Kimanis yang Manis!

8:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan menuju ke rumah kakak ipar kepada kakak ipar (kakak Encik Suami) untuk berziarah kematian suami kakak ipar kepada kakak ipar (biras kakak ipar Amie), kami terpandang deretan lebih 10 buah gerai di tepi jalan di Kampung Batu 30, Kimanis, Papar. Rasa tertarik pula hendak singgah sewaktu kami pulang ke Penampang nantinya. Sayangnya, hujan turun dan perut pula sudah berkeroncong. Sewaktu singgah makan di Warung Sate Lembah Brunei, Encik Suami kata, nanti kalau berkesempatan pergi ke Sipitang, kita singgahlah di gerai tersebut.

Alhamdulillah. Keesokan harinya kami bergeak menuju ke Sipitang. Encik Suami cadangkan kalau hendak singgah di gerai Kampung Batu 30, Kimanis eloklah singgah waktu pagi dalam perjalanan ke  Sipitang. Takut waktu pulang dari Sipitang nanti, hujan atau gerai sudah ditutup. Jadi, singgahlah kami seketika di beberapa buah gerai di sini.

Ikan masin dibungkus cantik dan murah pula harganya.

Banyak kuih-kuih tradisi yang dijual di sini seperti keopok amplang dan kuih cincin. Kuih cincinnya pula ada yang jenis lembut dan jenis biasa /keras.


Boleh beli kuih tradisional di sini untuk diri sendiri atau dijadikan oleh-oleh.

Udang kering dari Sipitang.


Ikan masin dibungkus supaya tidak terkena habuk dan debu jalanan dan digantung rapi.

Ada pelbagai jenis ikan bilis.

Udang Geragau.

Beginilah keadaannya gerai pertama yang kami singgah. Kami hanya membeli kuih-kuih tradisional sahaja seperti kuih cincin dan semprong.

Jom kita singgah gerai yang seterusnya.

Encik Suami berkenan beli sotong kering. Satu bungkus berisi dua ekor. Kami beli tiga bungkus. Lupa pula harga sebungkus. Kami dapat harga RM50.00 tiga bungkus. Alhamdulillah, sotong kering ini Amie masak sambal untuk lauk nasi lemak dan makan beramai-ramai sebagai sarapan.

Banyak jenis ikan masin yang nampak segar!



Ada ikan masin jeruk! Sedap ikan masin ini. Amie suka kukus atas nasi yang baru hendak mengering! 



Ikan masin yang berwarna kuning itu pada asalnya sama dengan yang berwarna putih di tengah-tengah itu. Menurut peniaga di gerai ini, mereka rendam ikan masin ini di dalam cuka, dan dibubuh pewarna kuning. Maka kuninglah jadinya!

Setiap gerai menjual bahan yang hampir sama dengan gerai yang lain.

Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. Semuanya mempamerkan senyuman manis sewaktu berbual, dan memang peramah belaka.

Terima kasih di atas layanan baik, dan semoga dipermudahkan urusan berniaga serta sentiasa didatangi pelanggan untuk membeli.

Jumpa lagi Kimanis yang manis!

1 comments

  1. Ni kalau SA la pergi sini ni kak..memang penuh la kereta beli macam- macam...seronok betul la kat sini

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe