Bekal Makan Tengah Hari & Jajan Waktu Menoreh

4:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita hari pertama berpuasa di bulan Ramadan? Sudah masak untuk juadah berbuka puasa petang ini? Encik Suami minta Amie masak nasi sahaja. Firdaus pula hendak berbuka puasa dengan murtabak. Jadi, dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti, Encik Suami singgah di gerai murtabak. Pesan Firdaus  lagi, hendak minum jus oren campur lobak. Dan jangan lupa sediakan kurma untuknya. Katanya lagi, cikgu pesan makan kurma di bulan puasa.

Sebelum ke dapur, tulis entri dahulu. Cerita minggu lepas, sewaktu menoreh di Kota Kinabalu. Sebelah paginya kami sarapan di hotel, dan untuk makan tengahari kami makan nasi bungkus.

Hari pertama: Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Minum petang: Puding jagung + kuih talam gula merah + apa entah nama kuih satu lagi!

Hari kedua: Nasi Putih + Sayur Campur + Telur Dadar + Ikan Tuna Masak Kicap

Minum petang : Bingka Ubi Kayu Cheese + Nona Manis + entah apa nama kuih satu lagi.

Hari ketiga : Nasi Putih + Ayam Masak Kari + Sayur Kacang Panjang & Lobak Merah

Minum petang : Donut + Talam Pandan + Kuih Lenggang

Hari keempat : Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah + Acar Timun & Nanas.
Telur rebus itu kita bawa dari hotel (ambil sebiji tapi tak sempat makana di sana).


Hari pertama menoreh, sudah banyak jajan yang dibawa oleh kawan-kawan. Hari kedua, bertambah lagi. Sambil menyiapkan kerja menoreh, sambil mulut mengunyah. Macam-macamlah yang masuk mulut termasuk kek pisang, kerepek pisang, gula-gula, kekacang dan sebagainya.

Waktu rehat kami tidak ditentukan sebab masing-masing perlu siapkan kerja yang diberi. Pukul 1200 tengah hari, nasi bungkus sampai. Siapa hendak makan boleh makan, dan selepas makan bolehlah solat zohor. Kemudian sambung kerja hingga ke pukul 1630 petang.

Dodol dari Terengganu.

Keropok Belinjau Sira Gula Merah dari Tawau.

Gula Asam Jawa

Dodol Durian






Menoreh sehari suntuk memang sungguh mencabar! Boleh tertidur kita dibuatnya. Minuman yang disediakan pula sangat manis! Jadi, waktu makan tengah hari dan minum petang memang kami gantikan sahaja dengan air kosong. Terima kasih buat rakan-rakan yang berkongsi jajan dan minuman!

9 comments

  1. Duh duh duh.. banyak sungguh makanan dan jajannya. Jangan tidak siap pulak kerja menoreh kerana asyik mengunyah, hahahahah.

    BalasPadam
  2. Gua2 asam jawa tu lejen!

    Selamat berpuasa ye!

    BalasPadam
  3. Banyak sekali jenis jajannya...

    BalasPadam
  4. banyak betul ni kak habis ke semua ni?😀

    BalasPadam
  5. Wah banyak jajanan..
    Dodol Trengganu tu tidaklah lemak kan Cikgu?
    Hanya manis..Tapi saya suka keharuman daun palas salai tu.harum sangat kan

    BalasPadam
  6. Dari lauk tengahari hingga ke minum petang semua sedap2 belaka.

    BalasPadam
  7. nampak banyak jajan2 yang terbang dari semenanjung ye kak...

    BalasPadam
  8. SA suka bekal kekacang tu...sedapnyaaa....boleh buat untuk raya nanti ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe