Jalan-Jalan di Tamu Sipitang

9:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tahun lepas, buat pertama kalnya kami jejak kaki di Sipitang, dan kenangannya ada di bawah ini:

Tamu atau pasar di Sipitang diadakan pada hari Rabu. Kebetulannya kami jalan-jalan ke Sipitang pada hari tersebut. Jadi, singgahlah kami di Tamu Sipitang. Sebelum jejak kaki ke Tamu Sipitang, kami singgah di gerai tepi jalan dahulu. Terpikat dengan longgokan nanas, jadi kami pun beli. Ada yang dijual selonggok, saiz kecil RM10.00. Yang lain dijual dengan harga RM6.00 sekilogram.

Menyesal pula hanya beli tiga biji. Isi nanas ini tidak berair tetapi manis! Kami bawa pulang jambul nanas ke Lahad Datu untuk ditanam.

Nampak buah langsat acam sedap jew! Sekilogram berharga RM18. Kami beli, tapi rasanya masam!

Duku langsat pun berharga RM18 sekilogram. Beli jugalah untuk rasa-rasa. Beli juga limau madu, tapi rasanya masam...mungkin belum masak!

Sekaang kami berada di Tamu Sipitang. Kami hanya di kawasan tertentu sahaja, dan tidak semua tempat dijejaki. Sama juga seperti pasar lain, ada bahagian jualan daging dan hasil laut.

Inilah Belacan Binsulok yang dihasilkan oleh penduduk Kampung Binsulok. Kampung Binsulok terletak berhampiran Laut China Selatan, lebih kurang 12 kilometer dari Pekan Membakut dan tujuh kilometer dari Pekan Kuala Penyu.

Belacan Binsulok memang berkualiti!

Ikan bilis, udang kering dan ikan masin.

Geram melihat ikan belanak masin!

Isi ikan masin ini sedap betul kalau dibuat acar!


Ikan suliq masin yang bersih dan cantik!


Ikan yang diawet.

Kerepek pisang sira pedas. Sedap!

Ikan Minyak-Minyak dalam bekas bertutup. Hanya tinggal satu bekas. Amie beli dengan harga RM5.00.

Beli juga tahai (ikan tamban salai) dan sambal tahai.

Ame beli beberapa jenis kuih tradisional di sini. Memang tidak rugi membeli kerana rasanya sangat sedap, kerana dihasilkan secara tradisi.


Di tengah-tengah tamu ada sebuah rumah tradisional iaitu rumah masyarakat Murut.

Rumah tradisional masyarakat Murut.

Suasana di tempat jualan hasil kampung.

Tempat jual ubat tradisional.

Ada longgokan tuhau.

Bunga kantan dijual berikat-ikat, tapi tak tahu berapa harganya.


Sayur-sayuran kampung.

Buah yag kelihatan seperti langsat menguning ini dipanggil buah limpahung. Rasanya masam. Di sebelahnya yang kecil berwarna hijau ialah buah limpahung yang masih muda. Ketika Amie bertanya nama buah tersebut, seorang wanita membeli buah limpahung muda. Katanya, cubalah makan buah limpahung ini. Dia makan sebiji dan Amie makan sebiji. Masa, tapi boleh telanlah. Kemudian dia hulurkan tiga tangkai untuk Amie. Eh, terkejut kita dibuatnya! Terima kasih!

Melihat betik mengkal begini, teringat sup ayam dengan betik bubuh daun kemangi!


Sudah sampai Lahad Datu, masih terbayan-bayang nanas yang sedap di Sipitang!

Kenapalah tak beli lebih! Di Lahad Datu bukan tidak ada nanas, tapi susah nak jumpa yang sedap manis seperti di sini.

Nanas oh, nanas!

3 comments

  1. Ikan masin, udang kering dsbnya nampak baru dan segar ye Kak Amie, rugi jika tak beli.
    Alahai, teringat² pulak nenasnya ye :)

    BalasPadam
  2. SA suka kalau Kak Amie bawak jalan- jalan ke sini..belacan Binsulok tu ada dijual di shopee tak agaknya..nak check la..hahaha...tertawan hati SA tengok

    BalasPadam
  3. Saya pun teringin sangat nanas yang betul-betul manis tapi tak jumpa..
    Yang ada pun baby nanas dari Thailand tu..pemanis tiruan katanya..wallahua'lam

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe