Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum daftar masuk hotel, kami singgah di sebuah warung yang menjual goreng-gorengan. Terpikat pula melihat selonggok kuih bentuk ketulan besar bulat-bulat baru diangkat dari kuali. Kami pun duduklah di situ, memesan air kelapa muda.
Sembang-sembang dengan salah seorang yang berniaga di situ, tahulah sudah nama kuih bulat-bulat yang dipanggil Colek Malas. Colek Malas dipanggil juga dengan nama Colek Malah, Jemput Malas atau Jeput Malah. Sebiji berharga RM2.00. Oleh kerana saiznya besar Amie beli sebiji saja, dan setelah dipotong, Colek Malas ini dihidangkan dengan sos yang agak pedas tapi cukup rasa! Sedap.
|
Colek Malas |
|
Sebiji Colek Malas yang sudah dipotong dengan Sos Pedas. |
|
Beli juga keropok lekor RM2.00 dan pisang goreng RM2.00 untuk tiga keping. |
Walaupun pisang goreng dijual dengan harga RM2.00 untuk tiga keping tetapi Amie minta campur. Maknanya Amie beli RM2.00 untuk tiga jenis pisang iaitu pisang kebatu, pisang kelat lego dan pisang jela. Amie tanya penjual, mana satu pisang yang sedap sebab baru pertama kali dengar nama pisang itu. Katanya, yang sedap pisang jela.
Semasa tulis entri, kita pun rujuk Pak Google. Kata Pak Google, pisang kebatu itu pisang abu. Pisang kelat lego itu pisang awak dan pisang jela itu pisang jelai berangan.
|
Senarai Menu & Harga |
|
Labu Goreng |
Biasanya Firdaus pantang nampak sosej tapi kali ini tak mahu pula makan. Katanya masih kenyang makan ayam goreng cheese di kedai nasi ayam.
|
Tauhu & Karipap |
|
Cendawan Enoki Goreng. |
|
Ikan Goreng |
|
Dalam Colek Malas ini ada kangkung dan ikan bilis. |
hahha kak amie sama mcm sy kalau org tu jual goreng pisang dan keropok lekor mesti nak minta campur. sbb bila beli sejenis rs mcm byk je. kalau campur tu sekejapan je dah habis😁
BalasPadamPertama kali tengok labu goreng, bolehlah try lepas ni.
BalasPadamKreuk-kreuk gorengan tu menggoda lah.
malas tu.. lazy ke.. atau gelaran lain. Yg pasti, ia sejenis jemput2 kan.. agaknya jemput2 mudah, tu disebut malas, cicah pulak dengan kuah colek, hehehe.
BalasPadamno wonder pantai timur ni digelar syurga mknn... mknn mmg mcm² ada
BalasPadamuish...macam- macam gorengan ada ha..skrg ni cendawan enoki pun orang buat goreng dan jual kan kak
BalasPadam