Same Hotel Malang
10:31 PTG
Malam kedua di Jawa Timur, kami menginap di Same Hotel Malang. Hotel bertaraf 3 bintang ini memang cukup selesa. Tak sabar nak rebahkan diri beradu sepuas-puasnya setelah seharian mengembara...ahaks! Perkataan 'mengembara' itu seolah-olahnya berjalan dengan memegang tali unta di padang pasir pulak.
Apa tidaknya... pagi tadi kami sudah bermain pasir di kaki Gunung Bromo sampailah ke Pasir Berbisik.
Alhamdulillah.
Selesai membersihkan diri dan solat jamak, letak saja kepala di bantal maka lenalah tuan badan hingga ke pagi! Bila terjaga kelihatan samar cahaya matahari mengintai di celah belahan langsir! Ya Allah! Ampunkan hamba-Mu kerana tidur sampai tak sedar diri!
Kam! Bangun!
Subuh gajah kita ni!
Setelah mandi dan bersiap-siap serta mengemas beg masing-masing, kami bergerak turun ke ruang makan di lobby hotel untuk bersarapan.
Pemandangan di luar dari bilik hotel pada pukul 6:45 pagi.
Ruang makan masih lengang.
Kami antara yang terawal turun dengan beg masing-masing.
Berpapasan dengan seorang pekerja hotel membawa troli kuih-muih ke dalam lift untuk dibawa ke tingkat atas. Comel-comel kuih-muihnya.
Jom sarapan sambil menikmati pemandangan kampung dalam lukisan yang tergantung di dinding.
Nampak comel jew kuih-muihnya.
Amie cuba bubur ayam, bubuh kekacang dan juga tauhu serta kicap masin.
Ambil tempe tumis dengan kacang panjang dan sesudu nasi goreng.
Tambah dengan mee jawa, dan juga lontong. Suka makan lontong, sebab lembut dan ada aromanya yang tersendiri.
Selesai bersarapan, turun pula Salawati dengan Dayah dan yang lain.
Masih ada banyak masa sebelum pukul 8:30 pagi. Jadi, jalan-jalan dulu di sekitar lobby dan sempat melawat kamar kecil.
Bila berada di tempat orang, perlulah hormati tatacara yang dikenakan. Kalau dah kata toilet kering tu, janganlah dibasahkan pula.
Keluar dari pintu kamar kecil, mata terpikat pula melihat dekorasi di ruangan ini. Hiasannya ala-ala gaya klasik Eropah.
Di sebelah kiri ada satu set kerusi baldu merah.
Duduklah sini ambil gambar dulu.
Tiba-tiba terdengar suara Cikgu Nahar memanggil Dayah. Katanya, di luar hotel ada orang jual jaket kulit harga murah. Jom tengok!
Entri berkaitan Trip Surabaya:
1 comments
bestnya tengok hotel tu kak, 3 bintang tapi nampak mewah betul...
BalasPadamkul6.45 dah macam kul 8 pagi di malaysia, terang benderang betul ya...