Qhaleef Homestay di Kampung Bukit Hijau
9:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Rezeki kami, dapat tempat penginapan tidak sampai 500 meter dari rumah Bonda, iaitu Qhaleef Homestay. Menurut Abang Farid, oleh kerana Amie selalu menggunakan khidmat tempahan melalui Booking.com jadi, Amie dapat potongan harga. Kali ini bayaran untuk penginapan satu hari satu malam sebanyak RM292.32 sen.
Rezeki kami, dapat tempat penginapan tidak sampai 500 meter dari rumah Bonda, iaitu Qhaleef Homestay. Menurut Abang Farid, oleh kerana Amie selalu menggunakan khidmat tempahan melalui Booking.com jadi, Amie dapat potongan harga. Kali ini bayaran untuk penginapan satu hari satu malam sebanyak RM292.32 sen.
Selamat Datang ke Qhaleef Homestay. |
Apabila pintu rumah dibuka, beginilah keadaan di ruang tamunya.
Ruang tamu dan semua bilik tidur mempunyai pendingin hawa.
Memang terasa sangat selesa ditambah pula dengan cuaca panas apabila berada di luar rumah.
Jadi, bersejuk-sejuklah kami di dalam rumah kecil yang comel ini.
Firdaus santai-santai duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. |
Kemudian baring di atas sofa sampai terlelap sambil memeluk bantal busuknya. |
Ada tiga buah bilik tidur yang dilengkapi dengan katil.
Ada extra bantal, sejadah, telekung, kain pelikat dan juga sterika. |
Ruangan tandas agak kecil, tetapi bersih dan selesa. |
Bilik tidur kami, dilengkapi dengan almari pakaian dan almari solek. |
Ada al-Quran dan juga songkok serta sejadah. |
Banyak toto (tilam) dan selimut di dalam almari. Patutlah kata Wak Tumiran (empunya homestay) boleh 20 orang tidur di sini!
Setiap bilik dilengkapi dengan sejadah, extra bantal dan tempat sangkut pakaian.
Bilik air kedua. |
Ruang makan nampak berseri dengan hiasan jambangan bunga di atas meja. |
Ruang dapur juga agak luas. |
Boleh masak-masak di sini. Tapi kami hanya menginap selama satu malam sahaja dan keesokan paginya kami daftar keluar untuk teruskan perjalanan ke Johor. |
Petang itu kami bersiap-siap untuk ke pantai Jeram untuk makan malam di Aroma Ikan bakar bersama ahli keluarga di sini: MAKAN MALAM KELUARGA DI AROMA IKAN BAKAR JERAM, KUALA SELANGOR Oleh kerana perut rasa lapar, jadi Fuad dan Firdaus membeli makanan di Pasar Malam Bukit Kuching.
Firdaus makan ayam gunting dan minum air sirap bandung. |
Fuad beli murtabak dan sate ayam. |
Kami makan dan minum setakat alas perut sahaja sebab tidak lama kemudian kami akan isi perut lagi di Aroma Ikan Bakar Jeram. |
Keesokan paginya, selepas SARAPAN DI HUJUNG KAMPUNG, kami berkemas untuk meninggalkan Qhaleef Homestay. Encik Suami hendak tanam pokok mata kucing brazil yang dibawa dari LD di tanah kami (tanah pusaka).
Sementara menunggu Abang Farid, Aseeyah dan Fuad bersiap Amie sempat meronda kawasan sekitar homestay. Memang seronoklah dapat menikmati suasana kampung. Bangun pagi tadi dikejutkan dengan bunyi kokok ayam. Buka tingkap saja terus terpandang kehijauan dari warna daun kelapa sawit, pokok pisang dan pokok ubi yang ditanam di belakang rumah.
Langit biru dan awan putih serta warna hijau alam semulajadi sungguh mendamaikan!
Inilah Qhaleef Homestay. |
Abang Farid dan Fuad kata lain kali kalau balik kampung mereka hendak menginap lagi di sini. |
Nampaknya anak-anak rasa selesa dan berhasrat untuk datang pada masa yang lain. In syaa Allah. |
Qhaleef Homestay letaknya berhampiran dengan Kuala Selangor Cabin Camp - KSCC. Boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sana kerana jaraknya hanya 300 meter. Sayangnya kami belum berkesempatan untuk mengunjunginya kerana ada urusan lain yang hendak diselesaikan.
14 comments
cantik ...homestay ini....sesuai dengan harga yang ditawarkan
BalasPadamwahhh. amie balik kg ye. comel je homestay. i pun dah lama tak singgah area bukit hijau.
BalasPadamSelesa duduk homestay di kpg sendiri..
BalasPadamSenanglah HS dekat rumah mak.
BalasPadamSempat Encik Majid tanam pokok buah, berbudi pada tanah.
nampak selesa dah tu Amie, sekitar pun tenang je dengan pokok-pokok
BalasPadamya Allah cantiknya homestay tu kak, dahla kawasan kampung tapi dalam rumahnya tu lengkap betul. Lengkap siap sejadah telekung dan toto yang banyak... tepi rumah pun sejuk mata memandang
BalasPadamBerbaloi harga, suasana dan keselesaannya, Kak Amie.
BalasPadamSelesa, bersih dan banyak kelengkapannya. Memang puas hati kalau menginap ramai-ramai. Harga pun berbaloi sangat untuk satu malam. Rare ada burung helang. Dapat juga tengok secara dekat.
BalasPadamterasa macam rumah sendiri lengkap semuanya ye kak..suasana halaman rumah terasa nyaman dengan pokok hijau,eh ada burung helang besar
BalasPadamBiasa lalu situ. Memang banyak rumah cantik² kat area KSCC tu. Rumah kakak saya yang sulung pun di Bukit Hijau juga. Semalam balik dari makan di warung roti canai Family, kebetulan lalu depan kedai kopi Tokmir. Jadi dah tau la lokasi kedai tu. Hihihi. Next time boleh cuba bersarapan di sana.
BalasPadamBanyaknya dia sediakan toto. Senang, kalau ramai ahli keluarga.
BalasPadamwahhh sempat lg tu nak tanam pokok mata kucing. byk ke akak bawa pokok tu dari LD?
BalasPadamtampak selesa kak homestay ni mmg berbaloi dgn $$ yg dibelanjakan
wah dia bela burung helang ye.. best kak suasana kampung
BalasPadamMurah dah tu Kak Amie, homestay yang comel dan selesa dengan semua kemudahan ada...paling lega bila tengok banyak disediakan toto..
BalasPadam