Bika Talago : Kue Neraka Rasa Syurga
11:36 PGBismillahirrahmanirrahim.
Makanan cemilan yang sudah pastinya tidak dapat kami lupakan tentunya Bika Talago atau disebut Pak Herman sebagai Kue Neraka Rasa Syurga! Boleh baca entri tentang Bika Talago 2017 di sini: BIKA TALAGO BUKIT TINGGI YANG TAK DAPAT DILUPAKAN!
Ketika kami tiba di sini, hari sudah hampir senja. Kami dengan sabar menunggu giliran bika siap dibakar. Aroma bika dari adunan tepung beras, parutan kelapa, santan dan gula bersatu menerbitkan aroma yang cukup menggoda. Ada dua jenis adunan iaitu adunan biasa dan adunan pisang. Namun ketika kami sampai, yang tinggal hanya adunan biasa sahaja. Adunan pisang lebih sedap, tetapi daripada tidak merasa langsung, dapat adunan original pun sudah syukur Alhamdulillah.
Bahan bakar bika sudah tentunya menggunakan kayu manis. Kulit kayu manis dikupas untuk dijadikan 'kulit kayu manis' dalam masakan, sementara kayunya dijadikan bahan bakar.
Batang kulit kayu manis yang masih 'berkulit'. |
Kuih bika dibakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Itulah barangkali yang disebut 'kue neraka'. Belanga di bahagian bawah berisi bara api, di bahagian atas pula bakaran kayu manis. |
Sempat mengintai kue bika yang sedang dibakar. |
Bika Talago Pisang |
Bika Talago Original |
Ada sesuatu yang tiba-tiba kami sedari sewaktu makan Bika Talago. Dulu saiznya agak besar, tetapi senja itu saiznya lebih kecil dan sekadar dua hingga gigitan sahaja. Harganya tetap sama!
Nampaknya kenaikan harga, tidak kira apa jenis barangan, makanan atau perkhidmatan semuanya sudah bertaraf kayangan! Bukan di negara kita sahaja kan.
12 comments
Betul, seluruh dunia sedang hadapi kenaikan harga barang dan kekurangan sumber makanan :(
BalasPadamMesti aromanya pun harum ye Kak Amie... kayu apinya dari kayu kayangan ahak!
Nilai duit semakin menyusut, saiz makanan pun semakin mengecil
BalasPadamOhh macam tu dibakar. Terasa2 kat tekak la pulak bila ni. Hhmm masuk list. Thanks for sharing sis Amie.
BalasPadammesti sedap ni... punchline pun dh catchy... kueh neraka rasa syurga... hehehe
BalasPadamOh..namanya Bika Talago..
BalasPadamPernah makan kuih tu kat masa ke Bukit Tinggi dulu..tapi tak tau nama..Beli pun kelam kabut sebab masa sampai tu hujan lebat.
Rupanya nama Bika Talago..TQ infonya
sekali tengok macam akok. macam serabai pun ya. tapi confirm rasa pasti lain... gigih betul penjual kuih ni...
BalasPadammesti harum bau nya masak di masak kan kak
BalasPadamHaissssh saya rindu bila Talago iniiiii 😄😄😍😍. Dulu pernah coba sekali. Saya menyesal underestimate sangat. Karena bentuknya biasa saja, saya pikir rasanya pun biasa. Tetap saya beli tapi tak banyak. Yg rasa pisang.
BalasPadamTernyata sedaaaap 🤣🤣😍😍. Dan bis sudah terlanjur jalan, jadi tak bisa minta balik nak beli lagi 😂
Makan panas-panas sedap tu. Berbaloi menunggu. Nampaknya bukan di Malaysia je harga makanan naik, di sana pun sama juga situasinya.
BalasPadamAdakah ia adik beradik dengan Bika Ambon?
BalasPadamBetul kak amie, satu dunia mengalami masalah ekonomi...entah la x tahu dimana silapnya..yang nyata ramai yang terkesan..jangan sampai makanan pun terpaksa dicatu nanti
BalasPadamnampak sedap...mcm masak kuih bahulu cara tradisional, tapi yang ni guna api besar..
BalasPadam