima kasih... dah cukup rehat dah.
PadamSetia menanti mommy balik. Lama lagi nak sampai rumah pun dia setia menanti. rindu mommy. Penat lain macam bila travel ni kan. Rehat secukupnya Kak Amie.
BalasPadamYa, betul Fiza. Jalan udara, jalan darat dan jalan laut semua diredah. Memang bawa balik kepenatan ni.
Padamsabar daus tunggu mommy pulang depan gate ya
BalasPadamYa, begitulah Kak PI.
PadamRute kak Amie ini memang jauh 👍😁. Saya saja tak pernah ambil semua rute itu sekaligus, biasanya 1-1. Kalau Padang, Padang saja. Palembang pula hanya di sana saja beberapa hari. Kalau dihajar semua, memang letih 😅
BalasPadamIstirahat dulu kak Amie. Jangan sampai sakit pulang berlibur 🤗
Sebenarnya tumpuan kami hanya Jambi dan Palembang sahaja. Padang dan Bukit Tinggi itu hanya touch and go sebab sudah pernah ke sana.
PadamMemang perlu istirahat, sebab semua jalan diredah hihihiii.
Setuju, seempuk² tilam hotel, rumah jugak yg paling selesa. Benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
BalasPadami feel you Daus...
BalasPadamhuhuhu
Begitu la bila penat berjalan kan Kak Amie...kalau SA pun begitu jugak rasanya...
BalasPadamAlhamdulillah..selamat sampai di rumah...rindu seorang anak...
BalasPadam