Greentown Dimsum Cafe Ipoh
12:01 PGBismillahirrahmanirrahim. Pada pagi Isnin, kami bergerak dari Seri Iskandar menuju ke Ipoh untuk selesaikan urusan Abang Farid di Hong Leong Bank. Sebelum itu, Abang Farid telah mencadangkan untuk makan di Canning Dim Sum. Rancangan Abang Farid ini disuarakan sebelum kami terbang ke Malaya. Kalau Fuad belanja kami makan di Johor, Abang Farid pula akan belanja kami makan-makan di Perak.
Setibanya kami di Canning Dim Sum Ipoh, pelanggan terlalu ramai! Mereka berbaris menunggu giliran. Apabila Abang Farid bertanya kepada pelayan di situ, katanya kami boleh menunggu setengah jam lagi tetapi tidak dijanjikan dapat dim sum kerana makanan tersebut sudah berkurangan.
Jadinya, kami pun meninggalkan Canning Dim Sum dan selesaikan urusan di Hong Leong Bank pula. Selepas itu Abang Farid bawa kami ke Greentown Dimsum Cafe pula.
Cerita untuk makan di Canning Dim Sum bersambung pada hari Rabu. Abang Farid hendak bawa kami makan juga di situ. Apabila kami bersiap sedia untuk datang lebih awal pada pagi Rabunya, rupanya pada hari tersebut Canning Dim Sum tutup! Tak apalah Abang Farid. Ada rezeki lain, nanti kita datang ke situ. Dapat makan di Greentown Dimsum Cafe pun sudah cukup syukur walaupun di situ pun terpaksa bersesak berebut tempat tetapi tidaklah kami sampai berbaris. Kebetulan sewaktu kami sampai, ada sekeluarga pelanggan yang bangun tinggalkan meja. Selepas kami duduk, pelanggan lain dengan sabar berbaris menunggu giliran.
Greentown Dimsum Cafe |
Fuad : BBQ Chicken Noodle (Dry) |
Amie : Chicken Glutinous Rice |
Amie: Jiau Zi (Soup) |
Chrysanthemum |
Aseeyah : Clay Pot Chicken & Egg Rice |
Encik Suami & Ustaz Za Fauzan : 2 Kampung Fried Chicken |
Abang Farid : Sweet & Sour Chicken Rice |
Firdaus : Milky Chicken Rice |
Kami sambung makan bersama Ustaz Za Fauzan. |
Fried Spring Roll. |
Fried Beancurd Roll |
Saya tengok semua sudah order makanan masing-masing.
Sekarang semua sudah kenyang makan makanan masing-masing. Alang-alang sudah sampai sini, baiklah kita buat pesanan lagi. Jadinya, Abang Farid buat pesanan tambahan sedikit dimsum. Bukankah tujuan datang ke sini untuk makan dimsum?
Antara pesanan tambahan:
- Dim Sum Set 04
- Prawn Dumpling
- Xiang Xi Dumpling
- Dim Sum Set 01
- Juicy Bun (Salted Egg + Butter)
3 comments
bbq chicken noodle tu nampak sedap kak!
BalasPadamHihihi..
BalasPadamAlhamdulillah...
Nasib baik dapat juga makan dim sum akhirnya walaupun dah kenyang.Kalau tidak balik pun teringat-ingat...
memang sedap dim sum di ipoh. dulu ke ipoh semata-mata nak makan dim sum je..
BalasPadam