Train to Beaufort

11:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Banyak kali jugalah Encik Suami nyatakan keinginannya untuk naik Kereta Api Negeri Sabah walaupun hanya untuk seketika. Perkhidmatan keretapi di Negeri Sabah bermula sejak zaman British North Borneo Chartered Company (BNBCC) Ia bermula dengan kereta api berkuasa wap pada zaman kolonial dan kini dijana Diesel Multiple Unit (DMU).

Selain menghubungkan bahagian timur dan barat di sebelah Utara Borneo, pembinaannya adalah bagi membantu membangunkan industri getah dan tembakau yang di tanam di daerah pendalaman seperti Melalap, Tenom dan Beaufort.

Perkhidmatan keretapi yang digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman ini ke pelabuhan di Kota Kinabalu (Jesselton) untuk dieksport ke luar negara. Perkhidmatan ini juga digunakan untuk mengangkut barangan luar bagi penduduk-penduduk di daerah pedalaman. Selain daripada itu, perkhidmatan keretapi juga adalah untuk mengangkut penumpang-penumpang yang tinggal di sepanjang landasan keretapi dan barangan mereka seperti beras, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijual di Pekan Tenom dan Beaufort.


Sehari sebelum kami menaiki keretapi dari Tanjung Aru, kami datang sendiri ke Stesen Keretapi Tanjung Aru untuk mendapatkan info lanjut.

Landasan Keretapi Negeri Sabah
Sumber : Google

Kami bercadang untuk balik hari. Naik keretapi ke Beaufort pada waktu pagi, dan patah balik ke Tanjung Aru.

Keesokan paginya kami datang awal ke stesen keretapi dan merupakan orang pertama membeli tiket di kaunter.Harga tiket pergi balik ke Beaufort untuk dewasa hanya RM9.60 sen. Harga untuk kanak-kanak seperti Firdaus pula hanya RM4.80 sen.

Keretapi akan sampai dari Sembulan pada pukul 7:45 pagi. Jadi, kami ada masa untuk bersarapan. Kami menuju ke bangunan warna-warni  berhadapan dengan stesen keretapi.

Takut terleka bersarapan di sini, kami minta bungkus sahaja dan akan makan dalam keretapi.

Firdaus beli air mineral di stesen keretapi.

Lebih kurang pukul 0800 pagi, keretapi sampai dari stesen Sembulan. Bukan main seronok Firdaus dapat naik keretapi. Sayangnya kami tidak bawa baju sejuk. Keretapi ini pasang pendingin hawa. Jadi memang Firdaus dan Encik Suami sangat kesejukan sepanjang jalan pergi dan balik!

Sebelum makanan menjadi sejuk, eloklah makan saja.Encik Suami pilih kuetiaw goreng dengan telur mata.

Amie pilih nasi goreng dengan telur mata.

Firdaus pula pilih kuetiaw goreng dengan telur mata dan sayap ayam goreng.


Keretapi perlahan--lahan meninggalkan stesen dengan kelajuan di antara 50-70 kilometer sejam.



Antara pemandangan yang dapat dinikmati sepanjang perjalanan.

Di Stesen Keratapi Papar, kedatangan tetamu atau penumpang yang turun dari keretapi disambut dengan paluan muzik tradisional. Sebenarnya penumpang dalam keretapi banyak terdiri daripada para pelancong.

Ladang Nanas.

Pemandangan di tepi laut.


Bangunan lama.



Senyum gembira anak dan bapa yang teruja naik keretapi.

Sekarang kami telah tiba di Beaufort dari Stesen Keretapi Tanjung Aru setelah melalui stesen:
  • Putatan
  • Kinarut
  • Kawang
  • Papar
  • Kimanis
  • Membakut
Selamat Datang ke Stesen Keretapi Beaufort.


Setelah menempuh selama dua jam perjalanan, kami hanya mempunyai masa selama lebih kurang satu jam berada di Beaufort. Keretapi akan bergerak semula ke Sembulan pada pukul 1101 pagi.

Banyak bangunan lama di Beaufort.

Kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar dan sempat makan di Brunei Satay House.

15 minit sebelum keretapi bergerak, kami sudah naik semula ke gerabak.

Seronoknya Firdaus!

Mari kita pulang ke Tanjung Aru.



Selamat tinggal Beaufort!


Kenderaan lain beratur di luar landasan memberi  laluan keretap.

Bangunan lama di Membakut.


Apabila perut sudah kenyang, sejuk pula dan keretapi berayun-ayun, jadi Firdaus pun tertidur! Eh, Amie dengan Encik Suami pun tertidur sama! Nyaman bah!

8 comments

  1. Seronok naik keretapi.
    Jalan-jalan pula sekitar Beaufort.

    BalasPadam
  2. Belum lagi kesampaian mau pigi test naik haha

    BalasPadam
  3. Heheheh.. terhibur tengok Daus landing.

    Lama sy tak naik keretapi.

    BalasPadam
  4. lama tak nampak Daus, makin selim lak dia kak... pipi dah tak comel

    BalasPadam
  5. ooo.. keretapi tu jenis moden, ingatkan kereta jenis lama yang guna gerabak kayu tu.. ke itu pun ada sebab ada baca pasal keretapi kat Sabah.

    BalasPadam
  6. Wah..bestnya..Mak
    ngah pun nak ikut Daus naik keretapi lah...
    tapi tak mau la Train to Busan..takutt

    BalasPadam
  7. masa g KK konon2 nya nak naik keretapi ni. tp smpi ke sudah x naik jg😁 nmpk nya kena g KK lg laa nmpk nya

    BalasPadam
  8. bestnye naik keretapi. Nanti nak kena naik juga la. dulu pernah naik sekali je, tp macam tak ada aircond.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe