Shopping Lagi di Jembatan Merah Plaza Surabaya
11:45 PGPerut sentiasa kenyang.
Hotel besar dan selesa.
Tempat shopping pun bukan sekali singgah, tapi banyak ...ahaks!
Tour leader pula cool manjang. Sporting habis.
Tour guide dan krew yang lain memang boleh dapat bintang-bintang!
Terima kasih Cikgu Nahar.
Terima kasih Farid dan Linda.
Terima kasih Pak Herman yang sentiasa memandu dengan berhemah.
Terima kasih Pak Inyong yang setiasa bersama kami sepanjang perjalanan, menaikkan dan menurunkan beg-beg kami yang sudah beranak pinak!
Dan, terima kasih Dayah kerana mencadangkan untuk ikut NTC Trip Surabaya walaupun ini merupakan kali kedua Amie ke sini selepas kali pertama pada Disember 2016.
Jembatan Merah ini banyak ceritanya, tapi disebabkan kepala asyik memikirkan kain yang cantik-cantik di plaza, jadi sayup-sayup sajalah kedengaran suara Farid menerangkan tentang sejarah Jembatan Merah.
Jembatan Merah ini banyak ceritanya, tapi disebabkan kepala asyik memikirkan kain yang cantik-cantik di plaza, jadi sayup-sayup sajalah kedengaran suara Farid menerangkan tentang sejarah Jembatan Merah.
Dengan prinsip : Lebih baik menyesal beli, daripada menyesal tak beli, maka kami pun memborong lagi di sini, di Jembatan Merah Plaza. Kedai yang dituju bukan kedai pinggan mangkuk atau kedai makan, melainkan kedai kain....hiks!
Jangan risau dengan wang ya ibu, sebab semalam sudah menukar lagi RM ke IDR...ngeeee!
Jamu mata di sini ye.
Yang lain tak tahu di mana, mungkin ke kedai kesukaan masing-masing.
Kami di sini saja, hanya berganjak ke dua tiga buah kedai kain.
Kredit NTC
Kami yang memborong macam tak ingat dunia, Farid dengan Encik Razak pula yang senyum ketawa ye. Heheeee... inilah saat akhir kami berada di dalam bas menuju ke Juanda Airport. Selama 4 hari tiga malam bersama, andai ada terkasar bicara dan terlanjur kata, maaf jua yang kami pinta.
Terima kasih Pak Inyong yang menggunakan seluruh tenaganya untuk mengurus beg-beg kami yang berjumlah hampir 400 kg kesemuanya!
Jumpa lagi Pak Herman.
Mohon maaf Pak Herman, kerana selama berada di sini terpanggil dengan nama Pak Rosli.
Masa untuk daftar masuk telah pun tiba.
Orang kuat trip Surabaya.
Saya tukang pegang passport, kenapa tak ambil gambar saya?
Haaaahaaa.... ni sudah saya ambilkan gambarnya ye En. Razak. Saya simpan di sini.
Nanti senang-senang bolehlah selalu datang ke sini untuk tengok gambarnya...ahaks.
Selepas solat jamak kami terburu-buru untuk naik kapal terbang. Kononnya nak makan sup di sini, tapi tak sempat. Lain kali ye.
5 kotak kek lapis legit yang Amie beli ini merupakan jualan terakhir pada waktu itu. Kawan nak beli pun tak dapat dah. Cantikkan. Sesuai sangat untuk dijadikan buah tangan.
Lepas makan ingatkan nak tidur, tapi sembang-sembang dengan rakan sebelah sampai kapal terbang mendarat.
Kredit: NTC
Selamat kembali ke tanahair. Selamat pulang ke kampung laman. Hati-hati di jalan raya.
Jom basahkan tekak dengan jus tembikai.
Dan makan mee kari.
Lepas tu kita sewa locker untuk simpan barang, sebab nak sambung travel.
Hahaaaa... beginilah ceritanya kalau kaki jalan!
Asyik nak merayap selagi ada kesempatan hihihiiiiiii!
Entri berkaitan Trip Surabaya:
4 comments
Bestnya.. Insyallah... pasti ada rezeki saya utk kesana satu hari nantikan...
BalasPadamBestnya.. berapa hari akak kat Indonesia. Teringin nak gi Surabaya jugak. Sepupu ada kat sana. Hihihi
BalasPadamRizziela,
BalasPadamin shaa Allah... akan sampai juga ke sini satu hari nanti.
Lady Shana,
4 hari 3 malam, puas jalan, meronda sampai malam.
eh .eh...udah sampei Surabaya puak ye kak...td komen kat entry kelantan
BalasPadam