Pages

Rabu, 7 Jun 2023

Hari Ini Ais Kepal Milo, Kelmarin Ais Kacang Merah

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi, Firdaus mengadu perutnya lapar. Jadi adalah alasan untuk ajak Encik Suami mencari makan sebelum hantar Firdaus ke sekolah agama. Ada dua pilihan tempat makan yang terdekat dan tercepat iaitu Bee Bee Ice Restoran dan Happy Spoon Restaurant & Cafe. Kedua-duanya tidak berjauhan, sebaris bangunan yang sama dan selang dua pintu kedai saja. Ketika lalu di depan Happy Spoon Restaurant & Cafe, nampak kurang pelanggan. Jadi untuk jimatkan masa, kami masuk ke situ sahaja. 

Ais Kepal Milo

Firdaus tukang tulis makanan yang dipesan.

Minuman wajib : Air suam.

Ais Kepal Milo
Nasi Ayam Balado
Sweet Lemon & Peanut Chicken Rice
Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari

Firdaus : Sweet Lemon & Peanut Chicken Rice
RM13.00

Firdaus memilih Sweet Lemon & Peanut Chicken Rice. Apabila terpandang Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari kita punya, dia minta tukar pula!

Encik Suami : Nasi Ayam Balado
RM13.50

Ayamnya tersembunyi, ditutup dengan papadom.

Amie : Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari
RM16.00

Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari ini dihidangkan bersama sambal tumis dan kuah kari serta acar timun dan lobak. Di atas nasi lemak ditabur dengan serondeng ikan.



Melihat air muka yang keruh, dan lelehan air mata Firdaus, kita pun sorong nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari ke hadapannya. Barangkali melihat Ayam Goreng XXL itu, dia teringat ayam gunting kegemarannya! Habis licin Firdaus makan nasi lemak, kecuali acar, ikan bilis dan kacang tanah goreng!

Ais Kepal Milo memang sedap!
RM9.00

Kelmarin berdua dengan Encik Suami singgah di sini juga. Amie balik lewat sebab menghadiri mesyuarat. Pada mulanya hendak makan Ais Kacang Merah saja, tapi terus makan nasi di sini.

Red Bean Ice with Vanilla Ice Cream
RM11.00

Amie : Chef Special Recipe Tom Yam  Soup & Nasi Putih
RM13.50.


Sedaplah pula kuah tom yamnya. Walaupun pedas tapi tetap menyelerakan. Habis kita makan nasi dalam pinggan. Encik Suami bantu makan isi tom yam!

Encik Suami : Dried Butter Chicken Rice
RM11:50


Penuh setimbun sarang telurnya! Apabila diselak, nampak banyak ayam sembunyi di dalamnya dan sedap pula.

Selesai makan nasi, kami berdua menyudu ais kacang merah pula.
Nyaman bah!


18 ulasan:

  1. sedapnya milo kepal minum time panas2 ni Amie :)

    BalasPadam
  2. Sian Daus..nangis tgk ayam goreng XXL..mesti happy lepas makan..hihi..

    BalasPadam
  3. Saya nak ais kacang merah & ayam goyeng...hihihi

    BalasPadam
  4. Menyelerakan sungguh menu² pilihan. Pandai dah Firdaus tulis order ye. Sian pulak dia nak tukar menu sebab nampak ayam yang menyelerakan tu. Punyalah sedap sampai makan habis. Terpaling rare Red Bean Ice with Vanilla Ice Cream tu. Macam menarik je.

    BalasPadam
  5. Mommy terpaksa mengalah lah ya.. mana tahan tengok Daus yang muram tu!
    Menu semua menyelerakan, harga pula affordable.

    BalasPadam
  6. manala nk dpt tomyam sedap cmtu kt batam nih.. huhuhu

    BalasPadam
  7. Cuaca panas ni tengok ais kepal milo dan ais kacang merah tu terasa nikmatnya lalu di tekak

    BalasPadam
  8. Makan ais kepal milo dalam cuaca panas memang nikmat. Nampaknya Firdaus tersilap pesanan bila tengok nasi lemak Kak Amie tu ye!

    BalasPadam
  9. Nampaknya Kak Amie dah bole jadi duta Happy Spoon 😁

    BalasPadam
  10. wah ais kacang merah, saya jadi teringat kedai ah mei yang menyediakan ais kachang, sedap pula. Nasinya guna bunga telang kah kak Amie? nampak biru

    BalasPadam
  11. Sedapnya kak nasi lemak..saya baru pertama kali coba...ah Firdaus selalu mencatat menu pesanan..lucunya😘

    BalasPadam
  12. waduh sedap semua menu kak oi, lagi2 la ais tu, tgh musim panas ni kan nyaman dapat minum sejuk gitu

    BalasPadam
  13. Kepada owner Happy Spoon, mohon buka cawangan di Johor Bahru, pleaseeeee.

    BalasPadam
  14. Banyaknya menu dia, semua nampak menarik. Nak satu juga, cawangan di Perak. :)

    BalasPadam
  15. musim2 panas macam ni memang nikmat dapat minuman sejuk macam ni fuhhhh👍👍👍😀

    BalasPadam
  16. ais kepal milo sedap tu.. cantik gambar2 akak

    BalasPadam
  17. Telan air liur SA tengok makanan dalam entry ni

    BalasPadam