Bromo View Hotel
2:27 PTG
Tiga tahun lalu, sewaktu berkunjung ke Surabaya untuk melihat matahari terbit dari Penanjakan, rasa tak berjejak lantai hotel, dek kerana sejuknya suhu. Waktu itu Amie bersama rakan-raan menginap di Hotel Permai, nun jauh tinggi 2 jam lagi perjalanan dari Bromo View Hotel. Rupanya kali ini rezeki menyebelahi kami, boleh mandi membersihkan diri terutama Amie dan Kam yang memang sudah perlu sangat berendam... ahaks!
NTC memilih Bromo View Hotel sebagai tempat penginapan malam pertama kami di sini. Alhamdulillah, tak perlu tergigil-gigil dan kebas menahan sejuk ketika berus gigi! Puaslah mandi dengan air panas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Malam itu kami perlu tidur awal, tapi tak ingat entah pukul berapa sampai ke hotel...hiks. Memang selepas bersihkan diri dan solat jamak, sebaik kepala sentuh bantal... terus melayang ke kayangan.
Dalam tidur, terngiang-ngiang suara Farid menerangkan keadaan di Probolinggo. Katanya:
Probolinggo terkenal dengan buah mangga.
Probolinggo terkenal dengan seribu taman.
Probolinggo terkenal dengan kerajaan-kerajaan terdahulu.
Juga terkenal dengan tapai singkong.
Tebu pun banyak ditanam, dibuat gula.
Farid cerita juga tentang Malang... katanyanya Malang dihimpit bandar kecil dan gunung. Ada Gunung Semeru, Gunung Bromo, Gunung Arjuno.
Terngiang lagi....
Farid cerita tentang sate kelinci.
Sate lalat... bukan lalat yang terbang itu, tapi sate ayam yang dipotong kecil-kecil.
Dan... dan.... kring..kriiinggggg!
Pukul 12.55 pagi telefon hotel berbunyi. Kami dikejutkan untuk bersedia ke Penanjakan pada pukul 2 pagi. Pukul 1:45 pagi kami turun ke lobby, ramai yang sudah berada di situ untuk menaiki jeep.
Kami diberi masa antara pukul 10:30 hingga 12:30 untuk membersihkan diri dan berehat seketika di dalam bilik sebelum daftar keluar.
Oh!
Sejak malam tadi hingga ke padi, perut dah ok.
Syukur.
Entri berkaitan Trip Surabaya:
|
0 comments