Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita di Elvy Homestay Alam Sutera Puncak Alam.
Petang itu, kami berpecah dua. Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus tinggal di homestay. Encik Suami ke Bandar Puncak Alam untuk mencari tempat dobi pakaian. Amie dan Fuad patah balik ke kampung, hendak ambil Bonda.
Sebelum belok ke kampung, kami singgah dahulu mencari makanan di Bandar Puncak Alam. Kami tidak mencari makanan berat seperti nasi, sebaliknya hanya beli makanan yang ringan-ringan sahaja. Beli itu sikit, beli ini sikit lama-lama jadi bukit! Kemudian kami terus ke kampung. Pujuk Bonda tidur bersama kami di Elvy Homestay Alam Sutera Puncak Alam.
Macam hendak berbuka puasa pula!
Bismillah. |
Apa yang ada di atas meja termasuklah:
- Otak-Otak
- Pepes Ayam
- Satar
- Nasi Lemak
- Pulut Ikan Masin
- Bubur Som Som
- Kuih Cara
- Sate Ayam
- Buah Ciku, Mangga, Jambu dan Nanas Potong
Kami beli dua bungkus nasi lemak. Mujurlah hanya beli dua bungkus sebab apabila hendak dimakan, isinya sudah basi! Mudah-mudahan Allah beri hidayah kepada peniaga nasi lemak ini supaya tidak menganiaya pembeli!
Alhamdulillah! Kami terjumpa peniaga otak-otak di hujung jalan! Rindunya hendak makan otak-otak. Teringat tahun lepas banyak makan otak-otak dan pepes ayam di Parit Raja sewaktu konvokesyen Fuad.
Bukan saja otak-otak, satar pun ada!
Beli juga tapi hanya 12 ketul. Beli banyak takut tak habis dimakan.
Peniaga tersebut murah hati sungguh. Dihulurkan kami pepes ayam untuk dirasa. Memang sedaplah! Kami pun beli juga pepes ayam. Tak ingat berapa ketul, tapi rasanya banyak jugalah sebab kesemuanya termasuk otak-otak dan satar hampir RM60.00.
Pepes Ayam |
Satar |
Nampak banyak makanan di atas meja. Kita beli bubur som som, pulut ikan masin dan buah ciku untuk Bonda. Lama tak makan bubur penuh nostalgia ini! Teringin hendak buat sendiri tapi tak terbuat juga!
Sate Ayam |
Pulut dengan Ikan Masin, Sambal & Telur Rebus |
Kuih Cara Manis |
Buah Jambu Air Madu & Nanas |
Mangga & Ciku |
Ubi Kayu Goreng Berempah. |
Sewaktu ambil Bonda di kampung, sempat makan ubi kayu goreng berempah. Aduhai...sedap sungguh. Kawan anak buah yang goreng di dapur Bonda. Pada mulanya Amie sangka mereka sedang masak sambl tumis. Rupanya goreng ubi kayu. Amie minta resepinya dan beberapa hari lepas Amie buat sendiri untuk sarapan. Sebelum kami tinggalkan rumah bawa Bonda bersama, dibekalkan kami ubi goreng berempah bawa ke homestay!
Selepas makan dan mandi, Firdaus terus pengsan! |
Semua makanan sedap-sedap.. Salam Aidiladha :)
BalasPadamSalam Aidil Adha juga buat Eyma.
Padamalhamdulillah.. mcm2 ada. sedap2 nampak tu
BalasPadamAlhamdulillah. Jemput ye Mummy Ayu.
PadamDaus pengsan makan banyak ke pengsan tengok mommy makan banyak?? Hihi. Mesti seronok makan ramai-ramai. Ralat jugak dapat nasi lemak basi, mujur tak bnyak yg dibeli.
BalasPadamKami beli nasi lemak waktu petang. Mungkin nasi lemak jualan dari pagi tu.
Padamsedapnya cikuuuuu.... lama betul tak makan ciku. susah nak jumpa. mahal pula tu...
BalasPadambasi??? ishhh... biar betul laa penjual ni... kot ya pun nak untung jgn laa smpi aniaya pembeli...
Dulu berlambak buah ciku, sekarang susah nak dapat kan Anies.
PadamItulah, kenapalah nasi lemak basi dijual. Fikir punya fikir, terfikir pula mungkin nasi lemak dari pagi tu, sebab kami beli waktu petang.
mbul tertarik dengan kuih manis hijau yang imut itu kak amie...bentuknya menawan hati...dan sesuatu yang dibungkus daun pisang selalu menyelerakan hati mbul
BalasPadamYa Mbul. Betul itu. Kuih yang dibungkus daun pisang memang ada aromanya yang tersendiri.
PadamPenat betul Firdau..allahu sedapnya satar dan otak- otak, x pernah lagi SAa merasa pepes ayam
BalasPadamPepes ayam sedap tau SA.
PadamLebih sedap dari otak-otak hihihiii.