Bismillahirrahmanirrahim.
2 Jun 2023, Jumaat petang kami daftar masuk Tambun Inn Hotel di:
91, Jalan Raja Dihilir,
Ipoh, Perak.
Abang Farid buat tempahan dua buah bilik di Booking.com : Standard Double Room (No Window) dengan harga RM208.00.
Selain air minuman dalam botol, ada jug kettle dan pengering rambut. |
Ada penyangkut baju dan televisyen skrin rata. Ruangan untuk solat memang agak sempit sedikit. Bilik ini tidak bertingkap. |
Bilik air. |
Standard double room tanpa tingkap yang ringkas ini sesuailah dengan harganya RM208 untuk dua buah bilik. Yang penting ada tempat untuk bersihkan diri, solat dan tidur. Esok paginya, kami daftar keluar awal sebab hendak teruskan perjalanan balik kampung.
Encik Suami basah kuyup kerana awal pagi lagi terpaksa buka tayar kereta yang pancit!
Kali ini tidak puas hati sewa kereta kerana kesemua tayarnya botak dan tiga kali pancit! Kali pertama pancit di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Kali kedua pancit di Gua Musang ketika kami makan di Warong Muse dan ketiga, tayar pancit disedari ketika kami hendak keluar makan di Plan B. Tambah menyakitkan hati Encik Suami, kereta tidak dibekalkan dengan pembuka tayar. Terpaksalah Encik Suami beli pembuka tayar sewaktu di Gua Musang! Heh! Malas hendak cerita panjang. Sakit sangat hati apabila dikenang. Sebelum ini kami biasa sewa kereta dari syarikat XYZ di KLIA. Kali ini kereta di syarikat XYZ habis disewa, dan kami ambil dari syarikat lain pula.
Pengajaran untuk kami: Pastikan semua alat penyelenggara kereta lengkap disediakan sebelum bawa kereta keluar dari tempat kereta sewa.
Nantilah kalau rajin, Amie cerita tentang kereta sewa ini. Nak tulis sekarang, hati sedang marah, takut tulis sambil maki hamun yang bukan-bukan pula.
Nantilah kalau rajin, Amie cerita tentang kereta sewa ini. Nak tulis sekarang, hati sedang marah, takut tulis sambil maki hamun yang bukan-bukan pula.
Suasana di pagi hari ketika meninggalkan Ipoh.
Bandar Ipoh memang banyak daya tarikan.
Harapnya sekiranya berpeluang datang ke sini lagi kami hendak meronda sampai puas.
Harapnya sekiranya berpeluang datang ke sini lagi kami hendak meronda sampai puas.
Jumpa lagi! |
SIAN AMIE DI DUGA DALAM PERJALANAN JAUH BANYAK2 BERSABAR
BalasPadamDugaan kecil Kak PI.
PadamSelama ini bertahun-tahun tidak ada masalah di jalan.
Jadi, ambillah sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati.
berpandukan gambar... not bad juga tempatnya
BalasPadamYa, betul tu Uncle.
PadamMasalah juga sewa kereta macam ni
BalasPadamPertama kali begini Wak.
PadamSebelum ini ok saja.
Ya Allah.. kesiannya.. dugaan bercuti kali ini. Kena minta refund tu.
BalasPadamPengajaran buat kami ini SK. Lain kali kena lebih berhati-hati.
PadamWalaupun satu bintang, tapi bilik hotel nampak bersih dan cantik. Teringat pengalaman adik bawak mak menginap di hotel di Ipoh, katanya dah la sampai sana hotel paksa top up harga bilik, alasannya Agoda salah letak harga di website. Esok paginya jumpa pulak lipas di luar bilik. Harga bilik dalam RM100+ jugak tu tp tak berbaloi.
BalasPadamItulah, adakalanya kurang bernasib baik.
PadamBab penginapan ini biasanya Abang Farid yang cari sebab dia rajin baca review.
sakit betul hati dapat kereta sewa yang mcm gitu, mcm tak diselenggara dengan betul... dugaan betul ye kak
BalasPadamMemang sakit hati Dana. Nanti hati dah sejuk, Kak Amie tulis entri pasal kereta sewa ini.
Padamtak boleh ke mtk diskaun dpt kereta yg x dimaintain mcm tu? kami pernah dapat kereta sewa yg alignment lari dan lama x servis, owner hantar di airport masa tu... nasib baik owner ckp sementara je pakai utk balik ke homestay sementara kereta lain sampai besok paginya... dan bila sampai kami dpt kereta baru syukur sgt puas hati x jd nk membebel
BalasPadamWalaupun 1 bintang masih selesa untuk berehat dan membersihkan diri.. Sesuai dengan harganya..
BalasPadamAduh!! Tak patut betul pemilik kereta sewa tu..
Tapi kan..kalau macam tu kita boleh claim tak tayar tu dengan owner syarikat? bahaya la kalau tayar semua dah botak..bahaya pada pelanggan kan
BalasPadamkena minta diskaun tu kak! apa laa bg org kereta x selenggara sebaiknya. ni dah mcm nk aniaya customer je. jgn asyik fikir untung je!
BalasPadam