Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan
4:38 PTG
Alhamdulillah.
Kali kedua menjejakkan kaki ke Puncak Penanjakan, Allah berikan kesempatan untuk melihat matahari terbit dan keseluruhan gugusan gunung-ganangnya yang tidak dapat kami saksikan pada 2016. Ketika itu hujan turun, kabus melitupi alam, dan kami redha tiada rezeki untuk menyaksikan mataharin terbit.
Sudah tentulah rasa seronok sangat ikut trip Surabaya pada kali ini.
Pertamanya, tertunai hasrat untuk melihat matahari terbit.
Keduanya, untuk mencari tempe goreng yang tak puas dimakan 3 tahun lalu huhuhuuuu!
Memburu tempe goreng rupanya!
Amie perlu siapkan entri Surabaya ini secepat mungkin memandangkan beberapa hari lagi Amie perlu menghadiri mesyuarat. Walaupun cuti sekolah, hakikatnya Amie tidak dapat cuti sepenuhnya. Ada titah perintah dan urusan Seri Paduka Baginda yang perlu dijunjung. sehingga 31 Disember 2019. Apa pun, syukurlah dapat juga menyelit merayap seketika untuk kurangkan tekanan dan rasa cemburu melihat kawan-kawan yang lain bercuti hingga ke hujung tahun...hiks!
Kalau Amie tak tulis sekarang, kebarangkalian 'kelupaan' akan berlaku. Maklumlah banyak benda hendak difikir dan dilaksanakan. Dan mungkin akan timbul rasa malas, lalu tak tertulislah kisah perjalanan kali ini. Dengan adanya gambar dari kamera sendiri dan juga dari group wahatsaap, bolehlah ingat lagi jalan ceritanya.
Di sini Amie abadikan sebanyak-banyaknya gambar pemandangan sekitar pergunungan Bromo dari Puncak Penanjakan. Nak datang lagi sudah tentu agak mustahil. Ditambah pula dengan tuntutan kekuatan fizikal dan mental. Bangun seawal 1 pagi, bersiap untuk ke sini.
Kami menaiki jeep selama 2 jam dari hotel. kalau tak biasa dengan suasana jalannya yang begitu mencabar, memang boleh mabuk dibuatnya. Rasanya, dalam jeep kami ada yang muntah. Jalan yang dilalui berliku-liku, dan kalau dilihat pada waktu siang sudah tentulah perut akan kecut melihat gaung dan jurang dalam di kiri kanan jalan!
Sebelum keluar dari bilik hotel, kami siap-siap mengambil wudhu' dan sebaik tiba, waktu Subuh pun masuk. Kami solat di musolla dan kemudian Farid membawa kami ke warung paling hampir dengan pintu gerbang.
Kami disarankan untuk mengisi perut dengan minuman panas seperti halia atau kopi. Alas perut yang ada di situ termasuklah tempe goreng, tauhu goreng dan pisang goreng.
Siapa berani makan tauhu goreng dan tempe goreng dengan cili padi pepagi buta?
Memikirkan perut agak kosong dari semalam, Amie makan dua keping tempe goreng. Cukuplah untuk alas perut di pagi yang dingin ini. Minuman pula, memang Amie tak pandang langsung! Apalagi minum halia panas! Ingat perut tu...hihihihiiii! Memang akan berulang lagi sejarah di Sidoarjo!
Suhu pada pagi itu sebenarnya tidaklah sesejuk yang disangkakan. Menurut Farid, Surabaya sedang mengalami kemarau panjang. Sudah 7 bulan tidak turun hujan!
Susah juga nak tangkap gambar.
Orang ramai berdiri di palang besi, dan tak mahu berganjak. Masing-masing ingin menikmati suasana sekitar dan merakan pemandangan sepuas-puasnya.
Inilah antara gambar kenangan yang sempat dirakam.
Mata tak pernah terlepas dari menacri tempe goreng 3 tahun lalu!
Namun tidak nampak kelibat wanita yang sedang menggoreng tempe di tepi tangga.
Tempe goreng yang dicari dan disimpan dalam ingatan selama 3 tahun itu memang tidak ada!
Sehinggalah ke hujung warung, dan kami kembali mencari jeep yang kami naiki. Hurrmmm... ada beratus jeep bersusun di kiri kanan jalan! Mana satu jeep kami ....hiks!
Untuk tidak menghampakan diri, Amie beli juga 4 keping tempe goreng.
Amie minta yang masih panas.
Penjual tempe goreng mengambil tempe goreng yang sudah sejuk, dan kemudian dimasukkan ke dalam minyak panas beberapa saat, dan kemudian dikeluarkan dari kuali.
Walaaaa...... kalau begitu tempe goreng itu makan minyaklah!
Ingatkan goreng tempe yang baru!
Amie pun bayar sajalah.
Mana tau sedapkan?
Bayangkan makan tempe goreng yang digoreng semula!
Kenangan makan tempe goreng paling sedap di dunia ada di sini : PENANJAKAN - BROMO - MALANG.
Bersyukur : Dapat melihat pemandangan sekitar Bromo.
Bersyukur : Tak dapat tempe goreng yang diidamkan. Mungkin kena datang lagi kali ketiga...kihkihkihhhh!
Kata Farid: Semua tempe goreng enak bu. Pokoknya yang masih panas. Sejuk-sejuk begini semuanya enak saja dimakan.
Entri berkaitan Trip Surabaya:
|
4 comments
wah rindu tempe rupanya....buat kecur je. ni sedap ni cecah sambal kicap. nak cari tempe nak cari tempe
BalasPadamRajin betul amie bercerita. Bagus memori travel letak dekat blog tapi tu lah kadang nak menulis tu ambil masa. huhuhu semuga saya rajin rajin selalu. ahaks
BalasPadamAssalamualaikum, blh x saya nak minta pakej Amie pergi ke Surabaya-Bromo ni?
BalasPadamCuba cari di FB: NTC Nahariz Travel.
Padam