Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kami singgah di MR. DIY. Tujuannya untuk mencari bekas air Firdaus. Bekas air Firdaus jenama Tupperware sudah pecah. Pernah nampak di MR.DIY bekas air yang cantik-cantik. Oleh kerana banyak pilihan, Amie beli dua. Satu untuk Firdaus dan satu untuk Amie. Kita pun nak tukar juga bekas air. Sebelum ini bekas air kita hanya boleh diisi 1200ml air. Kali ini kita beli bekas yang lebih besar dan boleh isi air sehingga 2000ml. Kita pun kuat minum air kosong macam Firdaus juga.
Perut belum diisi. Tak mahulah berlama-lama di jalan raya untuk ke satu-satu tempat makan. Sebelum masuk ke MR. DIY, terpandang satu kedai makan Bakso Cinta di sebelahnya. Jadi kami terus masuk ke situ. Bakso pun baksolah! Walaupun nama kedai bakso, tapi sebenarnya banyak pilihan makan lain termasuk nasi dan mi.
Encik Suami memesan Bakso Cinta Special. Kita pula, apabila terpandang buras, mulalah memikirkan coto makassar! Jadi, memang kita pesan coto sahajalah! Kita minta coto perut. Tak mahu campur dengan daging atau ayam.
Bakso Cinta Special |
Buras |
Bakso Cinta Special Coto Makassar (perut sahaja) Buras Cendol Jagung Kacang Merah |
Kuah coto ini warna gelap, dan agak pekat. |
Air tebu ini kita beli di gerai sebelah. |
Cendol Jagung Kacang Merah |
Bakso Cinta Special |
Bakso Cinta Special ini memang special. Kuahnya cukup rasa. Ada kepingan isi ayam goreng dan juga kulit ayam goreng yang rangup. Ditambah sebiji telur rebus, dan dua jenis pentolan. Walaupun Encik Suami berikan kita kulit ayam goreng yang rangup, rasanya macam tak puas pula kita makan! Padahal kita sudah ada coto!
Setelah perahkan limau kasturi dan bubuh cili @ lada, dan tambahkan buras maka kita pun terus hirup kuah coto. Alhamdulillah! Masih ada kedai makan yang mmengekalkan rasa coto! Kita pun makan sampai titisan kuah terakhir.
Benarlah, seperti yang tertulis di kedai makan ini : Bakso Cinta - Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta! Kiranya Bakso Cinta ini akan dikunjungi lagi pada masa akan datang. Oh, ya! Kata Encik Suami, harga makanan dan cendol RM27.00.
Bakso Cinta terletak di Jalan Bunga Raya, Bandar Wilayah, Lahad Datu. Biasanya orang akan terbaca Bakery & Cafe kerana tulisan Bakso Cinta lebih kecil berbanding Bakery & Cafe yang terletak di tingkat atas.
Jatuh cinta pandang ke berapa ni?
BalasPadamJatuh cinta merasa kali pertama.
PadamMenarik dan sweet sangat nama cafe ni...Bakso Cinta tu pun nampak mwnyelerakan
BalasPadamSesuailah dengan namanya SA. Memang sedap dan terus jatuh cinta!
PadamDapat bayangkan sedapnya Kak Amie menikmati kuah coto tu hehe...
BalasPadamMungkin signboard kedai tu kena perbesarkan kot...sekali pandang mmg tak perasan.
Kalau jumpa coto yang sedap, memang habis licin semangkuk!
PadamKecil sangat kan signboard Bakso Cinta tu.
Wahh jatuh cinta terus kak Amie. Bahaya datang sini, nanti kena datang lagi. Air tebu macam dah susah nak dapat sekarang. Jarang orang jual dah.
BalasPadamNyaman rasanya air tebu segar melintas tekak.
PadamItu pun jumpa sekali-sekala saja Fiza. Apabila nampak, terus beli.
mati-mati dana ingat itu bubur pulut hitam kak... coto rupanya
BalasPadamOooo...macam bubur pulut hitam ye Dana hihihiiii!
Padamcoto campur buras kenyang amie
BalasPadamKenyang Kak PI. Alhamdulillah.
Padambakso cinta sekali rasa confirm jatuh cinta.. ptt buat tagline mcm tu kan?
BalasPadamBetul Mira. Setuju.
PadamSedapnyaa
BalasPadammeriahnyaaaa cendol diaaa
BalasPadamLepas ni tentu selalu kak Amie nak ke Mr DIY supaya boleh singgah ke Bakso Cinta 😆😆😆
BalasPadamWah...bukan saja bakso..
BalasPadamsemua makanan lain pun nampak sedap..sekali pandang dah jatuh cinta