Masak di Rumah Orang Bujang : Bunga Betik & Pucuk Ubi Tumis Cili Padi & Udang Kering

9:37 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Fairuz dan Haziq meneruskan rutinnya menghantar bekalan ikan di pasaraya sekitar Kota Kinabalu. Akhir-akhir ini mereka jarang masak di rumah kerana Abang Aznan ajak mereka masak dan makan di rumahnya. Kami pula, berat kaki untuk turun membeli bahan masakan, dan malas pula untuk bersiap makan di luar. Jadi, masak sahajalah apa yang ada. Kebetulan pula, kami beli sebungkus bunga betik & pucuk ubi di Tamu Gaya Street. Bolehlah ditumis dengan cili padi dan udang kering. Ada beberapa jenis ikan di dalam peti sejuk. Amie keluarkan ikan saiz kecil, supaya cepat lembut apabila direndam. Ada sebekas kecil sambal tomato yang dibeli di Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu. Cukuplah semua lauk-pauk itu makan dengan nasi!

Hidangan Makan Tengah Hari

Bunga Betik & Pucuk Ubi Tumis Cili Padi & Udang Kering

Ikan Goreng

Sambal Tomato


Resipi Bunga Betik & Pucuk Ubi Tumis Cili Padi & Udang Kering

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk (300 gram) bunga betik 
  • 5 tangkai / pucuk ubi - ramas-ramas
  • 15 tangkai cili padi - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan airnya
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
  1. Celur bunga betik dan pucuk ubi hingga lembut. Toskan airnya dan bilas. Hiris pucuk ubi ikut saiz yang disukai.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering.
  3. Setelah semua bahan layu, masukkan bunga betik dan pucuk ubi.
  4. Kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

13 comments

  1. Lauk gini pun dah terbuka selera sy Kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PH, lauk kering-kering memang selalu membuka selera.

      Padam
  2. sukanya lauk macam ni. boleh bertambah nasi hehehe

    BalasPadam
  3. Lauk simple tapi membuka selera. Kalau ada udang kering memang sedap dan wangi semerbak je masa menumis tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Carneyz.
      Apabila perencah udang kering ditumis dengan bawang putih, bawang merah....memang aromanya menggoda selera!

      Padam
  4. Belum pernah makan lauk bunga betik. Baca resepi tu dah terbayang kelazatan masakan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga betik rasanya pahit-pahit sedikit, tapi orang kata pahit-pahit ubat.

      Padam
  5. Sukanyaaaaa lauk-lauk tu...bunga betik tu paling terliur

    BalasPadam
  6. Walau simple tapi nampak menyelerakan sangat. Belum pernah cuba lagi pucuk betik goreng ni.

    BalasPadam
  7. Bocor periuk nasi di rumah orang bujang itu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe