Istana Oleh-Oleh (Kota Batu) Brawijaya
1:17 PTG
Keluar dari ladang epal, kami dibawa ke Brawijaya Istana Oleh-Oleh di Kota Batu pula. Di sini, kami boleh bawa buah epal masing-masing untuk dibungkus dalam kotak. Jadi kenalah beli oleh-oleh di sini untuk mendapatkan kotak dengan bayaran sebanyak 10,000 rupiah. Pekerja di sini akan menyusun buah epal bersama oleh-oleh yang dibeli ke dalam kotak.
Wah! Ada strudel asli apel Malang! Belum nampak apa-apa, sudah tercium baunya! Hahaaaa... imaginasi saja tu. Sebenarnya tak ada apa-apa aroma pun. Entah di mana nak dapat strudel epal tu!
Kita masuk saja dulu ke dalam kedai oleh oleh ini dan cari apa yang patut!
Macam-macam ada di sini tapi mata dan tangan lebih lekat pada kerepek epal dan kerepek nangka sahaja..hiks!
Kalau boleh nak borong macam-macam kerepek, tapi apakan daya...berat bagasi hanya 20kg saja!
Macam-macam tu, maknanya banyak sangatlah. Tak terkira jenisnya..hiks!
Rembat jugalah 6 kotak jahe merah instant dan juga teh epal. Sampai KLIA, terpaksa 'bogelkan' semua kotak, ambil isinya untuk jimatkan susunan ruang bagasi.
Patutlah semasa pekerja di ladang epal timbang buah epal, dia tanya nama dan kemudian tulis atas plastik berisi buah epal. Rupanya bila sampai ke sini, epal tadi dibawa turun dan kami letakkan di luar kedai. Setelah membeli -belah dan bayar harga barangan, kami keluar dan beli kotak di sini. Pekerja di kaunter ini tolong susunkan epal kami bersama barang-barang yang kami beli di dalam kedai.
Senanglah makcik jinjing kotak tu!
Posing dulu di sini setelah shopping kerepek.
Pemandangan di belakang bas.
Inilah antara timbunan kotak berisi pelbagai makanan kering dari Brawijaya Istana Oleh-Oleh Kota Batu
Entri berkaitan Trip Surabaya:
1 comments
amboi seronok nya menyoping kak.... rambang mata nengok segala kerepek dan produk sana ya...
BalasPadam