Snow Skin Mooncakes Inti Lotus 15 Perasa
9:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tiga hari lepas, Amie beli beberapa biji kuih bulan snow skin. Sekarang ini banyak jenis kuih bulan yang halal boleh didapati di pasaran. Kebetulan pula tidak lama lagi akan tiba Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih ini diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.
Snow skin mooncake dikenali juga sebagai ice mooncake dan snowy mooncake atau disebut sebagai bulan kulit salji, kuih bulan kulit ais, kuih bulan bersalji, atau kuih bulan kristal ialah kuih bulan yang tidak dibakar dan berasal dari Hong Kong. Snow skin mooncake diperbuat daripada tepung beras dan tepung pulut yang dikukus dan menghasilkan kulit yang lembut dan kenyal seperti kuih mochi.
Kuih bulan yang Amie beli tidak sempat dimakan pada hari yang sama. Bentuknya kecil, warna-warni dan cantik. Encik Suami pula menambah koleksi dengan membeli lagi beberapa biji di kedai yang sama. Kesemuanya berinti lotus atau adunan biji teratai dan dibalut sempurna dengan pelbagai perasa seperti durian, blueberry, green tea dan sebagainya.
Petang tadi, sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus balik dari latihan choral speaking, Amie keluarkan kesemua kuih bulan snow skin dari peti sejuk. Wah, ada 15 biji kuih bulan snow skin yang comel-comel!
15 biji snow skin mooncakes inti lotus pelbagai perasa. |
Cantiknya! |
Sebelum ini biasanya kami makan kuih bulan jenis tradisional yang mengandungi isi lotus dan kuning telur itik masin. |
Snow Skin Mooncakes Inti Lotus 15 Perasa:
- Durian Lotus
- Peach Lotus
- Blueberry Lotus
- Osmanthus Lotus
- Portuguese Custard Lotus
- Green Tea Lotus
- Honey Osmanthus Lotus
- Peppermint Lotus
- Red Date Lotus
- Pu Er Lotus
- Tiramisu Lotus
- Chocolate Lotus
- Yuzu Lotus
- Dragon Fruit Lotus
- Cheese Lotus
Pu Er Lotus |
Peppermint Lotus |
Yu Zu Lotus |
Honey Osmanthus Lotus |
Tiramisu Lotus |
Cheese Lotus |
Peach Lotus |
Red Date Lotus |
Osmanthus Lotus |
Dragon Fruit Lotus |
Chocolate Lotus |
Durian Lotus |
Blueberry Lotus |
Portuguese Custard Lotus |
Green Tea Lotus |
Setelah selesai ambil gambar, Amie cuba susun kuih bulan bersama rama-rama. Amie letakkan di hadapan pintu. Sukanya Firdaus melihat kuih bulan yang kecil comel menyambut kepulangannya!
Nampak macam banyak apabila disebut 15 biji kuih bulan. Padahal kecil saja bentuknya. Sebiji kuih bulan itu dua tiga kali gigit saja terus lenyap masuk perut!
10 comments
Cantik nyaaa. sayang nak makan ni Amie.
BalasPadamMasyaa Allah cantiknya...
BalasPadamKena pula dengan rerama
aneka flavour...
Cantiknya, sayang nak makan. Kami suka moon cake, di KL, Selangor byk lagi pilihan.
BalasPadamRajin Kak Amie susun satu persatu dan ambil gambar kuih² bulan ni :D
BalasPadamSy pernah makan kuih bulan, tapi bukan kegemaran sy jadi tak pernah repeat beli...
Wow..cantik-cantik warnanya kak..menggemaskan..sayang kalau di makan😀
BalasPadamComel berwarna-warni 😍 Saya tak terbeli lagi kuih bulan. Suka kuih bulan yg snow skin tu.
BalasPadamcomel2 & bewarna warni..cute!!
BalasPadamcantiknya kak, sayang lak nk makan. Ini kalau adik2 dana nampak mesti suka mereka peminat kuih bulan
BalasPadamAisssshhhh susah sangaaat cari kue bulan halal yg enak di sini kak Amie 🤤.
BalasPadamSaya pun suka kue bulan. Dulu saat masih kuliah stayed dengan Chinese family di Penang, mereka sering bagi kue bulan halal untuk saya. Sejak itu sukaaa sangat. Apalagi kalo isi telur Masin. Tapi itulah di jakarta banyak yg jual, tapi mostly tak halal.
Ada yg halal, tapi saya belum ketemu yg sedap 😵💫.biasa pula tuh bentuknya. Ini cantik2 sangat 👍
Rasanya ini jenis snow moon cake. Ia macam mochi tapi bentuk cantik macam kuih bulan.
BalasPadam