Kampung Warna Warni Jodipan Malang
10:42 PG
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Bertemu kembali dalam entri seterusnya.
Malam tadi terhenti seketika kerana ketika muat naik gambar, datang amaran dari Pak Google bahawa kuota storan sudah habis!
Katanya:
Ops! Anda kehabisan ruang. Anda sedang menggunakan 100% kuota 15GB untuk foto.
Terkejut beruk dibuatnya!
Tak dapatlah muat naik gambar lagi gamaknya.
Terus telefon Farid, dan minta tolong uruskan sebab ada dua pilihan sama ada buang gambar lama atau beli storan baru. Sayanglah kalau nak buang gambar dalam entri lama. Amie minta Farid belikan yang baru untuk tempoh setahun.
Banyak benda sebenarnya Amie tak tahu dalam dunia maya ini. Setelah menulis dan memuat naik gambar bertahun-tahun, tiba-tiba dapat info baru begini...hiks!
Proses kemas kini mungkin akan mengambil masa 24 jam, kata Pak Google. Nampaknya kenalah tunggu satu hari satu malam. Oleh kerana ada perkataan 'mungkin' sebelum tidur, Amie pun cuba untuk menulis entri dan Alhamdulillah proses kemas kini sudah selesai dan boleh muat naik gambar.
Jom ceriakan hari ini dengan kunjungan ke Kampung Warna Warni Jodipan yang terletak di Kecamatan Blimbing, Kota Malang, Jawa Timur. Hari ini merupakan hari ketiga kami berada di Jawa Timur.
Pintu masuk ke Kampung Warna Warni ini betul-betul berada di tepi jalan raya, dan perlu menuruni anak tangga. Bukan naik atas, tapi turun ke bawah. Nampakkan warna-warninya itu?
Rasanya tidak ada ruangan yang tidak diwarnakan!
Dari papan tanda di bahagian luar kampung, sudah kelihatan pelbagai warna terang pada setiap objek yang terdapat di situ.
Pemandangan Kampung Warna Warni dari atas jalan raya.
Terdapat sebatang sungai kecil yang memisahkan kampung ini, tetapi dihubungkan dengan sebuah jambatan kaca (warna kuning) di belakang sanun.
Tiba-tiba melintas gerabak - gerabak keretapi dari belakang kampung!
Rupa-rupanya Kampung Warna Warni terletak di bawah rel keretapi.
Nampaknya penggunaan warna dimaksimumkan di kampung ini. Lihat sahajalah segala dinding dan bumbung diwarnakan sepenuhnya! Kampung Warna Warni ini juga digelar sebagai Kampung Pelangi.
Antara tempat menarik yang boleh dilawati semasa berada di Kampung Warna Warni ini termasuklah lorong payung, jambatan kaca, lukisan 3D dan sebagainya.
Jom masuk ke Kampung Warna Warni, dan lihat mana yang sempat dilawati.
Pesan Cikgu Nahar, mana yang lulut tak berapa kuat tu berhati-hatilah, sebab terpaksa banyak guna tenaga untuk naik turun tangga.
Amie tangkap gambar lorong payung dari bahagian atas, tapi tak sempat masuk sebab jalan ikut lorong lain.
Minta izin pinjam gambar Kak Nad dan Abang Haji Tohat ye. Kredit untuk Kak Nad. (NTC)
Gambar 3D ini pun pinjam dari NTC.
Kredit : Mak Ngah
Kita teruskan perjalanan.
Nampak tak?
Semua dinding dan lantai mesti berwarna!
Ada ketikanya terasa seolah-oleh berada di Mexico atau Brazil...ahaks!
Walaupun pelbagai warna menonjol di sana sini, tetapi budaya tradisi tidak dilupakan! Patung wayang kulit pun diwarnakan juga. Nampak meriah!
Memang sesuailah dengan gelaran Kampung Warna Warni atau Kampung Pelangi, kerana tak jumpa ruangan tanpa warna!
Kena naik tangga untuk melintasi jambatan kaca.
Nampaknya setakat inilah sahaja yang mampu Amie kongsikan. Datanglah ke Kampung Warna Warni untuk melihat keunikannya yang tersendiri.
Suasana di luar Kampung Warna Warni.
Kehidupan seperi biasa.
Ke mana pula ye?
Kredit: NTC
Entri berkaitan Trip Surabaya:
3 comments
bestnya kak, dana pernah terbaca dulu kampung ni kotor dan agak tak terurus, tapi bila ada yang bg idea untuk di cat warna warni dan di hias cantik begini dah menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Kampung ni pun dah jadi kampung yang popular dan terjaga...
BalasPadamwah satu port tourist yang baru. cantik sekali
BalasPadamNorhidana,
BalasPadambetul tu... dulu kampung ni kotor, sekarang berubah 360'.
Notie,
tak sempat keliling kampung, banyak sangat sudutnya...