Menghuni Hotel Grandis Lima Malam

9:47 PTG

Bismillahirrahamnirrahim.
Terkejut! Turun dari kereta, terdengar bunyi enjin kapal terbang! Eh, bila pula MASWings mendarat? Cepat-cepat kita seret beg sementara Encik Suami cari tempat letak kereta. Dada mula berdebar apabila hendak daftar masuk bagasi di kaunter.

Rupanya kapal terbang sampai awal. Sepatutnya terbang pukul 1345, tetapi pukul 1330, kapal terbang sudah berada di ruang angkasa Lahad Datu menuju ke Kota Kinabalu! Terbang awal 15 minit dari jadual. Janji akan bertemu dengan Nora di Kota Kinabalu Airport. Nora dijadualkan terbang pada pukul 1345 dari Tawau, tetapi delay pula!

Dalam cemas dan kalut, terlupa ambil laptop di kereta. Ketika beratur untuk scan hand carry, terpandang seorang penumpang keluarkan laptop, barulah teringat tertinggal laptop! Rasa hendak gugur jantung sebab laptop itulah yang paling penting untuk buat kerja! Terbayang Encik Suami sudah bergerak untuk pulang ke rumah. Cepat-cepat kita keluarkan HP dan tergesa-gesa ke pintu untuk minta kebenaran keluar semula.

Pada masa itu, kelihatan Encik Suami sedang bercakap-cakap dengan petugas MASWings sambil menunjukkan laptop! Rupanya sewaktu masuk kereta, Encik Suami terpandang laptop di atas kerusi tempat kita duduk! 

Ya Allah! Tak dapat bayangkan apa akan terjadi kalau Encik Suami sudah tinggalkan lapangan terbang!

Di Kota Kinabalu Airport, Fairuz dan Haziq sudah menunggu di pintu keluar. Sementara menunggu Nora tiba, kami mencari makanan dulu di McDonald. Pukul 1500, Nora mendarat di Kota Kinabalu Airport. Kemudian kami berdua dihantar oleh Fairuz dan Haziq ke Hotel Grandis.

Kami daftar masuk Hotel Grandis, dan dapat deluxe room. Bilik lain semua penuh. Musim cuti sekolah memang beginilah. Sana-sini banyak hotel penuh! Jadi, di Hotel Grandis ini kami akan menginap selama lima malam.

Katil King.

Hotel Grandis menjadi pilihan ramai kerana kedudukannya yang sangat strategik, di bangunan Suria Sabah Mall.

Selamat Datang ke Bilik XXX.

Suasana bilik ini memang sesuai sangatlah untuk kami berehat di waktu malam setelah sepanjang hari kami bermesyuarat. Biasanya kami keletihan dan terus tidur!

Tahun lepas kami pun bermalam di hotel ini juga tetapi bilik superior.


Ruangan untuk 'bekerja' pada waktu malam.





Teringat Encik Suami yang sangat suka dengan ruangan ini.

Buka laci, tersusun pelbagai jenis minuman tersedia.

Ada masa nanti boleh turun ke mall dan cari minuman dan simpan di sini.

Bilik airnya luas dan kemas.





Ada bathtub.

Wah, ada kain sarung!

Diberi tunjuk ajar : How to wear a Sarung!

Lengkap sterika dan iron board.


Pengering rambut.

Oleh kerana hanya ada sebuah kerusi, Nora meminta sebuah kerusi lagi dan penyangkut baju. Beberapa minit kemudian, sampailah kerusi dan penyangkut baju tambahan yang diminta.
Wokey!
Malam ini kena tidur awal.
Esok pagi kena bangun awal.
Selamat malam!

7 comments

  1. Selesa amat ni. Sesuailah untuk duduk lama.
    Paling menarik, ada kain batik sarung!

    BalasPadam
  2. Happy working Cikgu Amie.
    Bukan bisahe2 take off awal dari jadual.. biasa on time atau lewat.

    BalasPadam
  3. Selamat bermesyuarat...
    Lama di KK tu 5 malam..
    Fairuz mesti seronok mommy ada dekat KK..hehehe

    BalasPadam
  4. lama tu kak kat KK... hotel pun tampak selesa👍👍👍 selamat bermesyuarat kak

    BalasPadam
  5. waaah belum pernah jumpa lagi hotel sediakan kain sarung

    BalasPadam
  6. strategik sgt hotel ni, dkt dgn suria sabah. senang je nak ke mall.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe