BBQ Steamboat Kampung Nelayan

6:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari keempat kami menoreh di Kota Kinabalu, keletihan mula terasa kerana sepanjang hari memerah tenaga dan otak untuk menyiapkan kerja. Sebelah malamnya pula, sambung kerja di hotel. Jadinya, kami ambil keputusan untuk ringankan beban di kepala buat seketika. Hari Sabtu malam Ahad, kami sepakat untuk makan malam di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant yang terletak di Taman Tun Fuad, Bukit Padang Kota Kinabalu.

Restaurant ini dibuka pada pukul 1800 petang sehingga pukul 2200 malam. Kami tempat tempat terlebih dahulu  kerana setiap malam restoran ini penuh pelanggan.

Kami tiba tempat pukul 1930 malam. Memang tempat letak kereta penuh dan hanya yang buat tempahan meja sahaja yang dapat masuk ke restoran. Ketika kami masuk, persembahan kebudayaan sedang berlangsung di pentas. Sepanjang kami menikmati hidangan sehingga selesai makan, kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian etnik negeri Sabah.

Kami memilih BBQ Steamboat dan menempah dua buah meja. Bayaran yang dikenakan hanya RM40.00 per kepala. Meja lelaki kecil sahaja sebab hanya empat orang, tetapi meja kami, perempuan lebih besar kerana kami ramai:
  • Amie
  • Mewah
  • Ton
  • Ruffina
  • Suan
  • Nora
  • Vianey
  • Izan
Secara keseluruhannya, memang rasa sangat berbaloi dengan harga yang murah, ditambah pula ada persembahan kebudayaan yang sangat menarik, dari tarian suku kaum Kadazan - Dusun - Murut - Bajau dan lain-lain.

Sekarang semuanya hanya tinggal gambar dan kenangan.

Meja kami, kaum perempuan.

Makanan pilihan masing-masing.








Sessi bbq & steamboat.

Jeling meja sebelah.


Jom jalan-jalan tengok pilihan menu.



Kalau hendak puas makan seafood, eloklah tinggalkan makanan berat dan cepat kenyang seperti nasi dan mi goreng.


Tapi kuetiaw goreng ini sedap sungguh!


Ini lagilah... kita suka!




















Ada berpuluh-puluh meja dipenuhi pelanggan. Dan sudah tentunya semua terpesona menyaksikan persembahan kebudayaan di atas pentas dengan iringan muzik latar para pemuzik di atas pentas.

Denda lebihan makanan yang ditinggalkan ialah sebanyak RM30.00 untuk 100 gram. Jadi kenalah habiskan semua makanan yang sudah diambil


Sebelum meninggalkan Restoran Kampung Nelayan, sempat meninjau akuarium. Ada ikan talapia dan ketam di bawah ini.


Pukul 2130 kami tinggalkan restoran. Walaupun esok hari Ahad, tetapi kerja-kerja menoreh perlu diteruskan seperti biasa dari pukul 0800 pagi hingga ke 1630 petang. Sekian, cerita kerja-kerja menoreh dari pagi hingga petang.

10 comments

  1. Ramainya menu makanan
    Berbaloy2 noreh macam ni

    BalasPadam
  2. Hehe...kak Amie menoreh. Wak Lat pulak potong rumput.

    Mahal harga denda tak abis makan tu, barulah tak ada pembaziran kan..

    BalasPadam
  3. RM40 seorang tu berbaloi2 sangatlah!

    BalasPadam
  4. Waduh rm40 tapi makanan dia emmm memang kenyang sungguh. Tenguk seafood fresh aduhaiiii ngences ni amie

    BalasPadam
  5. bagus juga ada denda risau dapat yg jenis tamak memang membazir kita yang tengok ni sakit mata sayang makanan tak habis

    BalasPadam
  6. Berbaloi sangat la, kak Amie. Betul3, kalau tak ada gambar, tak ada kenangan dapat dirakam dan diulang pandang.

    BalasPadam
  7. Seronoknya menoreh kak amie...terus SA teringin...

    BalasPadam
  8. penuh dgn makanan.. memang sendat perut nk habiskan ni

    BalasPadam
  9. ya ampun, kenapa ku tengok masa bulan puasa kak oi. sangat menggoda

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe