Meraikan Ulang Tahun Teman Ukur Jalan, Teman Terbang di Awan dan Teman Meredah Lautan!
9:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, kami lihat dia begitu bertungkus-lumus menjayakan program Reach For The Stars sehingga ke malam. Itulah, adinda kami yang manis Jusna yang tidak pernah mengenal erti lelah mendidik dan membantu anak-anak muridnya terutama yang akan menduduki SPM. Hujung minggu, biasanya Jusna akan pulang ke Anjung Teduh. Kami risik-risik dan berharap Jusna tidak meninggalkan LD pada hari ini, Ahad kerana tarikh 10 September merupakan hari ulang tahun kelahirannya.
Alhamdulillah, tuan punya diri dapat menghadirkan diri di Home Steak Home pada petang minggu yang redup.
Wajah-wajah kaki jalan. Nano, Kam, Jusna dan Amie, minggu lepas baru balik dari Pulau Sumatera dan Jakarta. Pada masa yang sama Misa pula, mengembara ke Pulau Taiwan. |
Mencuri waktu meluangkan masa bersama walaupun dihambat tugas yang tidak pernah selesai. |
Fresh Orange, Apple & Watermelon |
Amie & Kam : Fish & Chips |
Jusna : Cheesy Chicken Chop |
Misa : Peanut Chicken Chop |
Nano : Mushroom Chicken Chop |
Bismillah. |
Selesai menjamu selera, acara memotong kek pun bermula. Tak sabar sebenarnya hendak makan kek buah longan yang sangat comel ini. Dapat juga Nano dan Misa mencari kedai Cherry Florist & Bakery yang Amie cadangkan sebelum Jusna sampai ke Home Steak Home.
Kek Longan yang kaya dengan buah longan! |
Jaga elok-elok ya Jusna supaya terus hidup subur sesubur persahabatan yang kita bina selama ini. |
Allahu! Nakalnya tangan kawan-kawan! Tak sabar hendak merasa kek buah longan sampai cungkil atas kek bawa masuk mulut! Hehehee... termasuk yang sedang menulis entri inilah juga. Bukan apa. Kek Longan itu yang jahat sebab sangat menggoda.
Kita belanja sebuah video kenang-kenangan Kam sedang menyuap Jusna.
Happy Birthday Jusna!
Kek Longan ini sangat sedap. Selain aromanya yang wangi, ditambah pula dengan madu. Sudahlah begitu, di dalam keknya pula tersembunyi buah-buah longan disusun rapat-rapat! Memang sesuailah namanya Kek Longan.
Kami makan Kek Longan hingga ke buahnya yang terakhir! Bersih tak tinggal bekas.
Gambar kenangan bersama geng kaki jalan pada tahun 2016 di Padang Rumput Savanah @ Bukit Telletubies Bromo. |
Dua di antara geng kaki jalan : Kemi sudah balik ke Melaka. Nurul, sudah balik ke Terengganu. Tinggallah Nano (Perak), Amie (Selangor) dan Jusna (Sabah). |
9 comments
Wah, meriahnya sambutan hari lahir sahabat kak Amie. Selamat ulangtahun kelahiran buat sahabat Kak Amie, Jusna 🎈
BalasPadamSeronoknya ada geng sambut hari jadi. Suka pulak tengok hadiah pokok kaktus tu. Tak perlu pindah pasu kan jika ia terus suburrrr.
BalasPadamSelamat hari lahir buat kawan2 geng ukur jalan akak ya. Geram la tengok kek longan tu, cantik comel dan mesti sedap tu
BalasPadamHb cg jusna
BalasPadamAlhamdulillah dapat meraikan birthday teman ukur jalan bersama yang lain juga. Happy Belated birthday buat Kak Jusna. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik dan ceria selalu. Aamiin...
BalasPadamkek tu memang menggodalah kak Amie. kek longan lain dari yang lain.
alahaiiiii sedapnya kek longannnnnn....
BalasPadamhappy belated birthday untuk kak Jusna....
lepas ni plan nak jalan2 mana pula? ;-)
Saya biasanya tak suka birthday cake, tapi melihat cake longan ini, langsung teringiiiiin nak coba. Nampak fresh ya kak Amie 😄❤️❤️. Buahnya itu memang menggoda sangat ❤️
BalasPadamSemoga persahabatan kalian langgeng sampai bila-bila. Bahagia memang jika ada sahabat yang bisa jadi travel mate juga.
Selamat ulang tahun buat kak Jusna semoga panjang umur dan murah rezeki
BalasPadamHappy belated birthday kak Jusna..semoga yg indah2 sahaja ye..seronok diraikan kawan2
BalasPadam