Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11:40 PG
Sumber : Pak Herman & Google
Bayangkan dalam suasana hangat mentari yang menyinar terang, di kiri kanan jalan terbentang sawah bendang nan menghijau, nun di kejauhan banjaran gunung terentang berekor-ekoran sayup-sayup mata memandang! Di manakah lagi akan anda temui suasana yang sebegini indah kalau bukan dalam perjalanan ke Lembah Harau? Bagi pencinta alam, sudah tentunya terus terpukau dengan keunikan Lembah Harau yang diapit oleh dua buah bukit berbatu yang curam dengan bentuknya yang tersendiri.
Terima kasih Pak Herman kerana membawa kami ke kawasan lembah berhampiran pekan Payakumbuh di Kabupaten Lima Puluh Koto, wilayah Sumatera Barat. Mata tidak jemu memandang bukit-bukit batu pasir yang curam dengan ketinggian antara 100 hingga 500 meter. Antara bukit yang terdapat di sekitarnya termasuklah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak dan Bukit Tarantang.
Air terjun di Lembah Harau.
Untuk santai dan penghayatan alam semula jadi, sambil menikmati keindahan dan mengenali pelbagai spesies flora dan fauna, bolehlah memilih untuk menginap di beberapa buah resort yang disediakan di sini. Tentu seronok ketika bangun pagi mendengar kicauan burung setelah tidur di bawah gebar alam yang dingin oleh kehijauan flora di situ.
Berhadapan dengan kawasan ini (gambar di atas) anda boleh mendengar pantulan suara (gema - echo). Itu pun kalau pandai mengeluarkan suara dari perut....ahaks!
Harau dikatakan berasal dari perataan 'parau' atau 'serak' dalam bahasa kita. Kononnya, penduduk yang mendiami kawasan Bukit Jambu sering menghadapi masalah banjir dan tanah runtuh sehingga menyebabkan suasana ribut (kelam kabut) dan panik. Penduduk di situ sering menjerit seperti terkena histeria, dan suara mereka kedengaran parau atau serak. Dengan ciri-ciri suara ramai yang serak itu makan kawasan itu disebut 'orau' dan kemudian bertukar menjadi 'arau' seterusnya menjadi 'harau'
Itulah asal-usulnya nama Lembah Harau.
Tinggalkan dahulu Lembah Harau, kita teruskan perjalanan berliku menuju ke Kelok Sambilan (9) yang terletak kira-kira 30 km ke timur Payakumbuh, Sumatera Barat ke Riau. Pada mulanya, pelbagai perasaan timbul bila membayangkan Kelok 9 itu! Mungkin akan pening kepala atau lebih dari itu akan mabuk!
Apa pun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi ketika berada di setiap liku atau lekok tersebut! Mabuk atau biasa-biasa saja.
Lekok Sambilan ini terbentang sejauh 300 meter sahaja di Jorong Aie Putiah, Nagari Sarilamak, Kecamatan Harau, Daerah Lima Puluh Koto, Sumatera Barat dan merupakan sebahagian daripada jalan perhubungan antara Sumatera Tengah dan Pantai Timur Sumatera. Selekohnya tajam selebar 5 meter, bersempadan dengan jurang dan diapit dua buah bukit antara dua rizab alam semula jadi iaitu Rizab Air Putih dan Rizab Alam Harau.
Sebahagian pemandangan Kelok Sambilan setelah kami sampai di penghujungnya.
Nampaknya tidak ada yang pening atau mabuk ketika tiba di sini. Semuanya sihat-sihat belaka!
Cuma, yang menjadi tanda tanya kami, bagaimana pula rasanya bila berada di Kelok 44 nanti? Adakah suasananya sama atau ada perbezaan yang lebih ketara? Untuk itu, kenalah tunggu entri seterusnya.
"Mau makan tengahari di tengah sawah?"
Sepakat menjawab:
"Mau Pak." (jawapan diberi serentak bertujuh tanpa merujuk jam sebab teruja untuk melihat suasana di tengah sawah)
"Boleh tahan perut (lapar) dalam satu jam setengah lagi?"
Boleh Pak.
Mata pun menjeling ke arah jarum jam di tepi stereng .... 1.25 petang!
Ditambah dengan 1 jam setengah lagi bermakna lebih kurang pukul 2.30 petang akan sampai ke lokasi tersebut! Dan....dan bermakna pukul 3.30 petang (waktu Malaysia) kami akan makan tengahari!
Apa pun, inilah masanya ORANG TAMAK SELALU UNTUNG! Kami keluarkan lebihan kue-kue jagung untuk alas perut sementara van terus bergerak melalui jalan sempit menuju ke perkampungan!
Apa yang perolehi sehingga waktu ini? Setiap hari yang kami lalui tidaklah terbuang begitu sahaja, kerana kami menemui dan mengenali perkara baru tentang dunia Minangkabau! Selain pengalaman makan hidangan Padang di tengah sawah sebentar lagi, Lembah Harau dan Kelok Sambilan memang tempat yang wajib anda singgah kalau berkunjung ke Bukit Tinggi.
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399
Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
4 comments
wah lembah Harau dan kelok 9 tempat baru ni. Nampak cantik lembah Harau...
BalasPadamNotie,
BalasPadamooohh dulu takde ye
Rasanya ada tapi bergantung kepada tour guide. Mungkin dalam pakage kami tidak termasuk tempat tersebut. Rasanya ni kena repeat balik ni.... saya suka ke sana berkali-kali sebab nyaman dan cantik suasananya.
BalasPadamNotie,
BalasPadammemang kena datang lagi ke sana, unik tempatnya dan cantik pemandangannya.