Ayam Masak Palekko Idaman Firdaus!

2:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari kelmarin Firdaus pesan supaya masak Ayam Palekko. Katanya, tidak puas makan Ayam Palekko yang Amie beli dan makan di kampung pada hari Ahad lepas. Sebenarnya bukan tidak puas makan tapi tidak puas rasa pedasnya. Kebetulan Ayam Masak Palekko yang Amie beli dengan burasnya sekali, rasanya tidak pedas. Biasanya Ayam Masak Palekko pedasnya tidak terkata. Menurut rakan-rakan keturunan Bugis, Ayam Masak Palekko mesti pedas. Bayangkan, mereka kata masak seekor ayam, cili padi paling kurang kena bubuh setengah kilogram. Jangan lupa tambah lada putih tumbuk! Bayangkan bagaimana tahap kepedasannya?

Jom baca di sini tentang Ayam Masak Palekko yang pernah Amie kongsikan: NASU PALEKKO (AYAM MASAK PALEKKO)

Ayam Masak Palekko

Bahan-bahan untuk resipi Ayam Masak Palekko.

Amie terbaca dalan blog MURNI MOHD YUSOF, antara petua untuk menjadikan Ayam Masak Palekko bertambah lazat ialah tumbuk menggunakan lesung bahan-bahan seperti cili pagi, halia dan kunyit hidup. Dan kemudian perap lebih kurang 15 minit ayam dengan bahan tumbuk tadi.
Biasanya rakan-rakan Bugis gunakan ayam pencen atau ayam kampung, tetapi gunakan ayam daging pun boleh. Amie gunakan dua bahagian peha ayam saiz besar. Potongannya hendaklah saiz kecil.


Rseipi Ayam Masak Palekko
Bahan-bahan:
  • 1 kilogram ayam - potong saiz kecil
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan bancuhan air asam jawa 
  • 1 cawan air
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan pemerap (ditumbuk):
  • 3/4 cawan cili padi kampung
  • 3 cm kunyit
  • 2 cm halia
Bahan perencah (ditumbuk)
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang merah besar
  • 1 sudu besar lada putih
Ayam yang dipotong saiz kecil.

Bancuhan air asam jawa.

Ayam yang diperapkan, biarkan lebih kurang 20 minit.

Cara memasak:
  1. Perap daging ayam dengan bahan pemerap, serai dan air asam jawa selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bahan perencah sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan gaul rata.
  5. Setelah ayam layu dan bertukar warna, tambahkan air.
  6. Tutup kuali dan kecilkan api.
  7. Biarkan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
  8. Buka penutup kuali, taburkan garam / perasa pilihan.
  9. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Biarkan ayam menjadi layu sebelum ditambah air.

Tambahkan secawan air.

Ayam Masak Palekko sudah siap!

Firdaus sangat berpuas hati dengan rasa pedas Ayam Masak Palekko. Amie tambahkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa supaya tidak terlalu pedas. 

Selepas makan nasi, Firdaus bertanya lagi : Masih adakah Ayam Palekko di dapur? Jangan dihabiskan ya. Petang nanti mahu makan lagi!

12 comments

  1. Nampak sedapnyer
    Lebih kurang macam masak ungkep erk

    BalasPadam
  2. first time dengar palekko ni....

    BalasPadam
  3. Hehehe.. Daus suka makan pedas ya. Nanti saya nak cuba masak, Iman tentu suka sebab pedas dan dia pun suka kalau jumpa jenis masakan selain yang biasa.

    BalasPadam
  4. wahh first time tahu resipi ini.. Selalu kedai mana ya yang jual?

    BalasPadam
  5. Mak oi.. setengah kilo cili tu... daus mmg suka mkn pedas ye... cayalah daus... senang je cara masaknya

    BalasPadam
  6. Macam agak senang resepinya. Boleh cuba nanti. Guna cili padi kampung, pedas.

    BalasPadam
  7. Mesti try ni.. nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  8. Kalau ada burasak pulak kan....hihihi

    BalasPadam
  9. kalau perap lebih lama pun tak apa kan kak?

    BalasPadam
  10. macam ayam masak cili padi kan. kena pedas baru lah sedap.

    BalasPadam
  11. Sedapnya...SA nak cuba la masak macam ni..nak kena masak resepi baru sebab Mak Pah tu kurang selera makan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe