Pages

Jumaat, 9 Jun 2023

Makan Mi Bandung di Pagoh Jaya

Bismillahirrahmanirrahim.
Ahad, 28 Mei 2023. 
Kami singgah di rumah Wak Kanang di Batang Berjuntai. Wak Kanang ini kakak kepada Wak Aton. Nama sebenarnya bukanlah Kanang. Oleh kerana dari kecil dipanggil Kanang, melekatlah namanya sampai sekarang. Wak Kanang jantinanya perempuan, bukan lelaki... ahaks! Kami bawa Wak Kanang dan anak lelaki bongsunya, Hakimi ke Muar.
Setelah check in di Basrie Homestay, kami pun hendak keluar mencari makan sebab hari sudah menjelang petang. Sewaktu singgah di rumah Wak Kanang, kami makan nasi himpit dengan kuah lodeh serta sate. Rupanya tidak dapat menahan lapar sebaik tiba di Pagoh Jaya.
Perut yang lapar tambah keroncong apabila Fuad melencong jalan untuk mengambil tempahan brownies di Suwwitbite Cakes & Dessert in Pagoh. Selepas mengambil brownies, kami menuju ke Sate Kamal dan Ikan Bakar. Tempat ini dicadangkan oleh Abang Farid dan kami cari dengan menggunakan WAZE. Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus berada di homestay dan meminta kami belikan makanan berbungkus. Sesampainya di tempat tersebut yang terletak di sebuah perkampungan, tutuplah pula warungnya!

Amie beritahu Abang Farid, kalau tak tahan lapar minta sajalah bantuan daripada abang angkatnya, Foodpanda untuk hantar makanan.

Banyak restoran, tapi kebanyakannya tutup. Mungkinkah hari Isnin tidak beroperasi? Akhirnya kami tiba di deretan warung, dan singgah di salah sebuah warung berhampiran tempat longgokan durian. Sambil makan, sambil hidu bau durian. Setelah kenyang makan, tak pula rasa teringin hendak makan durian.... ahaks!

Encik Suami : Mi Bandung

Antara makanan yang dipesan selain Mi Bandung yang sedap, termasuklah:
  • Bakso
  • Kuetiaw Goreng
  • Nasi Goreng Ayam
  • Nasi Goreng Pataya
  • Teh O Ais

Hakimi : Bakso

Wak Kanang: Nasi Goreng Ayam

Amie : Kuetiaw Goreng

Fuad : Nasi Goreng Pattaya

KFC Pagoh Jaya

Sampai di Basrie Homestay, kami sambung makan KFC pula. Abang Farid minta tolong abang angkatnya, Foodpanda untuk hantar KFC ke homestay.

13 ulasan:

  1. abang angkat dan adik-adik berpisah tiada,sentiasa jadi penyelamat hehe

    BalasPadam
  2. Kalau org Jawa, yg perempuan juga ada gelaran wak di hadapan, kan. Dulu2, sy fikir wak tu utk lelaki saja.. errr... Untunglah ada abg angkat FP, hihi.

    BalasPadam
  3. Lekat terus gelaran abang angkat tu. hihi...sedapnya mi bandung tu kak Amie. Terasa rasa kesedapan mi bandung Muar.

    BalasPadam
  4. waduh mengiurkan betul mee bandung tu kak oi

    BalasPadam
  5. Mi bandungnya nampak sedap. KFC tu, ayam yang extra spicy kah itu?
    Saya belum cuba lagi.

    BalasPadam
  6. lama tk mkn mee bandung..sedap tu

    BalasPadam
  7. wah sedap semuanya abang angkat ready ja nk tolong adik2nya yg lapar kan

    BalasPadam
  8. perghhhh mengancamnyaaaaa mi bandung.. dah laa fav sy tu...ok x kak harga mi bandung tu?

    BalasPadam
  9. Mi bandung Muar, signature dish di sana.. sedapnya!

    BalasPadam
  10. sedapnya mee bandung...sambil makan ambik bau durian..

    BalasPadam