Nikmati Selera Kampung : Ikan Lampam Goreng dan Sayur Umbut Kelapa Masak Lemak

2:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini cuaca di LD panas terik. Tiba-tiba mendung di tengah hari dan sekarang hujan. Sambil memikir-mikir untuk masak juadah berbuka petang ini, tulis dahulu entri makan tengah hari bersama Fairuz dan Haziq di Penampang. Amie masak lebih, kerana sebelah petangnya adik ipar dan biras (ibu bapa Haziq) akan sampai dari LD. Seperti yang dijangkakan, mereka belum makan tengah hari. Alhamdulillah, masih ada lauk-pauk untuk mereka.


Hasil memancing di Tamu Kinarut, dapatlah makan ikan lampam segar dari sungai. Sayurnya pula, umbut kelapa sawit masak lemak. Ditambah dengan sambal kicap ketumbar jawa, ulam jantung pisang hutan bakar. Ada terung pipit, Amie masak sambal gunakan baki sambal sotong. Cerita tentang sotong, Amie goreng sotong salut tepung. Sotong itu pun kami beli di Tamu Kinarut.
Ikan Lampam & Ikan Serawi.

Ikan lampam sudah dibuang isi perut oleh penjual ikan. Hanya perlu buang sisik dan kelas-kelar sahaja.

Setelah dilimur dengan garam kunyit, goreng !

Ikan lampam digoreng hingga garing.

Inilah hasilnya ikan lampam goreng garing. Apabila dikelar-kelar begini, tulangnya pun ikut garing sama.

Pesan penjual di tamu, bakar saja jantung pisang hutan ini. Tak perlu rebus. Jadi, Encik Suami pun tolong bakar di atas dapur.

Jantung pisang hutan sedang dibakar.

Sambal kicap bubuh ketumbar jawa.

Terung pipit tumis dengan sambal sotong yang berbaki.

Sotong goreng dalut tepung.

Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak.

Inilah hidangan tengah hari kami di rumah orang bujang.


Oh, terlupa! Ada satu lagi lauk iaitu ikan tahai dan sambal tahai. Ikan tahai ini diperbuat dari ikan tamban yang disalai. Amie beli ikan tahai bersama sambal tahai ketika berkunjung ke Tamu Sipitang. Ikan tahai datangnya dari Sarawak. Ikan tahai ini sedap dimakan bersama nasi panas. Jangan lupa buang kulitnya sebelum dimakan, pesan peniaga ikan tahai di Tamu Sipitang.

10 comments

  1. sedapnya. menu simple je tapi kalau makan ni bertambah-tambah nasi. lama tak makan ikan sungai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali jumpa ikan sungai, memang tak lepas peluang!

      Padam
  2. kombinasi lauk yg boleh buat periuk nasi bocor bak kata mamacella dan kakSK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... kedua-dua adinda kita tu memang pakar bocorkan periuk!

      Padam
  3. waduh helok semua nya kak, jantung pisang hutan tu cantik licin je rupa dia tu ye kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tertarik tengok jantung pisang hutan, terus beli.

      Padam
  4. Menarik sungguh ikan lampam goreng garing tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng garing begini kalau makan tak takut tercekik tulang.

      Padam
  5. Masyaa Allah..
    lauk2 yang sungguh menggoda..
    Aduh,ilmu baru ni..jantung pisang dibakar...Boleh cuba ni..menarik

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe