Tiru Macam Saya!

3:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masuk hari kedua umat Islam berpuasa. 
Cuaca panas!
Di LD suhu mencecah 33'C.
Negara kita mengalami cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, dan purata suhu harian di seluruh negara ialah antara 21'C hingga 32'C. 
Barangkali peningkatan suhu itulah yang menyebabkan Firdaus mengalami gatal-gatal badan dari kelmarin disebabkan ruam. Sabarlah anak! Dugaan kecil di bulan puasa.

Kita cerita lain pula. Cerita hari terakhir di Kota Kinabalu pada hari Isnin. Kami hentikan kerja menoreh kerana hendak terbang pulang ke sarang. Nanti boleh sambung torehan. Kali ini kami lambat-lambat turun ke Rosea Cafe. Kononnya hendak santai-santai sarapan dengan Nora, Zaiton dan Mewah. Mewah lewat keluar dari bilik, jadi kami bertiga turun dahulu.

Tempat duduk penuh!
Penuh dengan orang Korea dan ditambah pula dengan orang putih! Nampaknya industri pelancongan negara sudah semakin rancak.

Kali ini Nora dan Zaiton ingin mengambil hidangan pertama seperti Amie. Wah! Rupanya masing-masing memendam selera, berminat tiru macam kita!  Jom buat taman warna-warni dalam piring : Salad, buah-buahan potong dan jeruk zaiton serta gherkin. Tambahkan sos untuk rasa lebih lazat.

Sepiring taman warna-warni.


Masing-masing dengan piring salad dan buah!

Ambil kesempatan makan buah zaitun jeruk, gherkin dan capers.

American Breakfast.

Setakat makan salad dan buah sudah tentulah tidak mengenyangkan. Walaupun hari itu berehat seketika dari kerja-kerja menoreh tetapi perlu banyak tenaga juga untuk bergerak ke lapangan terbang membawa harta karun masing-masing! Wokey... kita ambil piring American Breakfast pula. Sosej, kacang panggang, telur mata dan kentang panggang.

Pagi ini tidak ambil nasi lemak dan kimchi sebab nak bagi peluang orang putih makan nasi lemak. Orang Korea sudah tentulah rasa bangga sebab ada kimchi di celah-celah menu sarapan Melayu.

Ambil bijirin tuang susu segar. Di sebelahnya segelas kecil jus mangga dan jus limau kasturi.


Ambil juga satu sudu besar mi goreng, tambah sambal nasi lemak dan omelette.

Terakhir : Sup sayur kobis napa, bubuh telur hitam dan bawang putih goreng & kacang tumbuk.

Terakhir sekali : Minum secawan susu kacang soya panas!

Kami sepakat mengatakan hidangan salad dan buah-buahan menaikkan seri meja makan!

Sempat jeling-jeling kawasan pastri sebelum tinggalkan Rosea Cafe.

Tengok tart ini teringat pula Hokaido Cheese Tart Durian yang tak sempat dibeli di Suria Sabah Mall!




Dekorasi di Rosea Cafe.




Memang tidak sempat menjejak semua tempat di hotel, dan tidak sempat juga menggunakan segala kemudahan yang disediakan sebab hanya jadikan hotel sebagai tempat bermalam sahaja! Jadi, hari terakhir ini intai-intai sahajalah mana yang dapat.


Sebelum ini berangan-angan dengan Nora untuk mandi di kolam renang. Tapi semuanya wassalam... pinjam perkataan SK! 

Paling-paling duduk sajalah di sini melihat pemandangan laut di waktu petang.

Menyaksikan matahari tenggelam di kaki senja.

Semuanya tinggal kenangan. 
Nora balik ke Tawau.
Mewah pulang ke Sandakan.
Amie terbang ke Lahad Datu.
Jumpa lagi Suan, Ruffina, Vianey dan Izan.


17 comments

  1. Itulah..selalunya macam- macam plan..bila dah sibuk memang plan pun tinggal plan je la..sedap plak tengok pastry tu semua...cheese tart!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah makan pastry terus rasa kenyang. Jadi, biarlah dulu... makan yang ringan-ringan dulu

      Padam
  2. saya pun suka ambil salad sebagai penyeri meja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... cantik! Tambah berselera untuk makan.

      Padam
  3. Nak tiru...
    Tapi tekak ni nak makan macam-macam...
    Lagi2 kalau buffet macam tu...ish..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, perut tak besar mana tapi selera nak terkam semua. Jadi, ambil sikit-sikit sajalah untuk rasa-rasa. Takut teringat-ingat pula.

      Padam
  4. Colourful..salad buah²an & sayuran...suka buah zaitun jeruk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiap kali sarapan, ambil tiga biji buah zaitun saja... ahaks!

      Padam
  5. Kita sama selera bila bersarapan bufet hotel. Kalau di rumah mana mampu nak adakan sebegitu. Kesempatan harus direbut bila ada peluang menoreh macam ni, kan Kak Amie. Kalau tidak, wassalammmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!
      Kalau bukan sekarang bila lagi, bilang orang Sabah.

      Padam
  6. pienya ada cherrynya jadi pengen maem itu mbul kak nyammm

    dan saladnya terlihat segaaar

    aku suka kombinasi dari supnya, ingredientnya baru buat mbul ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulakan hari dengan warna-warni hidangan di meja makan Mbul.

      Padam
  7. indah taman di meja mengait selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namanya taman selera kot Kak PI hihihiii.

      Padam
  8. Jangnlaj jeling-jeling je.... kalau uncle...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak.... kalau Uncle jadi juling ke...kihkihkih!

      Padam
  9. Kalau bufet hotel semuanya nak rasa padahal pewutnya satu je. Selalunya saya ambil sikit tapi semua letak untuk rasa. Tapi salad dengan buahan tu emm memang menarik

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe