Oleh-Oleh dari Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
10:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jam Gadang sudah jauh ditinggalkan. Kami singgah di Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim yang terletak di P92J+RGF, Jalan Soekarno Hatta Manggis, Manggis Ganting, Mandiangin Koto Selayan, Manggis Ganting, Kec. Mandiangin Koto Selayan, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26117, Indonesia.
Randang Runtiah |
Sebaik kaki melangkah masuk, kami disuguhi oleh salah seorang pekerja di situ dengan sepiring kerepek ubi atau karupuak sanjai yang masih hangat. Istimewanya, proses menggoreng dan membungkus di buat di sini juga. Menurut Pak Herman, empunya kedai mempunyai hasil tanaman ubi di kebun sendiri. Dahulu kami dibawa ke kedai cawangan dan dapat makan kerepek kentang yang baru digoreng. Kali ini dapat makan kerepek ubi pula.
Sepiring kerepek ubi menyambut kedatangan kami. |
Kerepek Ubi @ Karupuak Sanjai |
Para pekerja tekun menjalankan tugas memproses karupuak sanjai. |
Ubi dihiris nipis menggunakan mesin. |
Proses menggoreng kerupuak sanjai.
Karupuak Sanjai |
Karupuak sanjai digarami sebagai penyedap rasa. Selain ada rasa karupuak sanjai biasa iaitu hanya dibubuh garam atau disebut karupuak sanjai tawa, terdapat kerepek atau karupuak saka iaitu kerepek yang disira dengan saka atau gula enau. Sejenis lagi yang sangat digemari sudah tentulah karupuak sanjai balado yang disira dengan pedas manis gula dan lada.
Proses membuat karupuak balado. |
Proses pembungkusan karupuak sanjai. |
Kalamai |
Menarik sungguh makanan tradisional yang ada di sini:
- Kalamai
- Beras Rendang @ Bareh Rendang
- Gelamai @ Dodol @ Jenang
Beras Rendang |
Gelamai |
Sebaik keluar dari Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim, mata terus terpandang penjual buah-buah segar. Apalagi! Kami pun memborong buah-buahan pula. Amie beli dua potongan nanas dan tiga biji buah ciku.
Sudah masuk dalam van, ternampak pula penjual aiskrim.
Ramai-ramailah kami beli aiskrim pula!
Hati-hati, dalam kotak penuh kerepek!
Karupuak Sanjai Balado Hijau ini sangat pedas seperti rasa cili padi pula. Tapi sedap! |
Belum jumpa lagi kerepek ubi salut sambal hijau di LD.
Ada yang beli Dendeng hantung Pisang dan diratah sepanjang perjalanan.
Amie lupa apa rasanya!
Amie lupa apa rasanya!
Sampai di LD menyesal pula tak beli Kerupuk Jengkol @ Jering. Nano bawa ke sekolah. Sedaplah pula rasanya!
Ada lagi yang Nano kongsi makan di sekolah iaitu Klanting Getuk. Tak tahulah jenis keropok atau apa. Rasanya keras tapi apabila dikunyah dan ditelan, sedaplah pula.
Klanting Getuk |
Kerupuk Jengkol @ Jering |
Nano duduk di tepi tingkap van. Kita duduk sebelah Nano. Sebelum Nano naik van, kita dulu yang masuk. Kita makan nanas dan sebiji ciku. Ada dua biji ciku yang belum dimakan. Kita letak di sebelah kanan kita. Datang Nano, terus duduk hempap buah ciku kita! Van sudah meninggalkan Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim. Lenyek-benyeklah dua biji ciku kita tak boleh dimakan......huhuhuuuuu!
9 comments
wow.. bestnya kalau shopping dgn geng pempuan ni... masuk kilang terus... mmg puas hati memborong
BalasPadamMacam-macam jenis keropok ada. Rambang mata nak memilihnya. Keropok jering pun ada! Unik sungguh.
BalasPadamAdeh…mujur kak Amie sempat makan sebiji ciku. Rezeki merasa 😄
mesti sedap makan kerepek ubi panas-panas lagi kak sambil tgk proses pembuatannya.
BalasPadamMacam macam karupuak ada yer...
BalasPadamDalam banyak banyak tu saya teringin kerupok jengkol..
Eh,bahasa Minang ada juga perkataan yang sama dengan bahasa Pattani.Dalam bahasa Pattani..gula itu disebut
" sakar" .Minang panggil "saka" yer cikgu?
pelbagai sajian unik yang kita temui bila melancung ke negara orang ni kan amie, walaupun kadang-kadang sama sahaja yang ada di tanahair tapi mesti ada keunikannya tersendiri.
BalasPadamFav kami ni segala macam kerepek. Belinjau yg pahit tu pun sy suka sgt.
BalasPadamMacam2 kerepek ada ye. Kalau borong kerepek di situ ada perkhidmatan bungkus kerepek supaya selamat masuk dalam kargo flight ke Kak Amie?
BalasPadamKita google perkataan disuguhi= dihidang/disajikan/dipelawa 😁
BalasPadamPasti sedap makan kerepek yang fresh.
Kerepek jengkol tu nampak sedap.
Jiaaaaah langsung bonyok didudukin ya kak Amie 🤣🤣.
BalasPadamCiku itu buah sawo kan ya?
Banyak kerupuk sana yg belum saya coba tuh. Penasaran pula nak coba kerupuk jengkol 🤣😄. Saya sukaaa sangat jengkol, tapi biasa di rendang atau balado. Tak pernah pula di bikin kerupuk 🤣. Kliatannya menarik.
Memanglah kalo ke Padang, pasti oleh2nya aneka kerupuk kak Amie 😄