Jom Berkenalan dengan Ikan Pangi, Ikan Liking dan Ikan Salai di Tamu Kota Belud

11:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa bosanlah pula menyiapkan kerja menoreh apabila sudah larut malam. Eloklah berehat seketika dan dan tulis entri. Kali ini Amie hendak cerita tentang ikan pula, tetapi bukan ikan segar dari laut. 
Mari kita berkenalan dengan tiga jenis ikan  yang Amie temui di Tamu Kota Belud yang tidak biasa kita lihat atau makan. Ketiga-tiganya ialah:

  • Ikan Pangi
  • Ikan Liking
  • Ikan Salai

Pelbagai jenis ikan kering @ masin yang cantik-cantik!

Ikan Pangi

Mula-mula kita singgah di gerai ikan pangi. Ada di antara rakan-rakan yang belum kenal ikan pangi. Untuk lebih lanjut boleh masuk dapur kerana ceritanya ada di sini:IKAN PANGI & SAYUR LAMPAGAK

Ikan Pangi.

Pangi ialah buah keluak. Mama Cella panggil buah kepayang. Memang benar, pangi ialah buah kepayang. Orang Borneo panggil buah keluak atau buah kepayang ini dengan panggilan pangi. Kalau dalam masakan peranakan atau nyonya dan baba, biasa kita dengar ayam masak keluak. Di Sabah, buah pangi @ keluak @ kepayang digunakan untuk mengawet ikan dan kalau ke Tamu Kota Belud, memang kita akan jumpa ikan pangi! Amie melihat ada pelbagai jenis ikan yang digunakan tetapi kebanyakannya ikan air tawar seperti ikan talapia, ikan karok (puyu) dan lain-lain. Amie beli dua jenis ikan iaitu ikan air tawar, talapia dan ikan air masin iaitu ikan belanak. Di sini, ikan belanak disebut ikan kembura.

Ikan Pangi Kembura (Belanak) dan di sebelahnya Ikan Pangi Talapia.
Di bawah ini Ikan Pangi Kembura (Belanak) yang sudah siap digoreng.



Kemudian dia lihat pula ikan liking. Rugi kalau sudah sampai Tamu Kota Belud tapi tak beli ikan liking!


Ikan liking yang berkualiti dihasilkan dari ikan talang yang segar yang belum terkena ais. Ikan liking ini lebih kurang seperti ikan masin juga. Proses pembuatan ikan liking bermula dengan membersihkan ikan talang, dan diperam atau dijeruk dengan garam. Kemudian dijemur hingga kering di bawah cahaya matahari yang terik. Ada dua jenis ikan liking iaitu ikan liking biasa (garam) dan ikan liking pedas (lada / cili).

Ketika Amie beli ikan liking di Tamu Kota Belud, peniaga ikan tersebut meminta Amie membuat pilihan samada hendak beli ikan liking biasa atau ikan liking pedas.

Nampak tak sebuah bekas berisi lada di sebelah kiri peniaga ikan liking ini? Kalau kita hendak ikan liking pedas, mereka akan sapu lada permukaan ikan liking tadi. Jadi, nampaklah beza ikan liking pedas dengan ikan liking biasa.


Memang mengancam selera betul ikan liking ini. Goreng saja pun sedap. Aromanya memang menggamit keinginan untuk segera menyantapnya! Selain digoreng, boleh dipelbagaikan cara masakannya.

Ikan Liking Goreng.



Yang terakhir ialah ikan salai. Walaupun kami beli ikan salai, tetapi belum berkesempatan untuk mengolahnya. Jadi, tak dapatlah hendak ceritakan macamana rasa ikan salai ini.

Ikan Salai

Untuk lanjut boleh masuk dapur di sini: IKAN SALAI DI PASAR MALAM KOTA BELUD

Ikan Salai

Ikan salai dalam gambar atas dan bawah ini Amie jumpa di Pasar Malam Kota Belud. Pada mulanya teruja ingin tahu kenapa ikan dipanggang tegak-tegak. Rupanya bukan ikan panggang atau ikan bakar. Ikan dicucuk dengan buluh, digaram kunyitkan. Kena pusing-pusingkan ikan untuk masak sekata. Itulah dia ikan salai.


Sekian. Jumpa lagi di bulan April esok.
Kita nak sambung menoreh hingga ke waktu sahur.
Assalamualaikum!

8 comments

  1. Tahan mata Kak Amie menoreh malam2 ye. Kalau di Sarawak, ikan salai ni selain dihidang begitu saja, ada jugak dimasak sup atau campur dalam sup sayur. Ikan salai dengan terung asam / terung iban ialah kegemaran saya 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa boleh buat Carneyz. Amanah yang perlu dipikul.
      Saya beli tahai di Tamu Sipitang. Kata penjual itu tahai ikan salai dari Sarawak. Betulkah?

      Padam
  2. Kiranya ini nama2 ikan yang sudah dijadikan jeruk ya. Ketika ke Tamu di Sandakan, sy ada beli ikan begini, tapi tak tahu namanya. Tak sama rupanya seperti ikan3 yg Kak Amie tunjukkan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketiga-tiga jenis ikan ini hanya ada di Kota Belud saja SK.

      Padam
  3. Oh,buah kepayang pun boleh guna untuk awet ikan yer cikgu.Ingatkan hanya sebagai perisa masakan.
    Ikan Kembura tu kalau kat Kedah dipanggil ikan Kedera.Idea ikan Liking tu baguslah ada versi masin dan pedas.Semoga jadi inspire untuk pengusaha ikan talang di Kedah untuk variasikan pengawetan ikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam nama ikan belanak ye Mama Cella.
      Di Sabah nama kembura.
      Di Kedah nama kedera.
      Cantik namanya.

      Padam
  4. teringinnyaaaa nk rs ikan2 ni. bkn sbb nama tp mmg sbb x penah rs😀

    BalasPadam
  5. Ikan salai tu buat masak lemak mesti sedap.. yang dua lagi tu tak terjumpa di sini... Uniknya menu setiap tempat.. tq kongsi kak Amie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe