Ikan Liking Goreng Yang Sangat Sedap!
9:15 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Asyik cerita tentang nasi arab saja, marilah kita ubah selera cerita ikan kering atau ikan masin pula. Teringin sangat nak makan ikan liking. Balik kerja, terus masuk dapur. Angkat periuk, sukat beras dan masak nasi. Nasi sudah tanak dan wap yang keluar disertai dengan aroma daun pandan. Perut semakin berkeroncong!
Sudah terbayang-bayang sepinggan nasi panas berlauk ikan liking goreng. Lauk itu sahaja. Tidak ada lauk lain!
Ketika ikan liking digoreng, semerbak aromanya menambah rasa lapar. Tambahkan hirisan bawang besar dan cili merah, campakkan beberapa tangkai cili padi. Angkat dan toskan. Ada beberapa biji limau kasturi yang hampir layu. Perahkan jusnya, dan terus hidang. Oh, terpandang beberapa labu bawang putih jeruk pula. Bubuh sajalah dalam pinggan ikan liking goreng.
Ikan Liking Goreng |
Ikan Liking dari Pasar Besar Kota Belud |
Ikan Liking Goreng |
Kalau inginkan rasa lebih pedas, picit saja cili padi.
Tak ingat berapa kali menambah nasi dalam pinggan!
Oh, ikan liking!
Kenapalah engkau sedap sangat?
Kenapalah engkau sedap sangat?
19 comments
Teringin nak mencuba makan. Pertama kali tau nama ikan Liking.
BalasPadamSaya biasa dengar tapi pertama kali beli waktu jalan-jalan ke Kota Belud. Macam ikan masin jeruk.Memang berbaloi walaupun agak mahal. Sedap!
PadamIkan liking? Mesti lazat ni....
BalasPadamBiasanya kalau sedap memang saya akan kata sedap heheheheee.
PadamKak amie....tekak orang sakit tengok nampak sedap la...nak cari kat Shopee la kalau ada...
BalasPadamAda di Shope tu SA. Cuba beli, nanti bukan SA saja yang suka rasanya, bau aromanya pun sudah jatuh cinta.
Padamhaaaa... sy takut... takut periuk nasi bocor!
BalasPadamTakpe SK. Marilah kita sama-sama kasi periuk nasi tu bocor!
PadamConfirm makan bertambah -tambah kalau gini gayanya :D
BalasPadamBetul PH. Penangan ikan liking memang bahaya.
Padammacam tak pernah saya makan ni...
BalasPadamCuba sekali ciksun. Nanti akan makan berkali-kali hihihiii.
Padamwah..berapa kali tambah tu? menu simple tapi sedap
BalasPadamTambah sikit... tambah sikit... tambah sikit lagi hihihiii.
Padamikan liking 1st time dgr..menarik tu
BalasPadamentry saya harini psl ikan liking...1st time dpt merasa
PadamIkan jeriuk ya? Macam pekasam.
BalasPadamTiba-tiba teringin juga.
Ingatkan bumbung ja licking🤭
BalasPadamTapi ikan tu nampak sedap la dengan cili padi tu
Masakan ringkas beginilah bertambah selera makan. Menambah nasi tak cukup sepinggan. hehe...Cantik pulak tengok bawang putih jeruk tu.
BalasPadam