Sarapan di Hujung Kampung

9:41 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ahad : 28 Mei 2023
Bawa Bonda jalan-jalan ke hujung kampung cari sarapan. Seronok sungguh Bonda dapat melihat suasana kampung sambil menghirup udara segar di pagi hari.
Kami jemput anak menantu, cucu cicit Bonda yang tinggal berhampiran untuk sarapan bersama.

Kami singgah sarapan di Kedai Kopi Tokmir yang terletak jauh dari debu-debu jalanan dan asap kenderaan kerana kedudukannya di pinggir Kampung Bukit Hijau. Di waktu petang, boleh menyaksikan kerbau mandi @ berkubang di kawasan berhampiran.

Tidak perlu menunggu semua sampai baru hendak memesan makanan. Sesiapa yang sampai terlebih dahulu, boleh terus makan apa sahaja sarapan yang diingini.

Lontong Kuah Lodeh & Nasi Llemak

Keluarga paling awal sampai sudah tentulah kami anak-beranak bersama Bonda dan Wak Niah.

Apabila sinar matahari menerjah masuk, terasalah hangatnya vitamin D yang kami terima di pagi hari.

Wak Niah : Lontong Kuah Lodeh


Fuad : Nasi Lemak

Bonda : Mi Kari


Paru & Ikan Keli Goreng

Encik Suami : Pecal

Farid & Aseeyah : Roti Telur

Bonda : Roti Canai Kosong

Pecal : Makan sampai meleleh walaupun pedas tapi sangat sedap!

Kuah pecal ini agak pedas. Menurut isteri empunya kedai kopi, terpaksa gunakan cili jenis pedas kerana yang kurang pedas tidak ada. Walaupun pedas, tetapi rasanya sangat sedap. Amie tanya kalau-kalau ada dijual sambal pecal. Rupanya tidak dijual, hanya digunakan untuk jualan pecal sahaja. Selesai makan, isteri empunya kedai hulurkan sebungkus kecil berisi sambal pecal. Katanya, boleh makan dengan nasi panas, tak perlu tambah air untuk dijadikan kuah kacang @ pecal. Gaul sahaja dengan nasi.
Terima kasih banyak!
Alhamdulillah dapat rezeki sambal pecal. 
Walaupun mereka bukan orang Jawa, tetapi hidangan pecalnya memang meletop!
Itulah hebatnya orang kampung kami, keturunan Banjar. Mereka bukan sahaja pandai membuat pecal, tetapi juga ramai yang menjual nasi ambeng di pasar malam!


Tidak lama kemudian, cucu dan cicit Bonda pun sampai. Firdaus yang sudah selesai sarapan, terus bermain di tepi kolam bersama cucu cicit Bonda.

Ikan keli dipelihara.

Firdaus bermain di kaki lima kedai kopi.

Anak-anak buah sudah sampai. Masing-masing memilih makanan yang disukai.



Cicit nenek pandai membawa diri makan di kawasan lapang.
Di sebelah hujung, cucu Bonda iaitu Mira dan di hadapannya (nampak lutut saja) Wak Aton.


Tidak lama kemudian datang adik ipar dengan adik Chah. Rupanya pada tarikh tersebut merupakan hari ulang tahun anaknya yang ke-8. Sempat pula mereka mencari kek di pagi hari.

Selamat ulang tahun Aisy Rayyan!



Terima kasih buat semua yang sudi hadir dan meluangkan masa sarapan bersama di hujung kampung, di kedai kopi bawah pokok kelapa sawit.

Bonda suka makan roti canai kosong di sini.
In syaa Allah, nanti kita sarapan di sini lagi ya mak.


14 comments

  1. ramai cucu cicit bonda yang tinggal berhampiran dengan bonda ye kak..tak risau sangat hati ramai yang boleh tengokkan bonda

    BalasPadam
  2. Waahh.. pagi2 dah jual pecal. Sedap tu!

    BalasPadam
  3. Menunya pelbagai, masing-masing tentu memesan makanan kegemaran. Kak Amie makan pecal sajakah? Lontong tak makan? Nampak Daus yg paling happy sekali.

    BalasPadam
  4. Sukanya tengok sarap di Johor, dengan lontong kuah lodehnya, mi kari dan nasi lemaknya. Pecal tu nampak sedap tapi saya tak pernah makan lagi sebab tak pandai makan pedas.

    BalasPadam
  5. Wahhh..boleh pi makan pecal kat sana. Nanti nak cuba lah. Tq cikgu

    BalasPadam
  6. bestnya kak makan kat kedai makan di kampung, sambal pecalnya memang nampak sedap. Rupa kuahnya tu pun dah tahu sedap

    BalasPadam
  7. Happynya daus ramai kazen² sebaya di semenanjung

    BalasPadam
  8. Memang best, sarapan di kedai kampung macam ni. Alhamdulillah, dapat jumpa bonda, dan seluruh ahli keluarga ye.

    BalasPadam
  9. Sedap² menu sarapan..ada pecel..feveret tu..

    BalasPadam
  10. Semoga bonda sentiasa ceria dan dikurniakan kesihatan serta dipanjangkan umur yang berkat

    BalasPadam
  11. Bestnya pagi pagi dapat menjamu lontong kuah lodeh dan pecal. Makanan favourite tu. Rezeki kak Amie lah dapat sebungkus kuah kacang pecal. Seronok sesekali balik kampung dapat menjamu selera beramai ramai dengan family.

    BalasPadam
  12. aduhai, saya rasa ingin mencuba semua masakan di situ kak, sedap2 nampaknya

    BalasPadam
  13. bestnya makan lontong tentu suasana dia best kan. happy bday rayyan

    BalasPadam
  14. Pelbagai jenis makanan yang nampak menyelerakan...best betul sarapan beramai- ramai macam ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe