Makan Malam di Warung Mbok Sri
9:41 PTG
Sebelum daftar hotel, malam itu kami singgah di Warung Mbok Sri di Batu Malang untuk makan malam.
Sepanjang hari ini nampaknya perut sangat sporting...hiks! Tapi masih juga berjaga-jaga waktu makan agar tidak terminum jus buah lagi!
Makan buah sikit boleh kot?
Dah nak masuk hotel juga kan?
Maka, kita pun makan sepotong tembikai.
Biasanya mereka panggil gurame.
Kita pelihara kalui, tapi sampai sini kita makan kalui.
Masakannya ringkas saja. Ikan dibelah dua, dan digoreng macam ikan nak terbang. Lepas tu bubuh cili ulek / tumbuk yang tak hancur. Nampak kasar- kasar cili tu dengan taburan daun kemangi, tapi sedap.
Dah ada ikan goreng ada lagi ikan masak sup.
Rasanya seperti ikan kalui juga. Ikan digoreng terlebih dahulu, kemudian barulah dimasak sup. Rasanya manis, tapi ada pula hirisan cili. Unik! Daun kemangi juga ditabur di atasnya untuk timbulkan aroma segar.
Wah! Ada lagi ikan... tak pasti ikan bakar atau ikan goreng, tapi isinya lembut! Nak kata bakar tak nampak kesannya, nak kata goreng tak berapa garingnya...hiks! Tapi rasanya, ini ikan goreng juga!
Sayur kangkung?
Udang goreng salut tepung.
Tempe dan tauhu goreng dengan sambal kicap.
Ayam goreng tak mahu ketinggalan.
Dan dua jenis sambal.
Selamat menikmati hidangan malam dengan sajian kuliner Malang.
Udah kenyang pak?
Udah kenyang pak?
Entri berkaitan Trip Surabaya:
2 comments
dana perasan orang indonesia sangat suka daun kemangi, tapi bagi dana bau dia macam agak kuat dana tak berapa minat sangat...
BalasPadamgeram nengok ikan goreng tu mesti best isi nampak tebal dan ranggup rupanya
Norhidana,
BalasPadamdatang Indonesia memang perut tak pernah rasa kosong...menyumbat jew hihihiiii,
daun kemangi tu daun selasih bagi mereka, sama seperti daun basil di Thailand.