Pages

Jumaat, 29 September 2023

Air Terjun Akar Berayun @ Sarasah Aka Barayun di Taman Wisata Alam Lembah Harau


Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan dari entri : LEMBAH HARAU & KELOK SAMBILAN (9)

Bayangkan dalam suasana hangat mentari yang menyinar terang, di kiri kanan jalan terbentang sawah bendang nan menghijau, nun di kejauhan banjaran gunung terentang berekor-ekoran sayup-sayup mata memandang! Di manakah lagi akan anda temui suasana yang sebegini indah kalau bukan dalam perjalanan ke Lembah Harau? Bagi pencinta alam, sudah tentunya terus terpukau dengan keunikan Lembah Harau yang diapit oleh dua buah bukit berbatu yang curam dengan bentuknya yang tersendiri.

Terima kasih Pak Herman kerana membawa kami ke kawasan lembah berhampiran pekan Payakumbuh di Kabupaten Lima Puluh Koto, wilayah Sumatera Barat. Mata tidak jemu memandang bukit-bukit batu pasir yang curam dengan ketinggian antara 100 hingga 500 meter. Antara bukit yang terdapat di sekitarnya termasuklah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak dan Bukit Tarantang.

Selain Lembah Harau yang memukau, Sumatera Barat memiliki banyak kawasan air terjun sehingga mendapat julukan Neri Seribu Air Terjun.  Di Lembah Harau , penduduk tempatan menyebutnya dengan panggilan sarasah. Antara sarasah @ air terjun yang terkenal termasuklah:

Sarasah Aka Barayun
Sarasah Donat
Sarasah Boenta
Sarasah Talang
Sarasah Murai
Sarasah Aie Luluih
Sarasah Bunta
Sarasah Aie Angek
Sarasah Gadang

Air Terjun @ Sarasah Aka Barayun 2023

Air Terjun @ Sarasah Aka Barayun 2017


Selamat Datang ke Taman Wisata Alam Lembah Harau - Air Terjun Akar Berayun.




Agak-agak berapa meter ketinggian Air Terjun Akar Berayun ini?



Di hadapan Air Terjun Akar Berayun terdapat deretan gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.



Kami tidak dapat berlama-lama di sini kerana hujan gerimis dan bertambah lebat.


Sebelum tiba di Sarasah Aka Barayun, terlebih dahulu kami bergambar di papan tanda Harau Valley.


Gambar atas : Harau Valley 2023
Gambar bawah : Harau Valley 2017



Pemandangan di sekitar Harau Valley pada hari ini.
Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di sana sini.
Dapat dibayangkan pada masa akan datang kawasan ini akan penuh sesak dengan para pelancong.


Sewaktu kami berkunjung ke Lembah Harau pada tahun 2017, suasananya agak sepi berbanding masa kini. Sekarang banyak perubahan telah berlaku, barangkali di kala wabak Covid-19 sedang melanda dunia, ada kesempatan untuk membuat penambaikan di kawasan ini. Jika berkunjung pada hari ini, pemandangan yang berbeza dapat dilihat misalnya terdapat replika:
  • Kampung Eropah
  • Kampung Jepun
  • Kampung Korea
Suasana perkampungan luar negara yang dilengkapi dengan bangunan warna-warni nampaknya berjaya menarik lebih ramai pelancong baik dari dalam atau luar negara untuk berkunjung ke sini.

Lembah Harau
Sumber : Google

4 ulasan:

  1. Aduhhh.. rasa macam nak terjun dalam kolam air terjun tu Kak Amie.

    BalasPadam
  2. Pasti terimbau kenangan 2017 ketika berfoto di tempat yang sama 6 tahun kemudian...

    BalasPadam
  3. Saya belum pernah ke lembah Harau ni. 😅. Cantik memang. Rasanya kalo nanti kesana, memang sebaiknya booking travel supaya ada yg membawa kesana ya kak Amie. Daripada pergi sendiri. Krn jarak kota di Sumbar jauh2 jugaa

    BalasPadam
  4. oo..byk air terjun..yg saya ingat Si Piso-Piso....cantik Harau Valley..

    BalasPadam