Nasi Lemak Sambal Sotong

10:22 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sarapan apa pagi ini? Amie sudah siap masak untuk makan tengah hari. Wah, cepatnya masak! Pukul 1:45 petang nanti Amie akan terbang ke Kota Kinabalu. Kerja waktu cuti sudah memanggil-manggil untuk kita segera datang ke sana.

Untuk Firdaus, Amie sudah siapkan Ayam Masak Kicap. Untuk Encik Suami pula, ada baki Brengkes Ikan Belais kegemarannya, Amie panaskan semula.

Dan paparan untuk pagi ini sebenarnya menu sarapan sewaktu kami di Penampang. Amie masak Nasi Lemak Sambal Sotong. Tidaklah sempurna hidangannya, sekadar apa yang ada sahaja. Sotong kering yang kami beli di Kimanis itulah yang Amie gunakan untuk dijadikan sambal lauk nasi lemak. Kebetulan pula, tidak dirancang awal untuk mengolahnya. Jadi, tidaklah sempat beli air abu @ air sotong untuk merendam sotong kering tersebut. Amie hanya rendam satu malam, dan keesokan paginya Amie rebus sotong untuk melembutkannya. Sambalnya pula, sebelum tidur Amie sudah siapkan. Bangun pagi, masukan sotong ke dalam sambal, dan panaskan sambal sebelum dihidangkan.

Nasi Lemak Sambal Sotong

Teh O

Nasi Lemak

Sambal Sotong : Sotong Kering dari Kimanis

Telur Omega Rebus : Telur dari Bataras Bundusan

Timun Jepun : Timun dari Bataras Bundusan

Ikan Bilis Goreng : Ikan bilis dari Bataras Bundusan

Kelupis dari Satay Brunei House Beaufort

Kelupis ini kami beli di Beaufort pada hari kami naik keretapi dari Tanjung Aru ke Beaufort. Beli juga sate kambing, kerbau, ayam dan berubut untuk Fairuz dan Haziq. Tidak habis makan, Amie simpan dalam peti sejuk. Amie panaskan semula kelupis ini. Ketika nasi mula mengering di dalam periuk, Amie letakkan kelupis di atasnya.

Nanas dari Sipitang.

Sarapan Nasi Lemak Sambal Sotong di Gardens Condominum, Penampang.

Tidak lupa, hantar Nasi Lemak Sambal Sotong untuk Abang Aznan. 


Semua anak buah dan kakak ipar sudah pulang ke Lahad Datu. Sekarang hanya Abang Aznan sekeluarga sahaja. Abang Aznan beritahu, anak-anaknya makan nasi lemak dengan sambal sotong hingga habis. Oleh kerana mereka kata sambal sotong air tangan Amie itu sedap, jadi Amie kongsikanlah resipinya di sini. Amie tidak masukkan halia sebab kadang-kadang rasa halia mengganggu keenakan rasa sambal... ahaks! 

Resipi Sambal Sotong Kering
Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong kering saiz sederhana - rendam dengan air abu @ air sotong semalaman supaya kembang dan lembut (Amie rendam semalaman dan kemudian rebus supaya lembut - sebab tidak ada air sotong). Toskan dan potong ikut saiz yang digemari.
  • 1/2 cawan minyak
  • gula melaka / garam / perasa pilihan secukupnya
  • 2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu.  Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan bancuhan pati asam jawa dan gula melaka secukupnya.
  3. Biarkan masak sehingga terbit minyak sekali lagi. Ketika ini bolehlah masukkan sotong - jika sudah sediakan sotong.
  4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.

    Cara Amie: Setelah sambal mesra beberapa jam kemudian, masukkan sotong kering dan panaskan semula dengan api perlahan.

10 comments

  1. Walau di mana tercampak, lengkap aksesori nasi lemak Kak Amie.

    BalasPadam
  2. aduh geramnya tengok sambal sotong tu, dah lama rasanya dana tak masak sambal sotong gini kak

    BalasPadam
  3. Sedapnya complete set nasi lemak Kak Amie tu...sotong kering tu nak rendam berapa lama agaknya untuk dia jadi lembut..pernah buat sambal..still keras kematu walau dah rendam semalaman

    BalasPadam
  4. hidangan amie tersangatlah sedapnya

    BalasPadam
  5. Antara yang saya tak pandai masak ialah sambal sotong kering🤭
    Ish..menggoda la..

    BalasPadam
  6. gerammmm je tengok ikan bilis goreng tu. bagai terasa2 kelemakannya di tekak🤭

    BalasPadam
  7. wahh sedapnya nasi lemak sotong. favourite syu ni..

    BalasPadam
  8. sambal sotong dengan nanas tu geram betul... nampak kilat nanas tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe