Minum Kopi Tatungkuik @ Kopi Terlungkup di Kala Mendung

8:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada hari Ahad 27 Ogos 2023, rasanya sepanjang hari kami asyik minum kopi. Selain minum kopi waktu sarapan (Amie minum teh), Pak Herman membawa kami makan kuih-kuih berasaskan jagung dan minum kopi kawa daun. Kemudian di Kiniko Coffee, kami pun minum kopi. Sekarang kami berada di Faza Cafe & Resto untuk minum kopi lagi. Menurut Pak Herman, kami akan diperkenalkan dengan Kopi Talungkuik atau Kopi Terlungkup.  Macamana pula rupa kopi yang terlungkup itu?

Faza Cafe & Resto terletak di Tanjung Alam, Kec. Tanjung Baru, Kabupaten Tanah Datar, Jorong, Sawah Parik, Sumatera Barat 27263, Indonesia.

Kopi Talungkuik

Nampaknya cuaca tidak cerah, awan warna kelabu dan cuaca kelihatan mendung.


Pemandangan di kawasan Faza Cafe & Resto sangat menenangkan mata yang memandang. Terdapat surau yang cantik untuk kemudahan pengunjung solat di sini. Restoran berada di tingkat atas, dan kami menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke situ. Di pentas bahagian atas sedikit, seorang pemuda memeriahkan suasana dengan mengalunkan lagu-lagu barat.


Untuk menikmati pemandangan sekitar bolehlah menaiki lagi anak tangga untuk berada di tingkat paling atas.




Di kejauhan, terlihat pemandangan gunung dan bukit-bukau yang berbalam-balam dengan pelbagai lapisan warna alam. 

Entah siapa ambil gambar gelap ini. Tak apalah, jadi kenang-kenangan kami.


Selain pelbagai jenis minuman panas dan sejuk termasuk kopi, banyak makanan lain yang ditawarkan di sini termasuk makanan tempatan dan makanan barat.

Western Food

Masakan Minang

Terdapat pelbagai jenis minuman tradisional termasuk:
Kopi Hitam Tatungkuik
Kopi Susu Tatungkuik
Teh Talua
Sipadeh Talua

Sabar menanti Kopi Tatungkuik @ Kopi Terlungkup yang dipesan.

Barulah nampak wajah!

Kopi pertama tiba ialah Kopi Susu Tatungkuik pesanan Kam.

Semua hanya memerhatikan sahaja. Tidak ada seorang pun yang berani sentuh. Apa agaknya yang warna hitam terapung seperti biji tembikai itu?

Sue dan Hajah ingin mencuba Pampek Kapal Selam.
Kami hanya ingin minum kopi sahaja.

Sekarang semua kopi yang dipesan sudah sampai ke meja.

Bagaimana cara meminumnya?
Apakah fungsi straw / penyedut itu?


Datanglah pelayan memberi tunjuk cara minum Kopi Tatungkuik.
Angkat sedikit gelas dengan perlahan-lahan, dan setelah keluar sedikit air kopi, tutup kembali dan mulalah menyedut kopi dengan menggunakan straw. Kalau ikut fahaman Amie, tangan kiri angkat perlahan-lahan gelas dan tangan kanan pegang straw sambil sedut minuman!


Video cara minum Kopi Tatungkuik.

Beginilah caranya minum Kopi Tatungkuik.

Benda terapung yang kami sangka biji tembikai itu rupanya biji kopi!

Sekarang selesailah sudah usaha kami minum kopi terlungkup!

Memang unik sungguk minum Kopi Tatungkuik di sini.
Oh, ya! Kopi Tatungkuik sangat sedap.
Tak tersedar, cuaca mendung menjadikan persekitaran semakin gelap!

21 comments

  1. Selamat liburan. Ami. Langsunglah ke tempat saya di Kerinci, Jambi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ibu Nur.
      Ya, kami teruskan perjalanan ke Jambi.

      Padam
  2. Ada kedai kopi di Semenanjung pun jual kopi terlungkup ni. Yang kuban² saja skrg ni kan 🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peniaga semakin kreatif untuk menarik perhatian pelanggan.

      Padam
  3. Memang sangat unik kopi tu. Pampek tu nampak sedap.

    BalasPadam
  4. Menariknya kopi tatungkuik tu..
    Dulu pernah tengok kat Majalah3 ada " kopi talua"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kopi talua itu kopi telur. Dulu pernah minum teh talua di Padang.

      Padam
  5. Nampak pekat kopinya.
    Unik sungguh kopi tatungkuik ni.

    BalasPadam
  6. Suara ibu"di video melihat cara minum kopi..Oooo...aaaa😁...unik memang ya...pemandangan juga sangat cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee.... macam rusa masuk kampung, tak pernah ada pengalaman minum kopi gaya begitu.

      Padam
  7. Cuya suka betul dgn kopi..
    Memang teringin try segala jenis kopi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat kopi sudah tentu hendak cuba pelbagai jenis kopi yang ada.

      Padam
  8. tak silap kat sini pun ada yg buat cara mcm ni. penah viral sekejap dulu.
    tp puas x kak minum pakai straw?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minum sikit-sikit. Rasa kopi ini memang beza dengan kopi yang biasa kita minum. Macam kopi Bosnia atau kopi Turki, kena minum sikit-sikit, gitulah caranya. Oleh kerana kopi ini pekat, puaslah juga minumnya dan kemudian bilas dengan air kosong hihihi.

      Padam
  9. Ini memang kopi khas Padang kak Amie. Di daerah lain pun susah menemukan kopi yg disajikan macam nih. Ibaratnya dah trademark Padang dari zaman dahulu 😄. Di Aceh pernah liat juga, tapi memang Padang yg terkenal dengan kopi ini

    Saya sendiri tak pernah coba. Tak sempat, mungkin nanti kalo ke Padang lagi, nak coba lah kopj telungkup nih . Tapi saya nak yg kopi susu. Tak bisa kalo kopi hitam 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada pilihan kopi susu kalau tidak mahu kopi hitam.
      Nampaknya rata-rata kami minta kopi hitam. Sedap pula.

      Padam
  10. menarik...nampak sedap kopinya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe