Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan

4:38 PTG

Alhamdulillah.
Kali kedua menjejakkan kaki ke Puncak Penanjakan, Allah berikan kesempatan untuk melihat matahari terbit dan keseluruhan gugusan gunung-ganangnya yang tidak dapat kami saksikan pada 2016. Ketika itu hujan turun, kabus melitupi alam, dan kami redha tiada rezeki untuk menyaksikan  mataharin terbit.
Sudah tentulah rasa seronok sangat ikut trip Surabaya pada kali ini.
Pertamanya, tertunai hasrat untuk melihat matahari terbit.
Keduanya, untuk mencari tempe goreng yang tak puas dimakan 3 tahun lalu huhuhuuuu!
Memburu tempe goreng rupanya!

Amie perlu siapkan entri Surabaya ini secepat mungkin memandangkan beberapa hari lagi Amie perlu menghadiri mesyuarat. Walaupun cuti sekolah, hakikatnya Amie tidak dapat cuti sepenuhnya. Ada titah perintah dan urusan Seri Paduka Baginda yang perlu dijunjung. sehingga 31 Disember 2019. Apa pun, syukurlah dapat juga menyelit merayap seketika untuk kurangkan tekanan dan rasa cemburu melihat kawan-kawan yang lain bercuti hingga ke hujung tahun...hiks!


Kalau Amie tak tulis sekarang, kebarangkalian 'kelupaan' akan berlaku. Maklumlah banyak benda hendak difikir dan dilaksanakan. Dan mungkin akan timbul rasa malas, lalu tak tertulislah kisah perjalanan kali ini. Dengan adanya gambar dari kamera sendiri dan juga dari group wahatsaap, bolehlah ingat lagi jalan ceritanya. 

Di sini Amie abadikan sebanyak-banyaknya gambar pemandangan sekitar  pergunungan Bromo dari Puncak Penanjakan. Nak datang lagi sudah tentu agak mustahil. Ditambah pula dengan tuntutan kekuatan fizikal dan mental. Bangun seawal 1 pagi, bersiap untuk ke sini.



Kami menaiki jeep selama 2 jam dari hotel. kalau tak biasa dengan suasana jalannya yang begitu mencabar, memang boleh mabuk dibuatnya. Rasanya, dalam jeep kami ada yang muntah. Jalan yang dilalui berliku-liku, dan kalau dilihat pada waktu siang sudah tentulah perut akan kecut melihat gaung dan jurang dalam di kiri kanan jalan!

Sebelum keluar dari bilik hotel, kami siap-siap mengambil wudhu' dan sebaik tiba, waktu Subuh pun masuk. Kami solat di musolla dan kemudian Farid membawa kami ke warung paling hampir dengan pintu gerbang.
Kami disarankan untuk mengisi perut dengan minuman panas seperti halia atau kopi. Alas perut yang ada di situ termasuklah tempe goreng, tauhu goreng dan pisang goreng.



Siapa berani makan tauhu goreng dan tempe goreng dengan cili padi pepagi buta?

Memikirkan perut agak kosong dari semalam, Amie makan dua keping tempe goreng. Cukuplah untuk alas perut di pagi yang dingin ini. Minuman pula, memang Amie tak pandang langsung! Apalagi minum halia panas! Ingat perut tu...hihihihiiii! Memang akan berulang lagi sejarah di Sidoarjo!



Suhu pada pagi itu sebenarnya tidaklah sesejuk yang disangkakan. Menurut Farid, Surabaya sedang mengalami kemarau panjang. Sudah 7 bulan tidak turun hujan! 




Susah juga nak tangkap gambar.
Orang ramai berdiri di palang besi, dan tak mahu berganjak. Masing-masing ingin menikmati suasana sekitar dan merakan pemandangan sepuas-puasnya.





 














 Inilah antara gambar kenangan yang sempat dirakam.














Mata tak pernah terlepas dari menacri tempe goreng 3 tahun lalu!
Namun tidak nampak kelibat wanita yang sedang menggoreng tempe di tepi tangga.







Rupanya suasana sudah berubah sedikit. Di bahagian atas tiada lagi penjual tempe goreng dan juga kagung bakar.







Tempe goreng yang dicari dan disimpan dalam ingatan selama 3 tahun itu memang tidak ada!


Sehinggalah ke hujung warung, dan kami kembali mencari jeep yang kami naiki. Hurrmmm... ada beratus jeep bersusun di kiri kanan jalan! Mana satu jeep kami ....hiks!

Untuk tidak menghampakan diri, Amie beli juga 4 keping tempe goreng.
Amie minta yang masih panas.
Penjual tempe goreng mengambil tempe goreng yang sudah sejuk, dan kemudian dimasukkan ke dalam minyak panas beberapa saat, dan kemudian dikeluarkan dari kuali.
Walaaaa...... kalau begitu tempe goreng itu makan minyaklah!
Ingatkan goreng tempe yang baru!
Amie pun bayar sajalah.
Mana tau sedapkan?
Bayangkan makan tempe goreng yang digoreng semula!


 
 Inilah gambar tempe goreng yang sangat sedap itu!

 
Kenangan makan tempe goreng paling sedap di dunia ada di sini : PENANJAKAN - BROMO - MALANG.
Bersyukur : Dapat melihat pemandangan sekitar Bromo.
Bersyukur : Tak dapat tempe goreng yang diidamkan. Mungkin kena datang lagi kali ketiga...kihkihkihhhh!
Kata Farid: Semua tempe goreng enak bu. Pokoknya yang masih panas. Sejuk-sejuk begini semuanya enak saja dimakan.

Entri berkaitan Trip Surabaya:




4 comments

  1. wah rindu tempe rupanya....buat kecur je. ni sedap ni cecah sambal kicap. nak cari tempe nak cari tempe

    BalasPadam
  2. Rajin betul amie bercerita. Bagus memori travel letak dekat blog tapi tu lah kadang nak menulis tu ambil masa. huhuhu semuga saya rajin rajin selalu. ahaks

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, blh x saya nak minta pakej Amie pergi ke Surabaya-Bromo ni?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe