Pages

Jumaat, 18 Ogos 2023

Apa Cerita Firdaus?

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama juga rasanya tak kongsi perkembangan aktiviti Firdaus. 
Tak ingat dah bila tarikhnya Firdaus ikut pertandingan bercerita  sekolah agama peringkat daerah. Yang Amie ingat, Encik Suami marah sangat sebab dua pasang baju sekolah agama termasuk sampinnya habis kotor. Dalam minggu yang sama, Firdaus pulang dengan pakaian dan sampinnya dipenuhi coretan maker pen. Sehari sebelum pertandingan bercerita, sepasang lagi pakaiannya dinodai dengan liquid paper! Apabila ditanya, kata Firdaus kawan-kawan bermain conteng-conteng pakaian! Jadi, dalam marah-marah Encik Suami beli pakaian dan sampin baharu tetapi tidak sepadan dengan badan Firdaus. Bajunya longgar dan kain sampinnya terlebih panjang! 

Tak sempat bawa ke kedai untuk dipotong. Jadi, pakai sajalah untuk pergi pertandingan bercerita...... hurmmmm! Bukan baju dan sampin yang bercerita kan..... ahaks!

Firdaus paling kecil di antara semua peserta. Firdaus tahun 4, manakala peserta lain tahun 5 dan tahun 6. Firdaus dapat hadiah sagu hati. Tahniah! Tajuk ceritanya : Kisah Keangkuhan Raja Namrud.


Kredit : Guru Sekolah Agama Kampung Khamis
Para peserta pertandingan bercerita bersama guru pengiring dari Sekolah Agama Kampung Khamis.

Kredit : Teacher Mercelina Johanis Lein

Pertandingan nasyid sempena Sambutan Maal Hijrah di SK St. Dominic.


Kumpulan Firdaus tidak memperoleh sebarang hadiah kemenangan.


Firdaus turut terpilih menyertai pertandingan rakaman Mini Documentary : Remarkable Life (English Carnival 2023) awal Ogos 2023 lalu.



Penyertaan dari sekolah Firdaus, mendapat tempat kedua di daerah LD : MINI DOCUMENTARY : REMARKABLE LIFE


Rakaman latihan choral speaking.
Kredit : Teacher Beatrice Anthony.

Esok Firdaus akan menyertai pertandingan choral speaking  sekolah rendah daerah Lahad Datu. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar setelah beberapa minggu berlatih. Para peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Firdaus nampak paling kecil di antara rakan-rakan peserta yang lain.

Selamat bertanding.

22 ulasan:

  1. All the best Firdaus! Aktif dia dengan aktiviti sekolah.

    BalasPadam
  2. waahhh choral speaking! gud luck Firdaus & team! :)

    BalasPadam
  3. Wah Firdaus sudah bisa jadi reporter nih..moga"sukses ya acaranya...terbaik buat Firdaus

    BalasPadam
  4. Tahniah Firdaus! Moga sukses selalu 🤲
    Sakitnya hati dan frust jika baju seluar sekolah dirosakkan sebegitu :(

    BalasPadam
  5. Waaahhhh... syabas Firdaus.
    Semoga terus cemerlang.

    BalasPadam
  6. ya allah firdaus... dia x marah kat kwn2 ke bla diorg conteng baju dia? kalu sy pun mengamuk jg laa kak sbb kompem x hlg kalau guna marker pen tu...

    apa2 pun tahniahhhh utk firdaus. ni namanya kecil2 cili padi! selamat maju jaya utk pertandingan seterusnya💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada budak nakal dalam kelasnya. Ramai kawan lain yang kena percikan liquid paper dan contengan maker pen tu. Encik Suami pun dah jumpa ustazahnya dan bincang pasal benda tu.

      Padam
  7. Tahniah firdaus..sebaya dengan Muhammad ..moga terus cemerlang tau daus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Zila.
      Semoga Muhammad pun terus cemerlang dunia dan akhirat.

      Padam
  8. Daus oh Daus.. ada pula kisahnya sebelum pertandingan. semoga kejadiannya tak berulang lagi. Tak sempat nak alter, pakai je lah kan. Betul jugak tu, bukan baju nak bercerita. hihi...Kalah menang adat pertandingan. Yang penting pengalaman tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang budak-budak sekolah yang nakal ini, pantang gurunya terlepas pandang di kelas, ada sahajalah yang dibuatnya!

      Padam
  9. Comelnya Firdaus di depan tu. Dapat jugak tengok persembahan Daus walaupun latihan. Semoga berjaya semuanya.

    BalasPadam