Lagenda Jambatan Siti Nurbaya
9:27 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hampir enam tahun lalu, kami pernah melintasi Jambatan Siti Nurbaya, tetapi pada waktu malam. Kami hanya dapat menyaksikan lampu-lampu yang bersinar dari setiap tiang di kiri kanan jambatan. Kali ini kami berpeluang melihat sendiri jambatan cantik yang menjadi kebanggaan penduduk Padang.
Taman Siti Nurbaya di Gunung Padang yang terletak 500 meter dari Jambatan Siti Nurbaya. |
Sebahagian daripada pemandangan Jambatan Siti Nurbaya. |
Nama Jambatan Siti Nurbaya ini diambil dari cerita lagenda di Sumatera Barat. Sebuah novel terkenal di Indonesia, karya Marah Rusli, sasterawan angkatan Balai Pustaka pada tahun 1922 berjudul Kasih tak Sampai dengan mengangkat watak Siti Nurbaya, menjadikan seolah-olah kisah tersebut benar-benar terjadi.
Siti Nurbaya merupakan anak pedagang kaya, Bagindo Sulaiman. Syamsul Bahri pula adalah anak Sultan Mahmud, seorang penghulu di Padang. Mereka berdua saling mencintai, sehinggalah suatu ketika Syamsul Bahri harus melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Jakarta.
Datuk Maringgih adalah orang kaya yang kedekut di Padang. Dengan tipu muslihatnya, Bagindo Sulaiman jatuh miskin yang akhirnya harus meminjam wang kepada Datuk Maringgih. Namun, wang itu tidak dapat dikembalikan oleh Bagindo Sulaiman. Kemudian, Datuk Maringgih mengadu kapada Belanda supaya Bagindo Sulaiman dipenjarakan. Datuk Maringgih memberikan pilihan lain kepada Bagindo Sulaiman, bahawa Bagindo Sulaiman tidak dipenjara sekiranya Siti Nurbaya dapat diperisterikan oleh Datuk Maringgih. Siti Nurbaya tanpa dipaksa oleh ayahnya rela menikah dengan Datuk Maringgih.
Samsul Bahri kecewa mendengar perkahwinan Siti Nurbaya sehingga nekad untuk bunuh diri. Namun, hasratnya digagalkan oleh seseorang. Sementara di Padang, Sutan Mahmud sudah mendengar bahwa Samsul Bahri telah meninggal dunia karena bunuh diri. Setelah tidak jadi bunuh diri, Samsul Bahri masuk menjadi tentera Belanda. Saat, Samsul Bahri dikirim ke Padang untuk memadamkan suatu pemberontakan, dia bertemu dengan pemberontak yang dikepalai Datuk Maringgih.
Dalam pertempuran tersebut, Datuk Maranggih meninggal dunia. Samsul Bahri meninggal setelah berada di rumah sakit. Sedangkan, Siti Nurbaya sudah lama meninggal dunia karena diracun oleh Datuk Maringgih.
Hingga saat ini, di Gunung Padang terdapat lima kuburan yang berjejer, iaitu kuburan Bagindo Sulaiman, kuburan Siti Nurbaya, kuburan Samsul Bahri, kuburan Sutan Mahmud (ayah Samsul Bahri), dan kuburan Siti Maryam (ibu Samsul Bahri).
Dari kisah tersebut itulah dibangunlah Jambatan Siti Nurbaya. Jambatan Siti Nurbaya mula dibina pada tahun 1995 semasa pemerintahan Soeharto dan dirasmikan pada tahun 2002. Jambatan yang berada di atas sebuah sungai bernama Batang Arau ini memiliki kepanjangan sejauh 156 meter. Jambatan ini menghubungkan Kota Tua Padang dengan sebuah tempat bernama Taman Siti Nurbaya di Gunung Padang. Dengar ceritanya, pemandangan di sekitar Jambatan Siti Nurbaya ini terlihat indah di kala pagi ketika sang mentari bangkit dari peraduannya, dan tambah menarik di waktu petang tatkala sang suria hendak mengucapkan selamat tinggal.
Sungainya bersih dan airnya jernih. Nampak tenang dan mendamaikan pemandangan menghijau dihiasi rumah-rumah penduduk sekitar.
Kalau duduk-duduk di sini, barangkali boleh dapat banyak ilham! |
Antara daya tarikan yang terdapat di Jambatan Siti Nurbaya yang menghubungkan Kota Tua Padang dengan Taman Siti Nurbaya di Gunung Padang termasuklah:
- Pemandangan di sekitarnya terutama kawasan perbukitan yang dikatakan sangat indah di waktu pagi, diselimuti kabus ketika matahari terbit dan suasana hening di waktu senja ketika mentari hendak beradu.
- Keindahan Sungai Batang Arau yang bersih dan jernih airnya, dengan pemandangan hilir mudik pelbagai jenis perahu dan kapal yang melayarinya. Jika berkesempatan, kita boleh menyusuri Sungai Batang Arau menaiki perahu.
- Selepas melewati Jambatan Siti Nurbaya, teruskan sahaja menuju ke Kota Tua di Padang untuk mengunjungi Masjid Raya Sumatera Barat, masjid terbesar di Sumatera Barat dan kedua besar di Pulau Sumatera.
- Terdapat banyak pilihan makanan yang ditawarkan di warung-warung sepanjang jalan dengan pelbagai menu terutama masakan Padang.
11 comments
Perjalanan yg seru ya kak..memang cerita tentang legenda Siti Nurbaya itu dulu sangatlah populer, pengarangnya Marah Rusli, dan sempat ada di buat sinetron Siti Nurbaya , jembatan itu di bangun barangkali untuk mengenang kisahnya.
BalasPadamBelum berkesempatan ke Padang lagi.. Teringin juga nak ke sana..
BalasPadamBaca sejarah Siti Nurbaya dan Padang.. tapi kenapa kepala ni terbayang sate padang dan nasi padang. parah ni
BalasPadamSy ingat kisah Siti Nurbaya ni. Oh, ada jambatan mengabadikan nama beliau ya.. memang patut kerana Siti Nurbaya adalah lagenda.
BalasPadamMenarik kisah Siti Nurbaya ni sehinggakan terbinanya Jambatan Siti Nurbaya.
BalasPadamkisahnya sedih betul sebab cinta manusia jadi buta sampai sanggup buat jahat kan
BalasPadamJarang nama tempat di ambil dari watak dalam novel. Satu kelainan. Jambatannya menarik dengan kombinasi warna-warna tu. Jadi satu tarikan. Kawasan sekitarnya pun nampak bersih. Airnya pun bersih jernih. Kalau dapat datang pagi pagi dengan berkabus tu mesti lagi best kan kak Amie.
BalasPadamDulu saya sempet terfikir kisah Siti Nurbaya itu true story. Saking kuat dan melekatnya akur cerita, juga emosi yg disampaikan penulis. ❤️
BalasPadamPadahal hanya fiksi.
Saya malah blm lagi ke jembatan ini kak 🤣. Kak Amie sudah duluan.
cantik tempatnya tq kak share cerita nurbaya
BalasPadamBaru SA tau versi kisah Siti Nurbaya sehingga namanya diberikan sebagai nama jambatan tu.. sebelum ni SA baca versi dongeng yang x tamat..terima kasih perkongsian kak amie
BalasPadamcantik view kampung dilereng bukit mengadap sungai dengan bot-bot berlabuh ditepian...
BalasPadam