Museum Angkut Batu Malang
9:09 PTG
Lawatan kami diteruskan sehingga ke Museum Angkut yang terletak di Kota Batu, Malang.
Amie kena bayar 30,000 Rupiah sebab bawa masuk kamera. Tiket masuk ditanggung oleh NTC.
Harap-harap berbaloilah dengan bayaran untuk kamera kecil Amie itu nanti. Mungkin ada sesuatu untuk dijadikan kenang-kenangan.
Lebih 300 koleksi pelbagai jenis pengangkutan dari zaman dahulu hingga zaman moden terpamer di sini. Ini termasuklah pengangkutan menggunakan haiwan seperti lembu, pengangkutan laut, darat dan udara.
Kami melewati Pasar Apung. Kononnya selepas keluar dari Museum Angkut kami akan naik sampan pula di sini. Sayangnya, kami terlalu banyak habiskan masa di racing corner, jadi tak dapatlah nak beraksi atas sampan pula.
Di Pasar Apung ini terdapat pelbagai jenis jualan makanan, cendera kenangan, tempat berurut, dan entah apa lagi...hiks!
Helikopter, antara alat pengangkutan yang terdapat di sini.
Kami naik ke tingkat atas untuk melihat pelbagai lagi jenis pengangkutan.
Akhirnya tersangkut lama di sini...hiks!
Panjang dan jauh lagi perjalanan ke pintu keluar rupanya!
Ini antara suasana yang kami temui sepanjang jalan menuju ke pintu keluar muzium.
Panjang juga kembara kami!
Akhirnya kami sampai ke benua Eropah...ahaks!
Ini sahajalah ceritanya.
Kami sampai ke bas tepat pada pukul 7:30 malam, masa yang telah ditentukan untuk keluar dari muzium!
Sebenarnya tempat ini sangat menarik, tapi perlukan banyak masa untuk melihat semuanya.
Entri berkaitan Trip Surabaya:
0 comments