Terbang Bersama MYAirLine

6:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih teman kaki jalan yang saling bantu-membantu merealisasikan trip ke Sumatera Barat - Sumatera Selatan - Jakarta. Terima kasih sekalung budi buat Jusna yang telah berusaha membuat jadual perjalanan atau itinerary serta membeli insuran perjalanan. Terima kasih kali ketiga buat:

  • Nano - uruskan perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau dan Tawau ke Lahad Datu
  • Jusna -  uruskan  pembelian tiket penerbangan MYAirLine dari Tawau ke KLIA2
  • Kemi - uruskan pembelian tiket penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dan tiket penerbangan Batik Air dari Lapangan Terbang Soekarno - Hatta Jakarta ke KLI2
  • Kam - uruskan pembelian tiket penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Tawau
Oh, ada lagi terima kasihnya.... terima kasih untuk Pak Herman, pemandu pelancong kami dan Pak Raajab, pemandu van yang telah berusaha memberi khidmat sehabis baik sepanjang tempoh kembara kami dari 26 Ogos sehingga 01 September 2023.

Google : MYAirLine

Dalam keadaan masih letih kerana tiga hari bertugas di padang pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, kami tetap ke sekolah pada keesokan harinya, Jumaat. Pukul dua petang, kami bertolak dari Lahad Datu dengan menaiki van yang disewa khas. Biasanya kami menaiki AirAsia tetapi kali ini kami naik pesawat MYAirLine pula.


Selepas solat asar, kami minum dahulu di Sipadan Cafe. Kemudian kami daftar masuk dan melalui pemeriksaan imigresen pula. Sementara menunggu panggilan masuk ke dalam perut pesawat, sempatlah solat jamak taqdim mahgrib dan isya'. 


Kami dijadualkan menaiki pesawat Z9-8906 pada pukul 07:10 malam dan tiba di KLIA2 pada pukul 10:10 malam. Seperti yang dijangkakan, penerbangan ditunda.  Pukul 8:20 barulah kami terbang. Tempat duduk kami di bahagian belakang sekali iaitu nombor 31. 

Sementara menunggu pesawat meninggalkan landasan, belek-belek dahulu menu yang ditawarkan dalam penerbangan MYAirLine.






Amie beli mineral water RM3 dan 100 Plus RM5. Bolehlah minum air banyak-banyak sebab dekat dengan bilik air! 
Tidak sampai berapa minit, dan kapal terbang masih di atas landasan, tetapi kawan-kawan di kiri kanan semuanya sudah terlena. Ketika kapal terbang mula meninggalkan landasan, kita pun terlelap sama. Sesekali terdengar bunyi pam tandas yang betul-betul terletak di belakang tempat duduk kami. Rasanya belum sempat bermimpi ketika diumumkan pesawat akan mendarat sebentar lagi!

Pesawat Z9-8906 mendarat di KLIA2 pada pukul 11:20 malam.

15 comments

  1. Owh... MyAirline juga delay.
    Menu lebih kurang sama dengan AirAsia.

    BalasPadam
  2. KSarie belum pernah naik MyAirline. Nanti boleh cuba nanti

    BalasPadam
  3. Patutlah kak Amie lama menyepi, pergi makan angin rupanya.

    Mujur perjalanan tak jauh ya, kalau tak mengganggu jugak kerap bunyi pam tandas 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 jam perjalanan. Agaknya terlalu lena, sesekali jew dengar bunyi pam tandas.

      Padam
  4. Kak Amie tak coba makanan yg dijual myairline ya? Saya penasaran nasi lemaknya sedap mana dengan airasia 😁. Belum pernah naik maskapai baru ini. Selalunya airasia. Dan saya pasti pesan nasi lemak dia 👍😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum terbang sudah makan di airport. Nasi lemak AirAsia memang sedap, mungkin nasi lemak MYAirLine juga sama sedapnya.

      Padam
  5. Pengalaman saya naik MYAirline sama dgn naik pesawat domestik yang lain. Yg bestnya dari AirAsia, bagasi free 20kg. Harga pun kadang2 lebih murah dari AA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagasi free 20 kg? Kami hanya dapat free 7kg hand carry saja.

      Padam
  6. Sy kalau terbang payah nak tidur, Kak Amie. Tapi, macam tu la, dekat² nak sampai baru rasa nak terlelap, frust betul, hehehe.

    BalasPadam
  7. Wah....geng jalan-jalan dah kembali meneruskan aktiviti .
    Tak sabar nak tengok geng cikgu dengan persalinan pengantin di Rumah Gadang...pasti meriah

    BalasPadam
  8. Bagus masing masing contribute menjayakan percutian ni. Baru nak lelap dah nak landinglah pulak…huhu…dekat dengan toilet tu dah bagus tapi macam terganggu pula dengan bunyi-bunyiannya.

    BalasPadam
  9. Dengarnya MyAirline ni selalu sangat delay...SA x pernah naik lagi..selalu naik AA atau MAS

    BalasPadam
  10. Tinggal kenangan MYAirlines...belum sempat naik..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe